Prenote

Assalamualaikum

Mungkin dunia blogger tidak lagi semeriah dulu. Tapi aku tetap setia menulis disini. Dari 2009 hingga kini.

Friday, January 1, 2016

Serangan di Paris

1) Serangan darat

Sejak serangan yang berlaku di Paris baru-baru ini, US bagaikan mendapat lampu hijau dari rakyatnya, ahli politik dan juga media untuk melakukan serangan ketenteraan habis-habisan melalui laluan darat. Ahli politik Amerika terus menerus mendesak tindakan ketenteraan secara “ground force”.

Meskipun President U.S. yakni Obama seakan-akan menolak kemungkinan untuk melakukan serangan darat. Namun desakan ini sudah cukup untuk memberikan beliau kedudukan yang selesa untuk melakukan serangan pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Beliau menegaskan, agar sebarang pandangan terhadap strategi ketenteraan perlu dibentangkan secara jelas dan terperinci. Beliau tidak menerima sebarang pandangan terhadap strategi ketenteraan yang dikiranya tidak tepat dan tidak berkesan.

Obama juga sedar, dalam masa yang sama beliau perlu memastikan agar sebarang tindakan ketenteraan yang dibuat selepas ini tidak akan menimbulkan kemarahan Rusia yang jelas tidak bersetuju dengan kebanyakan keputusan beliau. Beliau pastinya gerun untuk berhadapan dengan Rusia yang jelas tidak selari dengan permainan politik yang beliau mainkan.

2) Halau perlarian Syria

Seramai 12 gabenor yang mewakili Alabama, Arizona, Arkansas, Florida, Illinois, Indiana, Lousiana, Massachusetts, Michigan, Mississippi, Ohio dan juga Texas mengeluarkan kata sepakat untuk tidak lagi menerima perlarian Syria di kawasan mereka. Bahkan, ada juga dari mereka yang berpendapat untuk mengurung semua perlarian seperti tawanan penjara. Mereka mendesak agar US menutup ruang penerimaan perlarian Syria mulai bulan desember ini. Secara keseluruhannya, mereka mula bangkit menentang “U.S. Refugee Admissions Program”.

Gabenor Texas yang bernama Greg Abbott telah menghantar surat kepada Barrack Obama untuk menolak program perpindahan perlarian Syria. Katanya, ‘Syria sebuah negara yang sangat teruk dan U.S. perlu bertindak menyokong negara eropah yang lain bagi menentang ISIL di Syria.

Malahan Gabenor Massachusetts yakni Charlie Baker juga menyatakan dengan lantang, bahawa dia tidak berminat untuk menerima mana-mana perlarian Syria. Tegasnya, apabila ditanya media. Begitu juga dengan Gabenor Illinois yakni Bruce Rauner yang turut menyatakan sokongan terhadap penolakkan penerimaan perlarian Syria yang kini dianggap sebagai satu ancaman kepada masyarakat.

Tekanan dari gabernor-gabenor ini secara tidak langsung seakan-akan memberi lampu hijau untuk Washington terus menekan umat islam di Syria. Menggunakan ISIS sebagai ‘scapegoat’ untuk terus menerus membantai umat.