Prenote

Assalamualaikum

Mungkin dunia blogger tidak lagi semeriah dulu. Tapi aku tetap setia menulis disini. Dari 2009 hingga kini.

Wednesday, October 11, 2017

Dah Dua Tahun

Dalam dua tahun menjadi suami, antara yang aku belajar.

1) Keluarga bahagia ini sememangnya datang dari rahmat dan redha Allah. Nak keluarga bahagia memang kita kena cari dan jemput rahmat Allah masuk dalam rumah kita.

Jaga hubungan dengan Allah. Kalau ada something wrong tu, cepat cepat kita semak hubungan kita dengan Allah. Solat kita terutamanya.




2) Kena banyak bersabar menghadapi ujian hidup. Paling penting sebenarnya ialah cara kita lihat masalah dan dugaan yang datang. Kerana masalah itu sebenarnya akan mewarnai liku liku kehidupan kita. Pilihan di tangan kita, nak hadapi dengan stress atau sebaliknya.

3) Hargai pasangan kita. Kalau tak pandai, kita kena belajar bab ni. Beb, aku tak cakap pasal hargai dengan buat post post kat fb, upload gambar dekat ig semata-mata. Tapi hargai dalam kehidupan seharian itu sendiri. Penghargaan yang sebenar, tanpa perlu kita tunjuk dan gahkan di laman sosial.

Ok cukuplah tiga point yang aku rasa penting untuk aku sendiri dan semua. Semoga bermanfaat. Doakan kami sekeluarga terus bahagia, sihat dan sentiasa di bawah rahmat Allah.

Alhamdulillah dah dua tahun. Aku sayang keluarga kecilku ini.

Sunday, September 24, 2017

Peniaga Yang Tidak Profesional

Masih ingat dua tahun lepas masa baca kisah Hazwan Faiz yang nyaris nak tumbuk muka tukang jahit pukal yang tak menepati janji. Katanya menggigil tahan marah. Dan antara nota penting yang aku ingat ialah, dia kata antara masalah besar dalam bisnes pakaian ialah apabila berurusan dengan tukang jahit pukal.



Hari ini aku rasa sendiri apa yang Hazwan Faiz pemilik Cala Qisya ini pernah rasa. Juga berkaitan dengan tukang jahit pukal yang tidak profesional.

Dipendekkan cerita baju yang dihantar sebulan lepas tak disiapkan, setelah banyak kali tangguh dan tangguh. Itupun hanya mula dibuat dua hari lepas. Memang tidaklah nak siap 100 unit dalam masa dua hari.

Aku bertolak ansur lagi, dan aku hanya minta 15 je supaya mencukupi untuk model aku gayakan masa sesi bergambar pagi tadi. Seperti dijangka 15 pun tak boleh siap. Hanya 9 sahaja yang mampu dibuat. Itupun, dia hantar kedai lain.

Rupa-rupanya, alasan yang diberikan ialah sibuk dengan tender baju tadika pasti yang dia baru dapat. Kenapa tak beritahu awal-awal.

Ini tak sepatutnya berlaku, dalam perniagaan apa yang kita janjikan, kita kena tepati. Tak boleh atas kepentingan lain, kita abaikan sebahagian yang lain. Perancangan orang lain juga kita perlu hormati.

Tarik nafas dan lepas. Tarik dalam - dalam dan lepas. Aku tersenyum. Dan berlalu dengan tabah.

Aku yakin, tiada yang datang itu, melainkan ujian dari tuhan. Sesi bergambar diteruskan juga seperti dirancang, walau tak cukup seperti diharapkan. Alhamdulillah semuanya lancar.

Aku tahu, terdapat ramai yang menjahit pukal di luar sana profesional. Anda memang patut dicontohi oleh semua. Teruskan dengan bisnes yang beretika, matang dan profesional.

Apa -apapun, doakan Tiflah Republic untuk terus cekal dan kuat menghadapi arus cabaran dunia perniagaan. Terima kasih semua yang terus bagi sokongan pada kami suami isteri.

InsyaAllah dua minggu lagi kami buka untuk tempahan Kimono Blouse. Follow page kami untuk apa apa update.

Search je Tiflah Republic dekat fb.

Tuesday, September 5, 2017

Tiflah Republic

Ramai bertanya tentang asal usul nama Tiflah. Ia sebenarnya dari sebuah buku bertajuk 9 kisah wanita solehah oleh Halimah Alaydrus. Antara nama wanita yang diceritakan itu ialah Hubabah Tiflah. Tiflah ialah seorang wanita yang sangat tawadhu', bibirnya tidak lekang dari dzikir dan tasbih kepadaNya.




Di dalam buku ini menceritakan bagaimana Halimah Alaydrus bertemu sendiri dengan Tiflah di Tarim, sebuah kota kecil di daerah Hadhramaut. Rumahnya biasa sahaja, cukup untuk berteduh dan boleh dikatakan miskin papa.

"Dia membalas memegang erat tanganku lama sekali hingga kurasa hangat tangannya menjalari tanganku. lalu dia meraba-raba wajahku dengan kedua tangannya. mungkin untuk mempermudah dirinya membayangi rupaku.

Ternyata Tiflah seorang yang buta matanya. Kemudian dia letakkan tangan kanannya di dadaku, dan lalu ia mendoakanku. Dia terus berdoa dan tak henti-hentinya berdoa untukku. seolah saat itu tak ada yang lebih penting baginya kecuali aku.

Perempuan asing yang bahkan baru ia kenal beberapa minit yang lalu. Ia masih saja berdoa dengan santun kalimat yang sederhana. Ya, ia berdoa dengan satu kalimat saja. Satu kalimat doa yang tak akan pernah ku lupa. Apalagi kemudian diiringinya doa tersebut dengan linangan air matanya. Sungguh membuat aku terpana, lemas tak mampu bahkan untuk mengangkat tanganku mengaminkan doanya.

"Semoga Allah tak akan pernah tega menyengsarakanmu, anakku..." doa itu terus di ulangnya berkali-kali dengan cucuran airmata.

Ya Allah sampai kapanpun, dimanapun, jangan pernah tega menyengsarakan hidupnya..." Katanya lagi dan lagi dengan airmata yang membanjiri wajah tuanya. Membuatku tak kuasa membendung luapan airmata dan aku pun ikut menangis terguguk di lantai itu juga."

Dan dari situlah Tiflah Republic mendapat nama. Semoga kisah keikhlasan jiwa yang berjaya mengetuk jiwa ini mampu menjadi batu asas dan motivasi yang kuat untuk kami suami isteri terus cekal dalam dunia niaga yang penuh berliku ini.

Tuesday, August 15, 2017

Tanam Minat Membaca Anak



Kalau kita lihat, antara satu kesedaran yang timbul dalam kalangan ibu bapa sekarang ialah untuk berusaha mendidik anak mereka minat dan suka membaca. Begitu banyak artikel yang dikongsikan tentang bagaimana cara yang boleh digunakan untuk mendidik anak-anak minat membaca.

Saya pun tidak terlepas dari menjadi salah seorang dari ibu bapa tersebut, berusaha menanam minat membaca dalam diri Maryam. Baiklah saya akan kongsikan dalam penulisan kali ini, antara cara yang saya dan isteri usaha dan lakukan.

Image may contain: 1 person, sitting

1) Mengaji al-Quran di depan anak. Selepas selesai solat, kita luangkan sedikit masa, memegang dan membaca al-Quran depan anak. Masa yang sesuai ialah selepas waktu maghrib, kita luangkan sedikit masa untuk mengaji depan anak. Maryam kebiasaannya suka mendengar dan diam sahaja jika mendengar bacaan al-Quran. Nanti, bila anak dah biasa tengok insyaAllah dia boleh "copypaste". Kebiasaan yang menjadi ikutan.

2) Beli buku bacaan kanak-kanak untuk anak. Buku yang mempunyai lukisan dan ilustrasi yang baik dan menarik, sesuai untuk merangsang minat anak-anak. Antara buku yang saya belikan untuk Maryam ialah seperti "My First Quran Book", "Goodnight Stories from the lives of Sahabah", dan "Goodnight Stories from the life of Prophet Muhammad". Buku-buku ini saya dapatkan dari ikhwah yang berada di India. Namun pastinya banyak lagi buku seperti ini turut boleh didapati di kedai buku tempatan.

3) Jika pergi ke mall, tempat pertama yang perlu ada dalam minda untuk kita lawati ialah "bookstore", baik MPH, Kinokuniya atau POPULAR. Jadikan ia sebagai tempat utama dan wajib kita nak pergi jika ke mall. Tiap kali saya ke mall, pasti akan saya bawa keluarga kecil saya ke kedai buku yang ada. Tanamkan minat untuk ke kedai buku dalam diri anak. Jika tak membeli pun tak mengapa, asalkan kita berkunjung ke sana. InsyaAllah, mall bukan lagi jadi tempat maksiat atau destinasi untuk ke cinema dan karaoke jamban. Namun ia kini menjadi destinasi untuk anak kita ke kedai buku. Kebiasaannya mall di Malaysia pasti memiliki kedai buku.

4) Buka pintu rumah, dan yang terbaik ialah untuk kita nampak buku-buku dulu. Maka kalau nak susun atur dalam rumah, yang paling baik itu jika kita letak perpustakaan mini sebagai penyambut di muka pintu. Buku itu sinonim dengan ilmu, dan pastinya ilmu itu ialah cahaya. Alangkah indahnya, hati yang serabut dan penat dengan kerja seharian, apabila pulang ke rumah, yang dilihat kita ialah buku-buku. InsyaAllah hilang serabut dan penat melihat buku-buku yang ada. Benda ini juga secara tidak langsung menanam dalam minda anak kita untuk meletakkan buku jadi keutamaan.

5) Hiasan kereta saya letak tergantung di dalam kereta ialah sebuah buku kecil berkulit tebal. Hanya mengandungi beberapa muka surat sahaja. Setiap helaian, akan ada gambar binatang atau buah-buahan. Buku kecil ini digantung dekat cermin kereta. Apabila Maryam nak main, terus bagi dia main buku mainan itu. Buku kecil ini mudah dan boleh didapati di Parkson.

Baiklah, itu sahaja yang nak saya kongsikan malam ini.

Semoga bermanfaat.

Wednesday, July 26, 2017

Silverfish Books

Sedang asyik melihat buku-buku yang ada dipamerkan dalam sebuah kedai buku, bernama Silverfish Books. Sebuah kedai yang tidaklah besar, terletak di dalam Bangsar Village Mall. Tiba-tiba zaujah tunjuk buku SIS Working Paper Series.

Kedai ini bukanlah besar, namun kalau kita perhatikan buku-buku yang mencanang ideologi liberalism, feminism dan isme-isme negatif seangkatan dengannya, bagaikan mendominasi setiap ruang yang ada. Nama-nama tokoh liberal Malaysia boleh dijumpai di kulit hadapan buku-buku disini.

No automatic alt text available.

Setelah membuat carian lanjut berkenaan Silverfish Books yang diasaskan oleh Raman Krishnan. Maka kita boleh tahu yang beliau memang seorang pencinta buku-buku indie. Tidak terikat dengan kedai buku besar negara seperti MPH dan Popular, membolehkan beliau mengangkat karya-karya yang seperti ini.

Memetik dari blog beliau yang ingin saya kongsikan disini,

"Interestingly, it is not only the younger writers who have become active. Many older citizens appear to have decided to disregard the shackles (and sacred cows) and are producing interesting work. Malaysian writers today are less conscious of the baggage from the past."

Beliau sangat suka dengan cara pemikiran baru yang tidak terikat dengan perkara lama. Kaji semula, rujuk semula, dan tetapkan semula. Beliau juga mengangkat karya-karya sebegini terutama yang ditulis dalam English.

Sudah pasti gagasan-gagasan isme negatif ini memilih English dalam penulisan mereka. Satu dunia yang mempunyai sasaran pembaca yang berbeza.

Kita tahu, buku-buku english (agama) turut memiliki target pembaca tersendiri. Golongan yang membaca buku-buku seperti ini pastinya peminat buku yang mencari buku indie islamic namun diterbitkan dalam English.

Kesimpulan ringkas, satu rangka perlu disusun, dan para daie yang berada dalam dunia penerbitan buku, perlu naik selangkah lagi, dengan menulis dan menerbit buku dakwah indie dalam english. Kerana di situ ada medan yang masih tidak ramai pejuang.

Wednesday, June 28, 2017

Jom Hibah

Ada satu perkara penting yang ingin saya kongsikan buat pasangan yang baru berkahwin, ialah berkenaan Hibah Takaful. Bahkan jika anda belum berkahwin sekalipun ianya tidak salah untuk anda bermula secepat mungkin.

No automatic alt text available.

Produk hibah takaful bukanlah produk yang menjual ketakutan kepada umum, namun ia sebenarnya menjual kesedaran kepada kita semua. Hibah takaful ibarat macam hadiah atau kita sebut sebagai pampasan kematian yang kita berikan kepada orang yang tersayang.

Andai kata hayat kita tidak panjang, dan dalam masa yang sama kita memiliki isteri dan anak kecil yang perlu disara. Maka Hibah takaful insyaAllah akan membantu Isteri dan anak kita disaat kita sudah tiada. Maka tidak timbul isu isteri dan anak kita hidup dalam kesusahan setelah kita pergi meninggalkan dunia nanti. Pendek cerita, Hibah Takaful ini umpama lambang kasih sayang yang diberikan dalam bentuk hadiah buat keluarga tercinta.

Saya masih ingat sewaktu saya menerima satu panggilan seawal jam 7 pagi satu ketika dahulu. Rupa-rupanya dari sepupu saya sendiri yang menceritakan kebaikan takaful. Nasib baik diri sudah segar pada ketika itu dan dapat mendengar penjelasan dengan baik tentang perkara ini. Begitulah, sejak itu saya telah mendaftar dan join Hibah Takaful dengan jumlah perlindungan minimum RM 250K. Semoga ianya bermanfaat andai takdir memisahkan diri, dari keluarga kecilku ini.

Jika anda mahu tahu lebih lagi tentang Hibah Takaful, anda boleh mencari ejen takaful di sekeliling anda. Atau pm saya, nanti saya bagi no ejen yang saya tahu. Seperti kata ayah saya, Nawawi Ali, kalau nak daftar takaful, buat sekarang masa umur masih muda, untung.

Tuesday, June 6, 2017

Agenda

Satu perkara yang sering saya kongsikan di akhir setiap program buat pelajar sekolah menengah ialah meminta mereka mencari Pembina atau ISMA apabila mereka di kolej dan universiti nanti. Siap minta mereka catit dalam buku nota. Buat sahabat yang sudahpun menjadi penulis atau yang bercita-cita untuk menjadi penulis, ayuh kita gunakan sebaik-baiknya medan yang ada untuk dakwah dan tarbiah. Tulislah dan berilah sumbangan yang bermanfaat buat umat.

Image may contain: one or more people


Hakikat hidup ialah mati, maka manfaatkanlah medan yang ada untuk akhirat nanti. Minggu ini tidak berpeluang untuk memenuhi jemputan ke tiga buah sekolah ini, kerana masih berada dalam fasa menstabilkan keadaan di tempat baru di bumi Kajang.

SMK USJ 4 Subang Jaya
SMK ASAS Perak
MRSM Gerik

Tapi InsyaAllah akan kembali aktif memenuhi jemputan selepas ini. Terima kasih pihak penerbit Galeri Ilmu, Buku Puris, Must Read, Komrad Buku dan Synergy Media yang tak putus-putus menganjurkan program.

Satu kelebihan yang saya dapati sejak menjadi penulis ialah diberi peluang-peluang sebegini untuk menyantuni masyarakat. Mengambil peluang untuk menasihati dan membina secara terus remaja-remaja. Mungkin impaknya tidaklah besar, namun dengan usaha yang sedikit seperti ini, saya mengharap agar ia mampu membantu perkembangan dan pembentukan pemuda yang beragenda.

Monday, May 1, 2017

Trend Perubahan

Satu trend perubahan besar-besaran semakin dirasa. Perubahan yang saya maksudkan ialah trend bisnes anak muda Melayu. Buka saja tv alhijrah begitu banyak iklan produk-produk yang diasaskan oleh orang Melayu.

Kalau memandu dari Pekan ke Kuantan contohnya, gerai makanan dan minuman begitu banyak. Di tempat lain pula ada juga yang ambil inisiatif jual roti untuk breakfast kepada pemandu yang berhenti ketika traffic light merah.

Image may contain: food and indoor

Shah Alam dan Bangi saya kira sebagai tempat paling pesat bisnes orang Melayu naik macam cendawan tumbuh selepas hujan. Bisnes tudung, kosmestik, servis dan banyak lagi. Kalau nak cerita pasal tempat basuh kereta yang diusahakan orang kita pun saban hari makin banyak.

Instagram dan fb page bisnes begitu banyak sekali. Saya harap agar trend dan kesedaran untuk anak bangsa kita memulakan bisnes dan berani berniaga seperti ini akan diteruskan.

Sebab itu saya sangat suka like page-page bisnes sahabat fb saya. Jangan malu untuk berbisnes. Kalau ada invitation ke apa, pasti saya akan like insyaAllah. Jihad ekonomi untuk ummah.

Percayalah dari usaha bisnes kecil-kecilan inilah mampu membawa perubahan yang besar jika kena pada caranya. Makin besar dan maju semuanya insyaAllah.

Tuesday, April 4, 2017

Rancang Sekarang

Mungkin ada yang menganggap membuka account simpanan atau tabungan peribadi untuk anak kecil boleh dibuat di kemudian hari sahaja. Cara fikir seperti ini perlu diubah dengan segera. Sebaiknya kita perlu mempunyai perancangan ekonomi yang mantap buat anak-anak kita.

Perancangan ekonomi untuk anak-anak ini sebenarnya ialah satu kesedaran yang perlu ada sebelum seseorang individu itu berumah tangga lagi. Saya ulang, sebelum kita mendirikan rumah tangga lagi. Dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil, wajib kita merancang lebih awal masa depan dan hala tuju keluarga khususnya anak-anak.

No automatic alt text available.

Zaman sekarang terdapat banyak pilihan untuk kita pilih sama ada simpanan dan pelaburan dari sudut aset hartanah, tabungan ASB, tabung haji, pelaburan saham, unit trust, PRS dan sebagainya, wajar kita ambil kira dari sekarang. Fahami dan bersedia dari sekarang.

Pesan saya buat pemuda di luar sana, sekarang kita dah kena mula baca buku-buku ilmiah pengurusan kewangan. Bertanya pada mereka yang arif tentang pengurusan kewangan. Ambil kisah keadaan ekonomi semasa. Hadiri kelas-kelas ekonomi dan perancangan kewangan. Fahami kepentingan takaful dan tabungan peribadi. Ada duit lebih, buat simpanan dan pelaburan untuk hari mendatang.

Semoga urusan kita semua dipermudahkan dan sentiasa mendapat redha Allah. Alhamdulillah saya sudah buka akaun Tabung Haji untuk anak perempuan saya yang baru berusia 3 bulan sekali daftar haji terus. Giliran pergi haji dia masih jauh seratus tahun mendatang. Tak apa, nanti kita buat rayuan pergi haji sama-sama dengan mommy dan daddy.