Prenote

Assalamualaikum Ya Akhi, Ya Ukhti.

Semua yang tertulis di dalam blog ini datang dari benak pemikiran si penulis yang melihat dunia dengan caranya tersendiri. Bukan menulis untuk memarahi apatah lagi memerli atau memaki. Namun semuanya untuk sama-sama kita renungi dan bermuhasabah diri.

ah skemanya.

Tuesday, June 6, 2017

Agenda

Satu perkara yang sering saya kongsikan di akhir setiap program buat pelajar sekolah menengah ialah meminta mereka mencari Pembina atau ISMA apabila mereka di kolej dan universiti nanti. Siap minta mereka catit dalam buku nota. Buat sahabat yang sudahpun menjadi penulis atau yang bercita-cita untuk menjadi penulis, ayuh kita gunakan sebaik-baiknya medan yang ada untuk dakwah dan tarbiah. Tulislah dan berilah sumbangan yang bermanfaat buat umat.

Image may contain: one or more people


Hakikat hidup ialah mati, maka manfaatkanlah medan yang ada untuk akhirat nanti. Minggu ini tidak berpeluang untuk memenuhi jemputan ke tiga buah sekolah ini, kerana masih berada dalam fasa menstabilkan keadaan di tempat baru di bumi Kajang.

SMK USJ 4 Subang Jaya
SMK ASAS Perak
MRSM Gerik

Tapi InsyaAllah akan kembali aktif memenuhi jemputan selepas ini. Terima kasih pihak penerbit Galeri Ilmu, Buku Puris, Must Read, Komrad Buku dan Synergy Media yang tak putus-putus menganjurkan program.

Satu kelebihan yang saya dapati sejak menjadi penulis ialah diberi peluang-peluang sebegini untuk menyantuni masyarakat. Mengambil peluang untuk menasihati dan membina secara terus remaja-remaja. Mungkin impaknya tidaklah besar, namun dengan usaha yang sedikit seperti ini, saya mengharap agar ia mampu membantu perkembangan dan pembentukan pemuda yang beragenda.