Prenote

Assalamualaikum Ya Akhi, Ya Ukhti.

Semua yang tertulis di dalam blog ini datang dari benak pemikiran si penulis yang melihat dunia dengan caranya tersendiri. Bukan menulis untuk memarahi apatah lagi memerli atau memaki. Namun semuanya untuk sama-sama kita renungi dan bermuhasabah diri.

ah skemanya.

Saturday, May 28, 2016

Kopi

Bayangkan satu situasi yang mana kita sedang sibuk menulis di atas kertas, buat assignment yang penting atau final year project yang perlu dihantar sekejap lagi. Kita sedang sibuk melihat dan membelek-belek helaian kertas yang umpama nyawa kita itu dan tiba-tiba!

Terasa basah dan panas di jari jemari. Terasa aliran air hangat mengalir ke lengan tangan kita. Bahkan kertas assignment kita tadi turut terkena! Ya Allah! Rupa-rupanya ada orang tumpahkan kopi ke atas kertas-kertas yang teramat penting kita tadi itu.

Gulp (telan air liur),

Katakanlah yang menumpahkan air kopi itu ialah adik kita. Maka kita pun memarahinya! Menengking herdik sehingga dia menangis, meraung, bergaduh dan kemudian dia lari ke bilik.

Bang! Pintu ditutup dengan kuat.

Tangisannya masih kedengaran. Kita masih belum berpuas hati. Dengan perasaaan yang marah, kita membuang kertas-kertas yang rosak itu tadi, dibuka laptop dengan ganas untuk reprint dengan segera. Akibat sikap kita yang membuka laptop dengan terburu-buru itu membuatkan laptop itu gagal di switch on dengan baik. Kita pun terus menekan button shutdown lama-lama dan kembali me restart laptop, yang seterusnya membuatkan laptop it terus system failure.

Arghh! Stress! Kita ada sejam je lagi ni sebelum menghantar tugasan itu. Dahla bergaduh dengan adik kini laptop kita pula yang rosak. Lebih malang lagi, kita taka da save kerja kita itu di tempat lain. Habislah..

Dengan hati yang marah, sambil menyumpah seranah itu ini, kita pun pergi bertemu dengan lecturer dengan kegagalan membawa kertas kerja yang sempurna. Kini kita dimarahi pula oleh lecturer! Kita down dan depress. Hari itu umpama satu hari yang malang buat diri kita. Teramat malang! Paling malang sekali lah kiranya. Dari pagi sampai ke malam semuanya rosak dan hancur. Maka sebelum tidur melelapkan mata, kita menarik nafas dalam-dalam mencari ketenangan. Habis rosak satu hari. Semuanya sebab kopi!

*************

Ya akhi, ya ukti.

Perasan tak, kisah atas tadi semuanya berpunca dari tindakan kita, memarahi adik kita yang menumpahkan kopi itu tadi. Bayangkan semula cerita tadi. Namun kali ini, tindakan yang kita buat bukan marah namun, dengan bersabar dan menasihati adik kita dengan baik.

“Ya Allah, adik. Ok tak tu? Tangan adik ok tak? Habis baju sekolah tu kena. Kesian adik, pergi salin baju sekolah yang lain. Biar abang bersihkan kopi ni.”

Maka kita pun dengan tenang, membersihkan kopi itu. Adik kita tadi juga tidak menangis dan boleh ke sekolah dengan happy, dapat belajar dengan tenang. Kita pun kemudiannya dengan tenang membuka laptop, tidak terburu-buru dan berjaya re-print kembali kerja kita. Paling best sekali, siap dapat pujian dari lecturer kerana dapat siapkan dengan sempurna! Alhamdulillah.

See? Akhir kata, ajarlah diri kita untuk bertenang dan matang dalam memilih tindakan. Senyum!