Prenote

Assalamualaikum

Mungkin dunia blogger tidak lagi semeriah dulu. Tapi aku tetap setia menulis disini. Dari 2009 hingga kini.

Sunday, September 24, 2017

Peniaga Yang Tidak Profesional

Masih ingat dua tahun lepas masa baca kisah Hazwan Faiz yang nyaris nak tumbuk muka tukang jahit pukal yang tak menepati janji. Katanya menggigil tahan marah. Dan antara nota penting yang aku ingat ialah, dia kata antara masalah besar dalam bisnes pakaian ialah apabila berurusan dengan tukang jahit pukal.



Hari ini aku rasa sendiri apa yang Hazwan Faiz pemilik Cala Qisya ini pernah rasa. Juga berkaitan dengan tukang jahit pukal yang tidak profesional.

Dipendekkan cerita baju yang dihantar sebulan lepas tak disiapkan, setelah banyak kali tangguh dan tangguh. Itupun hanya mula dibuat dua hari lepas. Memang tidaklah nak siap 100 unit dalam masa dua hari.

Aku bertolak ansur lagi, dan aku hanya minta 15 je supaya mencukupi untuk model aku gayakan masa sesi bergambar pagi tadi. Seperti dijangka 15 pun tak boleh siap. Hanya 9 sahaja yang mampu dibuat. Itupun, dia hantar kedai lain.

Rupa-rupanya, alasan yang diberikan ialah sibuk dengan tender baju tadika pasti yang dia baru dapat. Kenapa tak beritahu awal-awal.

Ini tak sepatutnya berlaku, dalam perniagaan apa yang kita janjikan, kita kena tepati. Tak boleh atas kepentingan lain, kita abaikan sebahagian yang lain. Perancangan orang lain juga kita perlu hormati.

Tarik nafas dan lepas. Tarik dalam - dalam dan lepas. Aku tersenyum. Dan berlalu dengan tabah.

Aku yakin, tiada yang datang itu, melainkan ujian dari tuhan. Sesi bergambar diteruskan juga seperti dirancang, walau tak cukup seperti diharapkan. Alhamdulillah semuanya lancar.

Aku tahu, terdapat ramai yang menjahit pukal di luar sana profesional. Anda memang patut dicontohi oleh semua. Teruskan dengan bisnes yang beretika, matang dan profesional.

Apa -apapun, doakan Tiflah Republic untuk terus cekal dan kuat menghadapi arus cabaran dunia perniagaan. Terima kasih semua yang terus bagi sokongan pada kami suami isteri.

InsyaAllah dua minggu lagi kami buka untuk tempahan Kimono Blouse. Follow page kami untuk apa apa update.

Search je Tiflah Republic dekat fb.

Tuesday, September 5, 2017

Tiflah Republic

Ramai bertanya tentang asal usul nama Tiflah. Ia sebenarnya dari sebuah buku bertajuk 9 kisah wanita solehah oleh Halimah Alaydrus. Antara nama wanita yang diceritakan itu ialah Hubabah Tiflah. Tiflah ialah seorang wanita yang sangat tawadhu', bibirnya tidak lekang dari dzikir dan tasbih kepadaNya.




Di dalam buku ini menceritakan bagaimana Halimah Alaydrus bertemu sendiri dengan Tiflah di Tarim, sebuah kota kecil di daerah Hadhramaut. Rumahnya biasa sahaja, cukup untuk berteduh dan boleh dikatakan miskin papa.

"Dia membalas memegang erat tanganku lama sekali hingga kurasa hangat tangannya menjalari tanganku. lalu dia meraba-raba wajahku dengan kedua tangannya. mungkin untuk mempermudah dirinya membayangi rupaku.

Ternyata Tiflah seorang yang buta matanya. Kemudian dia letakkan tangan kanannya di dadaku, dan lalu ia mendoakanku. Dia terus berdoa dan tak henti-hentinya berdoa untukku. seolah saat itu tak ada yang lebih penting baginya kecuali aku.

Perempuan asing yang bahkan baru ia kenal beberapa minit yang lalu. Ia masih saja berdoa dengan santun kalimat yang sederhana. Ya, ia berdoa dengan satu kalimat saja. Satu kalimat doa yang tak akan pernah ku lupa. Apalagi kemudian diiringinya doa tersebut dengan linangan air matanya. Sungguh membuat aku terpana, lemas tak mampu bahkan untuk mengangkat tanganku mengaminkan doanya.

"Semoga Allah tak akan pernah tega menyengsarakanmu, anakku..." doa itu terus di ulangnya berkali-kali dengan cucuran airmata.

Ya Allah sampai kapanpun, dimanapun, jangan pernah tega menyengsarakan hidupnya..." Katanya lagi dan lagi dengan airmata yang membanjiri wajah tuanya. Membuatku tak kuasa membendung luapan airmata dan aku pun ikut menangis terguguk di lantai itu juga."

Dan dari situlah Tiflah Republic mendapat nama. Semoga kisah keikhlasan jiwa yang berjaya mengetuk jiwa ini mampu menjadi batu asas dan motivasi yang kuat untuk kami suami isteri terus cekal dalam dunia niaga yang penuh berliku ini.