Prenote

Assalamualaikum

Mungkin dunia blogger tidak lagi semeriah dulu. Tapi aku tetap setia menulis disini. Dari 2009 hingga kini.

Friday, January 1, 2016

Russia dan China vs US

Apakah mampu untuk China dan Russia menjalinkan kerjasama dan seterusnya membentuk “World New Order”.

Article ini membincangkan halangan yang dihadapi oleh China dan Russia untuk menjalinkan kerjasama disebalik hubungan baik yang cuba dibina mereka bagi berhadapan dengan pengaruh US. Apakah mampu untuk Russia dan China mendapat kata sepakat dan seterusnya menerajui dunia dengan ‘world new order’.

1) Misi yang berlainan.


     Kedua-dua negara ini diketuai oleh president yang mempunyai aspirasi dan semangat yang tinggi untuk membawa kembali kejayaan kepada negara masing-masing. President Xi Jingping dari China dan juga President Putin dari Russia. President Xi dengan polisi asing yang mengukuhkan kedudukan negara China di rantau Laut China Selatan meskipun berhadapan dengan Jepun dan negara-negara lain di Selatan Asia. Manakala president Putin pula lantang dan bertindak tegas dengan keadaan di Crimea dan juga di timur Ukraine. Hakikatnya kedua-dua president ini mempercayai, negara mereka tidak diadili dengan baik di masa lampau dan mereka tidak selesa dengan keadaan dunia yang semasa.

      Namun, kesamaan ini tidaklah meletakkan kedua-dua pemimpin ini di dalam kedudukan yang selesa untuk berkerjasama. Meskipun mereka tidak senang dengan pentadbiran dunia barat yang diketuai oleh America, namun mereka tidak berkongsi matlamat yang sama apabila melihat dari aspek ‘new world order’.

      Kita dapat membuktikan ini apabila Beijing tidak tunduk kepada Moscow semasa perang dingin meskipun kedua-dua negara ini ialah negara komunis. Russia yang sering berhadapan masalah besar dengan ekonomi disebabkan sekatan dari negara barat setelah krisis di Ukraine membuatkan mereka terdesak untuk memperoleh hubungan diplomatik dari China. Mereka memerlukan sokongan diplomatik dari China. Walaubagaimanapun, bukanlah bantuan ekonomi yang diharapkan oleh Russia. Dalam masa yang sama, China pula berhadapan dengan masalah dalaman seperti di Xinjiang dan Russia di Chehnya. Bahkan, masalah China dengan Taiwan, Xinjiang dan Tibet pasti membuatkan Russia berada di dalam kedudukan yang tidak selesa. Meskipun kedua-dua pemimpin ini mampu tidur sebantal, namun mimpi mereka adalah sebuah mimpi yang berbeza antara satu sama lain.

2) Perdagangan luar yang tidak stabil


      Hal ini mudah untuk dilihat jika kita memahami struktur perdagangan kedua-dua negara ini terlebih dahulu. Tidak dinafikan wujud hubungan baik perdagangan di antara kedua-dua negara ini, namun secara zahirnya hubungan ini tetap berhadapan dengan masalah ketidakstabilan perdagangan. Pertama sekali kita harus memahami bahawa China dan Russia tidak stabil dalam perdagangan yang melibatkan minyak, gas, dan juga persenjataan. Russia memiliki EU sebagai rakan perdagangan nombor satu mereka. Sebaliknya China memiliki US sebagai nombor satu dalam rakan perdagangan utama mereka. Meskipun China berada di kedudukan nombor dua sebagai rakan perdagangan buat Russia, namun bagi China, Russia terletak pada tangga ke-8 untuk kepentingan perdagangan mereka. Itupun hanya 2% dari keseluruhan perdagangan negara China. Kesimpulan mudah yang boleh kita buat ialah, China tidak boleh mengorbankan US dalam perdagangan manakala Russia pula mungkin sukar untuk melepaskan Europe meskipun China berada di tempat ke-2.

        Penting juga untuk kita ketahui perjanjian tenaga diantara China dan Russia bukanlah berada di dalam keadaan yang baik. Sekatan yang dibuat barat terhadap Russia telah memaksa Russia untuk melindungi sumber tenaga mereka. Mereka terpaksa melindungi sumber tenaga mereka meskipun mereka sudah mempunyai perjanjian dengan negara China. Hal ini membuatkan China di dalam keadaan kekurangan bekalan tenaga. China mengambil langkah untuk menjalankan kerjasama ekonomi dengan negara Asia Tengah. Manakala Russia cuba memperluaskan sumber hasil tenaga mereka dengan menjalankan kerjasama ekonomi dengan negara-negara Asia seperti Jepun, India, Mongolia, South Korea dan juga Vietnam. Hal ini secara tindak langsung membuatkan hubungan Russia dan China menjadi bertambah keruh. Contohnya perjanjian tenaga antara Russia dan Vietnam di Laut China Selatan, dimana China menuntut hak ke atas perairan itu. Hal ini secara tidak langsung dianggap sebagai ‘stab in the back’ oleh beberapa analisis dari China.

3) Identiti diri


       China dikenali sebagai kuasa besar Asia. Manakala Russia suka untuk dikenali sebagai kuasa besar Eropah. Meskipun sedemikian, sejak kebelakangan ini Russia seakan-akan meluaskan pengaruhnya di rantau asia. Tidak dilupakan, kedua-dua negara ini sudah berhadapan dengan sejarah yang perit dan berdarah. Setelah perang dingin, Russia dan China cuba menggapai kerjasama untuk mempertahankan diri mereka dari U.S.. Pada akhir 1990 China dan Russia bekerjasama dengan menubuhkan hubungan baik diantara mereka dan pada waktu yang sama U.S. pula mengembangkan sistem unipolar mereka. Walaubagaimana sekalipun, kerjasama ini hanya dilihat sebagai satu strategi atau simbolik semata-mata dimana hakikatnya kedua-dua negara ini cuba untuk berbaik dengan U.S. meskipun mereka berazam untuk menjauhi U.S.. Kesimpulannya, perjanjian ini hanya menjadi alat untuk kedua-dua negara ini mendapat perhatian dari U.S. setelah perang dingin berakhir.

China dan Russia kekal sebagai dua negara yang bersaing, bukan sebagai negara-negara yang bekerjasama. Sebagai kuasa yang kian meningkat, China semakin mendapat pengaruh dunia manakala Russia pula kehilangan pengaruh mereka. Hal ini jelas dibuktikan pada APEC dan G20 yang berlangsung baru ini pada tahun 2014. Meskipun kedua-dua negara mempunyai masalah dengan barat buat masa ini, namun pasti ketegangan akan wujud diantara mereka satu hari nanti. Hari ini kita dapat lihat kedua-dua negara ini sudah mula kelihatan tidak senang dengan Shanghai Cooperation Organization (SCO) dimana mereka berhadapan dengan persaingan di Asia Tengah.

Apakah masih ada harapan untuk Russia dan China membentuk kerjasama dan seterusnya mengubah ‘World Order’?

Dengan tekanan berterusan dari barat, boleh dikatakan menjadi ‘catalyst’ yang mempercepatkan hubungan baik antara dua negara ini meskipun terdapat banyak perkara yang menghalang mereka. Kerjasama Russia-China kian bertambah baik dari hari ke hari. Hubungan Russia-China adalah yang terbaik jika hendak dibandingkan dengan hubungan luar yang lain seperti, hubungan China-South Korea, dan Japan-India. Perkembangan kerjasama diantara dua negara ini atas factor tertentu seperti tekanan yang kian hebat dari krisis di Ukraine dan juga pengaruh barat yang diketuai oleh U.S.. Secara tidak langsung kerjasama ini menjadi satu perkara yang digeruni oleh U.S.. Russia dan China menjalinkan kerjasama di dalam perkembangan politik, ketenteraan, tenaga, perlaburan, dan juga bidang technical. Pada saat ini jumlah perdagangan diantara kedua-dua negara telah mencecah $ 100 bilion dan dijangka akan berganda di dalam 5 tahun yang mendatang.

Pada bulan 5 tahun ini dijangkakan Russia akan menghadiri Asian Infrastructure Investment Bank. Perkara ini jelas membuktikan bahawa Vladimir Putin merancang untuk mengukuhkan kerjasama dengan negara-negara di rantau asia. Russia dan China telah mencapai persetujuan di mana, Russia bersetuju untuk membekalkan China dengan Russian SU-35 fighters. Tambahan pula, ketua bagi kedua-dua negara ini telah merancang untuk mengadakan latihan ketenteraan tentera laut (joint naval exercises) di Laut Hitam. Hal ini akan dibincangkan di dalam perjumpaan yang mendatang.

Kesimpulannya, Moscow dan Beijing cuba mengorak langkah dan meletakkan buah catur di tempat yang betul untuk berhadapan dengan U.S. di dalam era perang dingin yang baru. Apakah China-Russia mampu memnggantikan U.S. dan seterusnya menjadi ‘world new order’.