Prenote

Assalamualaikum

Mungkin dunia blogger tidak lagi semeriah dulu. Tapi aku tetap setia menulis disini. Dari 2009 hingga kini.

Friday, December 23, 2016

Bagaimana menulis buku bestseller?

InsyaAllah disini saya akan kongsikan beberapa tips untuk menulis buku bestseller. Sudah pasti, ramai lagi penulis yang hebat dan berjaya, namun jika soalan ini dituju pada saya. Maka ini jawapannya. Semoga tips ini bermanfaat.

1) Sebelum menulis kebiasaannya saya akan pastikan diri saya sendiri dalam keadaan hati yang bersedia. Sebuah keadaan yang mana kita bukan sedang bermaksiat. Dalam keadaan hati yang insaf dan sedar hakikat hidup. Saya elakkan diri saya menulis saat tengah lalai atau alpa.

2) Idea tak datang selalu, sebab itu bila ada idea, kita terus tulis idea tersebut dalam nota kita. Kebiasaanya saya hanya mencatat keyword sahaja. Atau tajuk article sahaja. Belum menulis apa apa pun lagi. Hanya satu perkataan.



3) Jadi pemerhati luar biasa. Setiap apa yang kita lihat, kita tafsir sendiri. Contoh kita nampak orang curah air kopi dalam gelas. Ya, bagi pandangan biasa ianya hanya air yang dicurah. Tapi pemerhati luar biasa, kita latih reka analogi dan kaitkan dengan isu semasa.

4) Saat menulis, saya suka bayangkan diri saya berada di atas pentas atau sedang berucap. Maka ucapan saya itu, dijadikan dalam bentuk penulisan. Dengan bersemangat, kita berkata-kata namun disusun kembali dalam bentuk tulisan.

5) Banyakkan mengguna "kita". Lain penulis mungkin lain pendekatan, tapi saya lebih suka menggunakan 'kita' seperti, 'kita' kena, 'kita' mesti, 'kita' harus, 'kita' perlu. Untuk menunjukkan kekitaan, dan menjelaskan yang kita bersama perlu melakukan perubahan. Atau dalam erti kata lain, kita pastikan kita turut menasihati diri sendiri dalam penulisan kita.

6) Banyakkan dengar lagu nasyid. Bukan apa, sebenarnya lagu nasyid ini ada rima dan gaya penulisan lirik tersediri yang saya lihat mampu menyentuh hati. Terpulang untuk kita memilih lagu nasyid english, malay atau arabic sekalipun. Apa-apa pun kita cuba ambil ilham dari bait bait lirik yang dipersembahkan.

7) Umpama wasiat terakhir, bayangkan setiap article yang kita tulis itu bagaikan satu wasiat yang kita hendak tinggalkan. Sebuah kata-kata harapan terakhir yang perlu disampaikan. Pastinya ia akan mampu menghidupkan hati kita sendiri dan seterusnya membuat diri kita mampu untuk mengeluarkan kata bicara yang bersungguh-sungguh. Jika penulis itu hidup hatinya saat menulis, percayalah pasti akan mampu dirasa getaran kesungguhannya oleh pembaca nanti.

8) Jangan tinggal dengar ceramah, atau pengisian tiap tiap hari. Bagi saya yang berada di luar negara, mungkin sukar untuk ke majlis ilmu. Namun dengan adanya YouTube, kita boleh dapatkan rakaman ceramah yang pelbagai. Kita perlu pastikan diri kita turut diisi saat kita memberi, takut nanti kita sendiri kering.

9) Sentap, deep atau makan dalam. Jujurnya benda ini sediri bergantung pada orang. Ada ayat, dibaca sesetengah orang dirasakan sentap, namun tidak pada sebahagian yang lain. Ada ayat dibaca deep bagi sesetengah orang, namun tidak bagi sebahagian yang lain. Jadi saya tidaklah mempunyai fokus nak sentap atau fokus nak deep sahaja. Saya hanya menulis, dari hati sendiri, saya serahkan pada Allah untuk buka hati pembaca bagaimana.

10) Urusan penerbitan buku, bukan kita seorang sahaja 100%. Kita kena ada sifat hormat kepada orang-orang dibelakang tabir. Jangan terlalu berkeras dan demand yang pelbagai. Sungguh kejayaan buku kita, hasil usaha mereka sama. Tawadhu dan rendah diri. Berlapang dada, dan belajar dari orang lain.

Alhamdulillah itu sahaja dari saya kali ini, banyak lagi tips yang boleh dikongsikan, namun mungkin di lain hari.

Btw dalam gambar yang dikongsikan bersama artikel ini, yang berdiri di belakang saya itu antara individu di belakang tabir yang banyak membantu saya sepanjang proses penerbitan Headwithserban pertama dan kedua. Beliau tawadhu dan pemalu, jadi saya rahsiakan identiti. Terima kasih tuan.