Prenote

Assalamualaikum

Mungkin dunia blogger tidak lagi semeriah dulu. Tapi aku tetap setia menulis disini. Dari 2009 hingga kini.

Friday, January 1, 2016

Malaysia vs ISIS

Malaysia vs Islamic State

Malaysia melihat kepentingan supaya dunia dan khususnya ASEAN untuk memahami dan mula bertindak menentang bahaya yang dibawa oleh Islamis State (IS). Malaysia juga mengklasifikasi IS sebagai sebuah organisasi pengganas yang amat berbahaya dan dianggap sebagai cabaran paling sukar untuk masyarakat dunia hadapi. IS dilihat sebagai sebuah badan pengganas yang mendapat sokongan yang cukup luas, melebihi apa yang pernah dimiliki Al-Qaeda.

Kebolehan merekrut ahli yang begitu ramai dari lebih 80 buah negara amat membimbangkan Malaysia. Tambahan Malaysia melihat, usaha merekrut ahli ini turut berkembang luas di rantau asia.
Malaysia mengambil langkah menyeru masyarakat dunia khususnya negara-negara ASEAN untuk memperkasakan kerjasama dalam menghadapi bahaya IS. Sebagai pengerusi ASEAN membuatkan Malaysia mengetuai kerjasama negara-negara ini dalam menghadapi ancama IS. Indonesia dan Myanmar menyatakan sokongan pada cadangan ini dan seterusnya bersetuju untuk berkongsi maklumat yang berkaitan bagi mengukuhkan kerjasama di rantau ini.

Pada bulan 10 tahun ini, Malaysia akan menganjurkan ASEAN Special Ministerial Meeting on radicalism and extremism, untuk membincangkan cara dan langkah untuk menghadapi isu ini secara keseluruhan.

A) Kemenangan pertama

Kemenangan yang dimaksudkan ialah apabila Malaysia berjaya menyekat ruang untuk IS merekrut rakyat Malaysia dan negara lain yang cuba melalui Malaysia untuk ke Iraq dan Syria. Negara Malaysia bukan lagi sebuah negara yang selamat untuk militan ini mencari dan membawa ahli untuk direkrut.

Ini dibuktikan apabila seorang ahli ISIS di Syria, menggunakan nama Abu Hud, mengeluarkan amaran di dalam website milik ISIS memberi peringatan kepada rekrut dari Indonesia yang berhajat menggunakan transit Malaysia untuk ke Syria atau Iraq untuk mengubah rancangan mereka.
Petikan dari laman web tersebut ;

“If Indonesians ask where they have to go through, please do not give advice to pass through Turkey or any place where they have to transit to Malaysia… It is tantamount to suicide. It is not safe anymore!”

Mereka juga dinasihati untuk tidak membawa apa-apa seperti video, buku atau sticker yang melibatkan ISIS bagi mengelakkan diri dari ditangkap. Kerana kebanyakan rekrut Malaysia dan Indonesia yang ditangkap di Malaysia ialah mereka yang membawa barangan seperti yang tersebut.
Malah, Counter-Terrorism Division of Malaysia turut menjalankan usaha yang berterusan untuk memburu individu yang dikehendaki dari dalam dan luar negara. Langkah ini bagi memastikan Malaysia tidak menjadi sebuah tempat persembunyian dan transit untuk militan.

Namun, masih terdapat beberapa laluan alternatif  untuk ahli rekrut datang ke Iraq dan Syria seperti melalui Brunei, Hong Kong, China dan beberapa negara eropah yang lain.

Malaysia turut dalam proses bagi mengemaskini “New Anti-Terrorism Act” bagi mengukuhkan undang-undang, seterusnya mencegah IS dengan lebih berkesan. Sejak 2014, lebih 90 individu ditahan termasuk sebilangan kecil rakyat Indonesia.

Kemenangan Malaysia dalam mencegah transit rekrut baru ke Iraq dan Syria mebuktikan kesungguhan negara dalam mencegah IS. Apakah IS akan duduk diam?

B) Serangan balas IS

Pada bulan April tahun lepas, kita pernah dikejutkan apabila hampir 70 orang askar negara kita terlibat dengan IS. Hal ini dilaporkan oleh Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia di dalam dewan parlimen. Perkara ini tidak dapat dinafikan lagi sebagai sebuah ancaman yang hebat buat negara.
Kerajaan Malaysia menyedari usaha IS untuk menyelinap masuk ke dalam negara dan seterusnya membuat kekacauan dan mengganggu ketenteraman awam. Tentera Malaysia yang ditangkap datang dari tentera laut, udara malahan sebahagian yang masih di dalam akademi tentera.

Melihat ancaman ini, Prevention of Terrorist Act (POTA) kembali mendapat perhatian masyarakat Malaysia. Apa yang pasti, Malaysia akan berusaha sedaya upaya bagi mencegah IS dari melebarkan sayapnya di dalam dan luar negara, terutamanya negara-negara ASEAN.

Malaysia perlu berwaspada akan apa-apa bentuk cubaan untuk mengganggu ketenterama awam. Sebarang usaha masuk dan menyelinap oleh IS dari luar dan dalam negara perlu dicegah dari awal.