Prenote

Assalamualaikum Ya Akhi, Ya Ukhti.

Semua yang tertulis di dalam blog ini datang dari benak pemikiran si penulis yang melihat dunia dengan caranya tersendiri. Bukan menulis untuk memarahi apatah lagi memerli atau memaki. Namun semuanya untuk sama-sama kita renungi dan bermuhasabah diri.

ah skemanya.

Wednesday, July 26, 2017

Silverfish Books

Sedang asyik melihat buku-buku yang ada dipamerkan dalam sebuah kedai buku, bernama Silverfish Books. Sebuah kedai yang tidaklah besar, terletak di dalam Bangsar Village Mall. Tiba-tiba zaujah tunjuk buku SIS Working Paper Series.

Kedai ini bukanlah besar, namun kalau kita perhatikan buku-buku yang mencanang ideologi liberalism, feminism dan isme-isme negatif seangkatan dengannya, bagaikan mendominasi setiap ruang yang ada. Nama-nama tokoh liberal Malaysia boleh dijumpai di kulit hadapan buku-buku disini.

No automatic alt text available.

Setelah membuat carian lanjut berkenaan Silverfish Books yang diasaskan oleh Raman Krishnan. Maka kita boleh tahu yang beliau memang seorang pencinta buku-buku indie. Tidak terikat dengan kedai buku besar negara seperti MPH dan Popular, membolehkan beliau mengangkat karya-karya yang seperti ini.

Memetik dari blog beliau yang ingin saya kongsikan disini,

"Interestingly, it is not only the younger writers who have become active. Many older citizens appear to have decided to disregard the shackles (and sacred cows) and are producing interesting work. Malaysian writers today are less conscious of the baggage from the past."

Beliau sangat suka dengan cara pemikiran baru yang tidak terikat dengan perkara lama. Kaji semula, rujuk semula, dan tetapkan semula. Beliau juga mengangkat karya-karya sebegini terutama yang ditulis dalam English.

Sudah pasti gagasan-gagasan isme negatif ini memilih English dalam penulisan mereka. Satu dunia yang mempunyai sasaran pembaca yang berbeza.

Kita tahu, buku-buku english (agama) turut memiliki target pembaca tersendiri. Golongan yang membaca buku-buku seperti ini pastinya peminat buku yang mencari buku indie islamic namun diterbitkan dalam English.

Kesimpulan ringkas, satu rangka perlu disusun, dan para daie yang berada dalam dunia penerbitan buku, perlu naik selangkah lagi, dengan menulis dan menerbit buku dakwah indie dalam english. Kerana di situ ada medan yang masih tidak ramai pejuang.