Prenote

Assalamualaikum

Mungkin dunia blogger tidak lagi semeriah dulu. Tapi aku tetap setia menulis disini. Dari 2009 hingga kini.

Friday, January 1, 2016

Turki cabar Israel


President Turki yakni Tayyip Erdogan berjumpa dengan Khaled Meshaal semalam di Istanbul. Khaled Meshaal ialah ketua kepada pasukan tentera Hamas yang menjaga perairan dan mengawal sempadan Gaza. Tujuan perjumpaan ialah untuk berbincang tentang perkembangan dan perancangan terkini masalah yang dihadapi rantau itu. Hal ini jelas menimbulkan kemarahan Israel yang ingin menyekat perkembangan Hamas di Turki.

Hubungan baik antara Israel dan Turki sebenarnya telah lama berakhir yakni pada tahun 2010, apabila pasukan tentera Israel telah membunuh 10 orang aktivis Turki yang berada di atas kapal Mavi Marmara 5 tahun lepas. Kapal ini pada ketika itu sedang menghantar bantuan terhadap penduduk Gaza dan mereka cuba melepasi halangan yang dilakukan oleh tentera laut Israel.

Turki yang meminta Israel agar mengakui kesilapan dan meminta maaf, serta membayar pampasan tidak diendahkan Israel pada ketika itu. Malah Israel turut tidak membenarkan kepulangan, Saleh al-Anruori, seorang kepimpinan di dalam Hamas yang kini berada di Turki.