Prenote

Assalamualaikum

Mungkin dunia blogger tidak lagi semeriah dulu. Tapi aku tetap setia menulis disini. Dari 2009 hingga kini.

Wednesday, March 2, 2016

Siapa yang sedang berperang?

1) Apa yang berlaku hari ini sebenarnya bersangkut paut peristiwa yang lama, bahkan tidak keterlaluan jika saya katakan ianya berkaitan dengan perang dunia ke dua lagi.


2) Dunia bagai menyaksikan US sebagai negara paling kuat di dunia baik dari segi teknologi dan juga kemampuan ketenteraan. Sejak perang dingin lagi, US telah memimpin NATO berhadapan Rusia yang pada ketika itu memimpin USSR.


3) Namun pada hari ini, USSR sudah pun tiada. Namun sebaliknya berlaku kepada NATO. Kita dapat lihat ahli-ahli NATO makin bertambah dari tahun ke tahun.


4) Perkara ini pastinya menimbulkan rasa marah Rusia. Mana tidaknya, lihatlah peta dunia, negara-negara NATO mengelilingi Rusia dari semua sudut.


5) Rusia menyedari hakikat itu, dan hari ini Rusia memiliki BRICS. Negara-negara seperti Brazil, China, India dan South Africa berdiri dan bersama agenda Rusia bagi melawan kuasa 'unipolar' US.


6) Kita boleh lihat bagaimana negara-negara BRICS hari ini terutamanya China bertindak aggressive di Laut China Selatan. Ya, China berani kerana di belakangnya ada sokongan BRICS yang diketuai Rusia.


7) Bahkan banyak lagi BRICS telah usahakan bagi melawan NATO. Seperti laluan perdagangan baru, penggunaan mata wang, kerjasama ketenteraan, penubuhan AIIB bank bagi melawan 'world bank' dan banyak lagi.


8) US pastinya tertekan akan hal ini. US tidak keseorangan, kerana US ada ahli-ahli NATO bersamanya. US mula masuk ke negara-negara middle east dan lain-lain menunjukkan pengaruh hagemoni kehebatannya.


9) Siapa yang melawan US pasti menerima akibatnya. Namun kita perlu tahu meskipun 'US led NATO' tapi congress US dikuasai Israel. Kita boleh lihat bagaimana baru ini congress membatalkan perjanjian 'US-Iran nuclear deal'. Kerana Israel tidak suka akan Iran.


10) Jadi sebenarnya bukanlah US led NATO namun ianya ialah, Israel led (US led NATO). Israel bukanlah negara NATO, namun ia menguasai NATO indirectly.


11) Di Syria, US masuk pada awalnya bagi 'humanitarian intervention' untuk membebaskan rakyat Syria dari kekejaman Asad. Namun hari ini dah jadi 'anti-terrorist' intervention melawan ISIS yang dicipta US sendiri.


12) Melihat kekacauan di Syria, Rusia mula risau. Kerana Syria juga ialah antara negara yang hampir dengan sempadan Rusia. Sudah pastilah Rusia mahukan kestabilan di negara-negara yang berhampirannya.


13) Rusia tidak mahu negara jirannya hancur, kemudian wujud 'power vacuum' iaitu tiada pemerintahan di Syria contohnya. Kerana pastilah kemudian US yang akan ambil alih pemerintahan. Ini meluaskan pengaruh US yang menekan Rusia.


14) Jadi Rusia turut serta masuk perang Syria. Kenapa? Bagi mewujudkan 'bipolar power' disitu. Menolak sebarang agenda Israel US - led NATO.


15) Sebenarnya kalau kita kaji Israel punya perancangan The Greater Israel dibawah organisasi Zionism itu. Mana-mana negara di mana US intervention sekarang ialah negara-negara idaman Israel.


16) Jadi tidaklah keterlaluan jika mengatakan bahawa US sebagai boneka Israel menghancurkan negara-negara middle east ini supaya menjadi milik Israel as New World Order nanti.


17) Selepas Rusia masuk, kita dapat lihat ahli-ahli NATO yang lain ramai-ramai masuk Syria. Seperti Ireland dan France. Kenapa? Sebab nak backup boss mereka tadi yakni US.



18) Turkey juga ahli NATO. Namun turkey mempunyai perancangan yang berbeza. Kemasukan Turkey ke Syria ialah untuk melawan NATO dan juga Rusia (BRICS). Kita boleh lihat bagimana Turkey tegas menembak Jet Rusia.


19) Peristiwa Turkey tembak Jet Rusia itu juga membuktikan US tidak suka kepada Turkey. Kenapa? Sebab US ialah negara paling lambat untuk beri respond backup Turkey sedangkan Turkey ahli NATO.


20) Kerana US tahu kedatangan Turkey atas niat lain. Bukan sebagai ahli NATO untuk backup US. Tapi sebagai satu agenda dan cita-cita kepimpinan empire Turkey Neo Uthmaniyah yang baru.


21) Kita tahu Turkey pernah menguasai 2/3 dunia satu ketika dulu. Hari ini dengan semangat itulah Turkey bercita-cita besar untuk membuat kebangkitan empire turkey itu. Hajat ini umum disokong oleh keseluruhan rakyat Turkey.


22) Turkey bijak dan tahu bahawa di rantau itu, Turkey bagaikan berada di tengah-tengah. Perancangan balkanization atau melemahkan negara-negara di rantau itu oleh US led NATO digunakan Turkey sebagai satu kelebihan.


23) Kerana setelah 'power vacuum' wujud nanti, maka Turkey akan mengambil alih kuasa pemerintahan negara-negara rantau itu seterusnya meluaskan pengaruhnya.


24) Ini terbukti bagaimana Turkey menuntut untuk menubuhkan pangkalan tenteranya di Saudi Arabia. Turkey begitu lantang mempertahankan nasib ummah saat ini. Hal ini memberi kesan positive kepada Turkey untuk menjayakan Neo Uthmaniyah.


25) Tidakkan kita lihat hari ini, Saudi Arabia menghantar pasukan tenteranya di Turkey. Sebuah angkatan gabungan tentera sunni islam berada hanya bersebelahan Syria. Hal ini menggerunkan US dan juga menggerunkan Rusia.


26) Dua hari lepas, United Nation mengumumkan gencatan senjata di Syria. Maka seluruh negara yang terlibat perlu hentikan serangan. Kenapa tiba-tiba henti? Sebab pasukan tentera Turkey- Saudi sedang berkumpul bersedia di Turkey.


27) Jadi jelas disini, di dunia sekarang 3 kuasa besar inilah yang sedang bermain catur. Jika ISIS itu buah catur, Syria itu papan catur. Mereka ini pula pemain Catur. Namun permainan ini dimainkan oleh 3 orang pemain.


28) Sama-sama kita saksikan apa yang akan berlaku seterusnya. Pertembungan Israel-Us led NATO vs Rusia led BRICS vs Turkey Neo Uthmaniyah.


Itulah sedikit sebanyak yang perlu kita tahu buat masa ini tentang apa yang berlaku di dunia. Sudah pastinya analisis ini bukanlah sempurna namun terdapat banyak lagi yang boleh kita ambil kira dan kaji. Sekadar perkongsian. Semoga bermanfaat.


Wan Mohd Juaini Najmi Bin Nawawi,

Analyst at IRIS Institute,
Member of FOCUS Community.