Prenote

Assalamualaikum

Mungkin dunia blogger tidak lagi semeriah dulu. Tapi aku tetap setia menulis disini. Dari 2009 hingga kini.

Tuesday, November 8, 2016

Disaat US mengira votes, India mengira Notes

Semalam, PM Modi mengumumkan bahawa duit kertas 500 dan 1000 rupees tidak akan memiliki apa-apa nilai lagi mulai 9 Nov 2016. Wang ini akan digantikan dengan notes yang baru yang lebih canggih, dijangkakan akan mula digunakan Feb tahun hadapan.

Kata Modi, tindakan ini bertujuan untuk melawan korupsi, duit palsu dan memerangi mereka yang mempunyai ‘black money’. Benarlah, jika mereka yang terlibat menyimpan jumlah wang rupees 500 dan 1000 setinggi bangunan, ianya pasti memberi impak besar kepada mereka. Umpama peristiwa 9/11 di US, kini peristiwa 9/11 menimpa golongan yang menyimpan ‘black money’ dan duit palsu ini.

Walaubagaimana sekalipun, mereka yang melakukan korupsi dan menyimpan ‘black money’ ini bukanlah tidak pandai. Sudah pasti mereka sudah terlebih dahulu menyimpan wang-wang mereka di luar negara. Negara-negara ‘hard currencies’ pastinya menjadi pilihan. Perkara ini akan membuatkan mereka tidak menerima impak besar dari perkara ini. Berdasarkan satu laporan yang dikeluarkan oleh The Swiss National Bank, mereka mengatakan sejumlah CHF 1206.71 million tersimpan di dalam bank mereka, dan wang ini milik rakyat India.



Namun terdapat juga laporan mengatakan bahawa, jika kita mengira jumlah keseluruhan ‘black money’ yang berada di luar negara sekalipun ianya hanya akan mencecah 20% sahaja. Bermakna Modi akan berjaya menghapus sebanyak 80% ‘black money’.

Itu kalau kita nak lihat dari sudut melawan korupsi, black money dan duit palsu. Tapi jika melihat dari sudut kesan terhadap rakyat India yang lain, pastinya mereka menghadapi pelbagai kesusahan. Bagaimana dengan rakyat yang hendak mengisi minyak petrol kenderaan, namun menghadapi kesulitan kerana tidak memiliki wang kertas yang boleh digunakan. Begitu juga dengan kedai-kedai perniagaan, bisnes, kedai ubat dan lain-lain, pastinya dalam tempoh 2 hingga tiga hari ini mengalami kesukaran.

Betul, kita boleh pergi bank dan deposit duit kita, dan kemudian kita perlu withdraw Rs 100 rupees dalam kuantiti yang dilimitkan. Tapi ingat, kita juga perlu ambil kira, populasi rakyat India yang begitu ramai yang pastinya akan berkumpul di Bank. Lebih memburukkan keadaan, kebanyakan bank akan tutup buat dua-tiga hari.

Banyak juga pros and cons kita dapat cari dan lihat. Apa-apa pun, saya secara individu kagum dengan tindakan Modi. Dia ibarat menjadi ‘Don’ dalam membasmi korupsi, dan black money di India. Tindakan yang sangat berani, sebab pastinya banyak kesan dari sudut ekonomi dan dari sudut pengaruh politik yang pastinya akan berubah sedikit sebanyak selepas ini.

Buat kami pelajar-pelajar disini, perlulah segera menuju ke bank dan uruskan urusan deposit notes rs. 500 dan 1000 kami. Doakan urusan kami dipermudahkan. Oh ya, bagi yang tak tahu, rs. 500 rupees tu lebih kurang RM 30.

Apa-apa pun, lepas ini sama-sama kita nantikan perkembangan dan lihat apa perubahan yang akan berlaku di India. Modi dah tunjuk power, korupsi hilang tawa, rakyat tidur tak lena.