Prenote

Assalamualaikum Ya Akhi, Ya Ukhti.

Semua yang tertulis di dalam blog ini datang dari benak pemikiran si penulis yang melihat dunia dengan caranya tersendiri. Bukan menulis untuk memarahi apatah lagi memerli atau memaki. Namun semuanya untuk sama-sama kita renungi dan bermuhasabah diri.

ah skemanya.

Friday, January 1, 2016

UK serang Syria

Serangan udara UK : Kesilapan Besar


1) Apa yang berlaku di Syria tidak mempunyai apa-apa perkaitan secara langsung dengan UK. Tindakan ini hanyalah umpama memberi sokongan kepada rakan-rakan seperti France dan US. Dalam erti kata lain, ianya ialah sebuah tindakan yang tidak bermotif dan tidak jujur.

2) Berdasarkan fakta dan kajian, Assad telah membunuh hampir 250 000 rakyat Syria. Apakah kedatangan UK seakan-akan mahu menyambung operasi pembunuhan secara besar-besaran terhadap rakyat Syria. Siapakah yang untung jika UK menyerang Syria? Tidak lain dan tidak bukan, Assad bakal meraih keuntungan dan kemenangan yang lebih besar.

3) Lucunya, apabila kita menyedari bahawa pada 4 Oktober yang lepas, Cameron menyalahkan tindakan Rusia yang mengebom Syria dengan alasan bahawa tindakan itu akan hanya meningkatkan kemusnahan dan mengeruhkan keadaan. Namun tindakan UK untuk campur tangan hari ini, bagaikan melupakan apa yang mereka pernah katakan pada Rusia sebelumnya.

4) Jika di Iraq yang lepas, kedatangan UK dan US dijemput oleh kerajaan sementara Iraq yang dipimpin oleh Haider al-Abadi untuk memerangi ISIS di Iraq. Namun kedatangan UK ke Syria hari ini tidak dijemput oleh sesiapa. UK tidak dijemput oleh Assad dan tidak juga dijemput oleh pihak penentang. Jelas kedatangan UK ke Syria dapat dikatakan sebagai satu kedatangan yang tidak diundang.

5) Katakanlah, jika akhirnya UK berjaya menghapuskan IS di Syria dan mereka berjaya menawan Al-Raqqa. Apakah tindakan seterusnya yang akan diambil oleh tentera Assad? Bagaimana jika Assad pula terus mengambil kesempatan ini untuk terus menghapuskan keseluruhan penentang dan seterusnya bakal menyebabkan peningkatan kematian warga Syria yang tidak bersalah. Apakah tindakan UK sekiranya ini berlaku?

6) Keghairahan Cameron dengan peluru berpandu ‘Brimstone’ yang dikatakan olehnya mampu membawa perubahan yang besar pada perang ini sebenarnya sebuah kesilapan. Kerana hujah Cameron yang mengatakan kehebatan peluru berpandu ini hanya berdasarkan hasil kajian yang sudah lama yakni pada tahun 2011 oleh pihak Libya. Jadi ianya boleh dikatakan bahawa peluru berpandu ini tidak dijamin mampu memberi ketepatan dan keberkesanan seperti yang diwar-warkan.

7) Tidakkah kita melihat bahawa, UK bagaikan mempunyai niat untuk mengadakan uji kaji peluru berpandu ‘Brimstone’ di bumi Syria. Ianya bagai mengambil kesempatan terhadap konflik ini dan seterusnya meraih keuntungan bagi menguji sistem persenjataan mereka. Ini satu jenayah perang dunia yang besar.


8) Apakah tindakan UK ke atas Syria ini akan menjamin keselamatan UK? Sudah pasti ianya tidak benar. Tindakan ini bagaikan mencurah minyak di api yang sedang membara. UK bakal menjadi sasaran untuk serangan pengganas seterusnya bakal membahayakan rakyat UK itu sendiri. Tidak dilupakan dengan bilangan kecil pengikut ISIS yang sudah berada di UK. Sudah pasti mereka akan membalas serangan yang dilakukan dengan siri-siri tragedi berdarah di UK pula selepas ini. Melihat serangan jet Tornado milik UK menghentam Al-Raqqa pasti membuat mereka tidak senang duduk.

9) Tindakan ini hanyalah sebuah hipokrasi yang ditunjukkan UK. Pengeboman tidak akan mengakhiri perang. Hal ini kita dapat saksikan sepanjang sejarah perang dunia. Jerman sudah pun mencubanya di dalam perang dunia ke dua, dan UK bertindak balas dengan tindakan pengeboman yang sama di Dresden. Namun tindakan ini tidak menhentikan perang. Begitu juga jika kita lihat pengeboman US terhadap Afghanistan dan Iraq yang sudah berdekad. Namun apakah mereka berjaya? Tidak. Bahkan Taliban masih kukuh dan Iraq masih di dalam huru-hara.

10) Rakyat Syria yang tidak bersalah akan menghadapi nasib yang paling teruk. Ketahuilah bahawa ISIS bukan sebuah tentera yang tidak cerdik. Sekiranya Raqqa dibom, sudah pasti mereka akan melarikan diri dan bersembunyi di bawah terowong-terowong atau bergerak ke kawasan yang mempunyai ramai orang awam. Pengeboman ialah satu idea yang tidak boleh dipakai dalam realiti perang ini. Tidak akan berjaya. Ini logic.  Tambahan ISIS memang sudah lama mempunyai terowong-terowong bawah tanah.

11) Kebanyakan ahli pakar perang sudah bersepakat bahawa strategi ini tidak akan berjaya. Mereka mengatakan bahawa semua serangan undara tidak akan berjaya melainkan melalui serangan darat. Jadi mengapa Cameron masih takut dan tidak berani untuk menghantar tentera daratnya? Jika dia benar-benar jujur mahu menghapus ISIS, tindakan menghantar tentera darat ialah penyelesaian terbaik. Tindakan serangan udara hanya membunuh orang awam yang tidak bersalah dan menguntungkan ISIS.

12) Jika hendak dibandingkan berdasarkan statistic angka yang terkorban akibat ISIS ialah jauh lebih sedikit berbanding yang terkorban angkara Assad. Ketahuilah bahawa tentera Assad telah membunuh lebih ramai orang awam! Namun apakah UK tidak melihat fakta ini?