Prenote

Assalamualaikum

Mungkin dunia blogger tidak lagi semeriah dulu. Tapi aku tetap setia menulis disini. Dari 2009 hingga kini.

Wednesday, June 28, 2017

Jom Hibah

Ada satu perkara penting yang ingin saya kongsikan buat pasangan yang baru berkahwin, ialah berkenaan Hibah Takaful. Bahkan jika anda belum berkahwin sekalipun ianya tidak salah untuk anda bermula secepat mungkin.

No automatic alt text available.

Produk hibah takaful bukanlah produk yang menjual ketakutan kepada umum, namun ia sebenarnya menjual kesedaran kepada kita semua. Hibah takaful ibarat macam hadiah atau kita sebut sebagai pampasan kematian yang kita berikan kepada orang yang tersayang.

Andai kata hayat kita tidak panjang, dan dalam masa yang sama kita memiliki isteri dan anak kecil yang perlu disara. Maka Hibah takaful insyaAllah akan membantu Isteri dan anak kita disaat kita sudah tiada. Maka tidak timbul isu isteri dan anak kita hidup dalam kesusahan setelah kita pergi meninggalkan dunia nanti. Pendek cerita, Hibah Takaful ini umpama lambang kasih sayang yang diberikan dalam bentuk hadiah buat keluarga tercinta.

Saya masih ingat sewaktu saya menerima satu panggilan seawal jam 7 pagi satu ketika dahulu. Rupa-rupanya dari sepupu saya sendiri yang menceritakan kebaikan takaful. Nasib baik diri sudah segar pada ketika itu dan dapat mendengar penjelasan dengan baik tentang perkara ini. Begitulah, sejak itu saya telah mendaftar dan join Hibah Takaful dengan jumlah perlindungan minimum RM 250K. Semoga ianya bermanfaat andai takdir memisahkan diri, dari keluarga kecilku ini.

Jika anda mahu tahu lebih lagi tentang Hibah Takaful, anda boleh mencari ejen takaful di sekeliling anda. Atau pm saya, nanti saya bagi no ejen yang saya tahu. Seperti kata ayah saya, Nawawi Ali, kalau nak daftar takaful, buat sekarang masa umur masih muda, untung.