Prenote

Assalamualaikum

Mungkin dunia blogger tidak lagi semeriah dulu. Tapi aku tetap setia menulis disini. Dari 2009 hingga kini.

Tuesday, April 4, 2017

Rancang Sekarang

Mungkin ada yang menganggap membuka account simpanan atau tabungan peribadi untuk anak kecil boleh dibuat di kemudian hari sahaja. Cara fikir seperti ini perlu diubah dengan segera. Sebaiknya kita perlu mempunyai perancangan ekonomi yang mantap buat anak-anak kita.

Perancangan ekonomi untuk anak-anak ini sebenarnya ialah satu kesedaran yang perlu ada sebelum seseorang individu itu berumah tangga lagi. Saya ulang, sebelum kita mendirikan rumah tangga lagi. Dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil, wajib kita merancang lebih awal masa depan dan hala tuju keluarga khususnya anak-anak.

No automatic alt text available.

Zaman sekarang terdapat banyak pilihan untuk kita pilih sama ada simpanan dan pelaburan dari sudut aset hartanah, tabungan ASB, tabung haji, pelaburan saham, unit trust, PRS dan sebagainya, wajar kita ambil kira dari sekarang. Fahami dan bersedia dari sekarang.

Pesan saya buat pemuda di luar sana, sekarang kita dah kena mula baca buku-buku ilmiah pengurusan kewangan. Bertanya pada mereka yang arif tentang pengurusan kewangan. Ambil kisah keadaan ekonomi semasa. Hadiri kelas-kelas ekonomi dan perancangan kewangan. Fahami kepentingan takaful dan tabungan peribadi. Ada duit lebih, buat simpanan dan pelaburan untuk hari mendatang.

Semoga urusan kita semua dipermudahkan dan sentiasa mendapat redha Allah. Alhamdulillah saya sudah buka akaun Tabung Haji untuk anak perempuan saya yang baru berusia 3 bulan sekali daftar haji terus. Giliran pergi haji dia masih jauh seratus tahun mendatang. Tak apa, nanti kita buat rayuan pergi haji sama-sama dengan mommy dan daddy.