Prenote

Assalamualaikum Ya Akhi, Ya Ukhti.

Semua yang tertulis di dalam blog ini datang dari benak pemikiran si penulis yang melihat dunia dengan caranya tersendiri. Bukan menulis untuk memarahi apatah lagi memerli atau memaki. Namun semuanya untuk sama-sama kita renungi dan bermuhasabah diri.

ah skemanya.

Friday, January 1, 2016

Kebangkitan Turki

Kebangkitan Turki : Neo-Uthmaniyah

1) Impian untuk kebangkitan Neo-Uthmaniyah ini bermula pada tahun 1993, apabila president Turkey ketika itu yakni President Turgut Ozal yang mengeluarkan kenyataan dengan penuh yakin, bahawa  21st century ialah milik Turki. Impian besar ini mula menjadi perbualan masyarakat turki pada ketika itu.

2) President Turki yakni Suleyman Demirel pada tahun 1994 turut menyatakan berkenaan idea besar kewujudan ‘Turkish world’ yang bermula dari Laut Adriatik sehingga Tembok Besar China. Hal ini seakan-akan sebuah permulaan awal yang melahirkan semangat yang tinggi untuk membentuk sebuah empayar Neo-Uthmaniyah.

3) Negara Turki mula menukarkan dari ideologi Kebangsaan Turki kepada sebuah pembentukan negara Islam. Hal ini membuka ruang untuk perkembangan wilayah pengaruh Turki di negara-negara islam yang bersempadan dengannya.

4) Sebuah institusi yang bernama ‘Tukic Council’ telah ditubuhkan pada 2009. Instituisi ini merangkumi penglibatan Kazakhstan, Turki, Kyrgyzstan dan Azerbaijan dalam pembentukan sebuah kerjasama ekonomi, budaya, kepentingan politik yang turut termasuk sector pendidikan. Hal ini menunjukkan kesungguhan Turki untuk mula mendapatkan pengaruh di dalam negara muslim post-soviet berkenaan.

5) ‘Arab-Springs’ dan penglibatan kuasa besar dunia di rantau itu secara tidak langsung melemahkan negara-negara islam di rantau itu. Hal ini jelas membuat Turki sedar akan peluang untuk mereka mengisi ruang-ruang kosong bagi menampung kestabilan serantau, seterusnya membawa pengaruh yang lebih besar. Turki sebagai sebuah negara yang masih stabil pasti mampu untuk mempengaruhi negara-negara di rantau itu. Tindakan Turki yang menjaga hubungan baik dengan muslim Syria dan bahagian lain Middle East jelas menunjukkan kesungguhan Turki.

6) Bahkan saat ini, Turki tidak lagi statik dengan kaedah lama yakni sekadar melakukan hubungan diplomasi dengan negara-negara kawasan serantau, namun Turki turut mengembangkan pengaruhnya melalui ketenteraan. Malah, Turki merancang untuk mewujudkan sebuah pangkalan tenteranya di Qatar. Hal ini mendapat perhatian Saudi Arabiya yang mula tidak senang dengan hajat Turki tersebut.

7) US sudah pasti menyedari hal ini, dan mula mengarah Turki untuk menarik kembali tetera Turki di utara Iraq. Bahkan US juga lambat bertindak sebagai salah sebuah negara NATO untuk mempertahankan Turki saat insiden pesawat Rusia yang ditembak jatuh Turki baru-baru ini. Hal ini jelas menunjukkan US tidak lagi selesa dengan kebangkitan Turki.

8) Berdasarkan sebuah kaji selidik yang dibuat di terhadap rakyat Turki, hampir 90% rakyatnya sudah mula menerima idea untuk kebangkitan negara Turki dan mereka boleh berbicara dengan penuh yakin dan bangga akan hal ini. Banyak rakaman video anak muda Turki yang jelas memaparkan sokongan mereka terhadap impian mewujudkan sebuah empayar Neo-Uthmaniyah ini.

9) Apakah Turki Neo-Uthmaniyah ini mampu menghalang The Greater Israel? Satu soalan yang perlu berada di dalam kepala kita semua saat ini. Apakah Turki mampu menggunakan kekuatan musuh sebagai kekuatan sendiri. Sama-sama kita ikuti perkembangannya.