Prenote

Assalamualaikum Ya Akhi, Ya Ukhti.

Semua yang tertulis di dalam blog ini datang dari benak pemikiran si penulis yang melihat dunia dengan caranya tersendiri. Bukan menulis untuk memarahi apatah lagi memerli atau memaki. Namun semuanya untuk sama-sama kita renungi dan bermuhasabah diri.

ah skemanya.

Friday, May 27, 2016

Medan penulisan


Dengan mesin ini kita mencetak buku. Buku sebagai aset ketenteraan. Orang yang melihat dunia penulisan sebagai medan perang ialah orang yang bijak. Tempat perang ideologi. Tempat perang prinsip. Tempat perang propaganda. Medan inilah medan pertama kita akan saksikan bermulanya peperangan. Sebuah medan pertembungan fikrah.

Ianya perlu lengkap dengan persediaan dan strategi. Begitu juga dengan mengenali dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan musuh. Penjelasan kepada propaganda yang diputar belitkan. Kefahaman dan corak cara fikir. Kesan dan implikasi. Semuanya perlu diambil kira.

Kegagalan untuk memahami hakikat ini, membuatkan segelintir gagal memahami method dan wadah penerbitan buku sebagai keutamaan. Membuatkan dirinya masih terperangkap dalam persoalan remeh temeh. Umpama penglibatan ke dunia ini ialah sebuah wadah terbesar hipokrasi. Lantas mengharamkan secara mutlak. Merelakan kebatilan berleluasa.

Alhamdulillah buku headwithserban sebagai salah satu aset perang ini, sudah dalam process ulang cetak kali ke-4. Bersedia untuk berjuang.