Prenote

Assalamualaikum Ya Akhi, Ya Ukhti.

Semua yang tertulis di dalam blog ini datang dari benak pemikiran si penulis yang melihat dunia dengan caranya tersendiri. Bukan menulis untuk memarahi apatah lagi memerli atau memaki. Namun semuanya untuk sama-sama kita renungi dan bermuhasabah diri.

ah skemanya.

Friday, January 1, 2016

Turki cabar Israel


President Turki yakni Tayyip Erdogan berjumpa dengan Khaled Meshaal semalam di Istanbul. Khaled Meshaal ialah ketua kepada pasukan tentera Hamas yang menjaga perairan dan mengawal sempadan Gaza. Tujuan perjumpaan ialah untuk berbincang tentang perkembangan dan perancangan terkini masalah yang dihadapi rantau itu. Hal ini jelas menimbulkan kemarahan Israel yang ingin menyekat perkembangan Hamas di Turki.

Hubungan baik antara Israel dan Turki sebenarnya telah lama berakhir yakni pada tahun 2010, apabila pasukan tentera Israel telah membunuh 10 orang aktivis Turki yang berada di atas kapal Mavi Marmara 5 tahun lepas. Kapal ini pada ketika itu sedang menghantar bantuan terhadap penduduk Gaza dan mereka cuba melepasi halangan yang dilakukan oleh tentera laut Israel.

Turki yang meminta Israel agar mengakui kesilapan dan meminta maaf, serta membayar pampasan tidak diendahkan Israel pada ketika itu. Malah Israel turut tidak membenarkan kepulangan, Saleh al-Anruori, seorang kepimpinan di dalam Hamas yang kini berada di Turki.

UK serang Syria

Serangan udara UK : Kesilapan Besar


1) Apa yang berlaku di Syria tidak mempunyai apa-apa perkaitan secara langsung dengan UK. Tindakan ini hanyalah umpama memberi sokongan kepada rakan-rakan seperti France dan US. Dalam erti kata lain, ianya ialah sebuah tindakan yang tidak bermotif dan tidak jujur.

2) Berdasarkan fakta dan kajian, Assad telah membunuh hampir 250 000 rakyat Syria. Apakah kedatangan UK seakan-akan mahu menyambung operasi pembunuhan secara besar-besaran terhadap rakyat Syria. Siapakah yang untung jika UK menyerang Syria? Tidak lain dan tidak bukan, Assad bakal meraih keuntungan dan kemenangan yang lebih besar.

3) Lucunya, apabila kita menyedari bahawa pada 4 Oktober yang lepas, Cameron menyalahkan tindakan Rusia yang mengebom Syria dengan alasan bahawa tindakan itu akan hanya meningkatkan kemusnahan dan mengeruhkan keadaan. Namun tindakan UK untuk campur tangan hari ini, bagaikan melupakan apa yang mereka pernah katakan pada Rusia sebelumnya.

4) Jika di Iraq yang lepas, kedatangan UK dan US dijemput oleh kerajaan sementara Iraq yang dipimpin oleh Haider al-Abadi untuk memerangi ISIS di Iraq. Namun kedatangan UK ke Syria hari ini tidak dijemput oleh sesiapa. UK tidak dijemput oleh Assad dan tidak juga dijemput oleh pihak penentang. Jelas kedatangan UK ke Syria dapat dikatakan sebagai satu kedatangan yang tidak diundang.

5) Katakanlah, jika akhirnya UK berjaya menghapuskan IS di Syria dan mereka berjaya menawan Al-Raqqa. Apakah tindakan seterusnya yang akan diambil oleh tentera Assad? Bagaimana jika Assad pula terus mengambil kesempatan ini untuk terus menghapuskan keseluruhan penentang dan seterusnya bakal menyebabkan peningkatan kematian warga Syria yang tidak bersalah. Apakah tindakan UK sekiranya ini berlaku?

6) Keghairahan Cameron dengan peluru berpandu ‘Brimstone’ yang dikatakan olehnya mampu membawa perubahan yang besar pada perang ini sebenarnya sebuah kesilapan. Kerana hujah Cameron yang mengatakan kehebatan peluru berpandu ini hanya berdasarkan hasil kajian yang sudah lama yakni pada tahun 2011 oleh pihak Libya. Jadi ianya boleh dikatakan bahawa peluru berpandu ini tidak dijamin mampu memberi ketepatan dan keberkesanan seperti yang diwar-warkan.

7) Tidakkah kita melihat bahawa, UK bagaikan mempunyai niat untuk mengadakan uji kaji peluru berpandu ‘Brimstone’ di bumi Syria. Ianya bagai mengambil kesempatan terhadap konflik ini dan seterusnya meraih keuntungan bagi menguji sistem persenjataan mereka. Ini satu jenayah perang dunia yang besar.


8) Apakah tindakan UK ke atas Syria ini akan menjamin keselamatan UK? Sudah pasti ianya tidak benar. Tindakan ini bagaikan mencurah minyak di api yang sedang membara. UK bakal menjadi sasaran untuk serangan pengganas seterusnya bakal membahayakan rakyat UK itu sendiri. Tidak dilupakan dengan bilangan kecil pengikut ISIS yang sudah berada di UK. Sudah pasti mereka akan membalas serangan yang dilakukan dengan siri-siri tragedi berdarah di UK pula selepas ini. Melihat serangan jet Tornado milik UK menghentam Al-Raqqa pasti membuat mereka tidak senang duduk.

9) Tindakan ini hanyalah sebuah hipokrasi yang ditunjukkan UK. Pengeboman tidak akan mengakhiri perang. Hal ini kita dapat saksikan sepanjang sejarah perang dunia. Jerman sudah pun mencubanya di dalam perang dunia ke dua, dan UK bertindak balas dengan tindakan pengeboman yang sama di Dresden. Namun tindakan ini tidak menhentikan perang. Begitu juga jika kita lihat pengeboman US terhadap Afghanistan dan Iraq yang sudah berdekad. Namun apakah mereka berjaya? Tidak. Bahkan Taliban masih kukuh dan Iraq masih di dalam huru-hara.

10) Rakyat Syria yang tidak bersalah akan menghadapi nasib yang paling teruk. Ketahuilah bahawa ISIS bukan sebuah tentera yang tidak cerdik. Sekiranya Raqqa dibom, sudah pasti mereka akan melarikan diri dan bersembunyi di bawah terowong-terowong atau bergerak ke kawasan yang mempunyai ramai orang awam. Pengeboman ialah satu idea yang tidak boleh dipakai dalam realiti perang ini. Tidak akan berjaya. Ini logic.  Tambahan ISIS memang sudah lama mempunyai terowong-terowong bawah tanah.

11) Kebanyakan ahli pakar perang sudah bersepakat bahawa strategi ini tidak akan berjaya. Mereka mengatakan bahawa semua serangan undara tidak akan berjaya melainkan melalui serangan darat. Jadi mengapa Cameron masih takut dan tidak berani untuk menghantar tentera daratnya? Jika dia benar-benar jujur mahu menghapus ISIS, tindakan menghantar tentera darat ialah penyelesaian terbaik. Tindakan serangan udara hanya membunuh orang awam yang tidak bersalah dan menguntungkan ISIS.

12) Jika hendak dibandingkan berdasarkan statistic angka yang terkorban akibat ISIS ialah jauh lebih sedikit berbanding yang terkorban angkara Assad. Ketahuilah bahawa tentera Assad telah membunuh lebih ramai orang awam! Namun apakah UK tidak melihat fakta ini?


Russia dan China vs US

Apakah mampu untuk China dan Russia menjalinkan kerjasama dan seterusnya membentuk “World New Order”.

Article ini membincangkan halangan yang dihadapi oleh China dan Russia untuk menjalinkan kerjasama disebalik hubungan baik yang cuba dibina mereka bagi berhadapan dengan pengaruh US. Apakah mampu untuk Russia dan China mendapat kata sepakat dan seterusnya menerajui dunia dengan ‘world new order’.

1) Misi yang berlainan.


     Kedua-dua negara ini diketuai oleh president yang mempunyai aspirasi dan semangat yang tinggi untuk membawa kembali kejayaan kepada negara masing-masing. President Xi Jingping dari China dan juga President Putin dari Russia. President Xi dengan polisi asing yang mengukuhkan kedudukan negara China di rantau Laut China Selatan meskipun berhadapan dengan Jepun dan negara-negara lain di Selatan Asia. Manakala president Putin pula lantang dan bertindak tegas dengan keadaan di Crimea dan juga di timur Ukraine. Hakikatnya kedua-dua president ini mempercayai, negara mereka tidak diadili dengan baik di masa lampau dan mereka tidak selesa dengan keadaan dunia yang semasa.

      Namun, kesamaan ini tidaklah meletakkan kedua-dua pemimpin ini di dalam kedudukan yang selesa untuk berkerjasama. Meskipun mereka tidak senang dengan pentadbiran dunia barat yang diketuai oleh America, namun mereka tidak berkongsi matlamat yang sama apabila melihat dari aspek ‘new world order’.

      Kita dapat membuktikan ini apabila Beijing tidak tunduk kepada Moscow semasa perang dingin meskipun kedua-dua negara ini ialah negara komunis. Russia yang sering berhadapan masalah besar dengan ekonomi disebabkan sekatan dari negara barat setelah krisis di Ukraine membuatkan mereka terdesak untuk memperoleh hubungan diplomatik dari China. Mereka memerlukan sokongan diplomatik dari China. Walaubagaimanapun, bukanlah bantuan ekonomi yang diharapkan oleh Russia. Dalam masa yang sama, China pula berhadapan dengan masalah dalaman seperti di Xinjiang dan Russia di Chehnya. Bahkan, masalah China dengan Taiwan, Xinjiang dan Tibet pasti membuatkan Russia berada di dalam kedudukan yang tidak selesa. Meskipun kedua-dua pemimpin ini mampu tidur sebantal, namun mimpi mereka adalah sebuah mimpi yang berbeza antara satu sama lain.

2) Perdagangan luar yang tidak stabil


      Hal ini mudah untuk dilihat jika kita memahami struktur perdagangan kedua-dua negara ini terlebih dahulu. Tidak dinafikan wujud hubungan baik perdagangan di antara kedua-dua negara ini, namun secara zahirnya hubungan ini tetap berhadapan dengan masalah ketidakstabilan perdagangan. Pertama sekali kita harus memahami bahawa China dan Russia tidak stabil dalam perdagangan yang melibatkan minyak, gas, dan juga persenjataan. Russia memiliki EU sebagai rakan perdagangan nombor satu mereka. Sebaliknya China memiliki US sebagai nombor satu dalam rakan perdagangan utama mereka. Meskipun China berada di kedudukan nombor dua sebagai rakan perdagangan buat Russia, namun bagi China, Russia terletak pada tangga ke-8 untuk kepentingan perdagangan mereka. Itupun hanya 2% dari keseluruhan perdagangan negara China. Kesimpulan mudah yang boleh kita buat ialah, China tidak boleh mengorbankan US dalam perdagangan manakala Russia pula mungkin sukar untuk melepaskan Europe meskipun China berada di tempat ke-2.

        Penting juga untuk kita ketahui perjanjian tenaga diantara China dan Russia bukanlah berada di dalam keadaan yang baik. Sekatan yang dibuat barat terhadap Russia telah memaksa Russia untuk melindungi sumber tenaga mereka. Mereka terpaksa melindungi sumber tenaga mereka meskipun mereka sudah mempunyai perjanjian dengan negara China. Hal ini membuatkan China di dalam keadaan kekurangan bekalan tenaga. China mengambil langkah untuk menjalankan kerjasama ekonomi dengan negara Asia Tengah. Manakala Russia cuba memperluaskan sumber hasil tenaga mereka dengan menjalankan kerjasama ekonomi dengan negara-negara Asia seperti Jepun, India, Mongolia, South Korea dan juga Vietnam. Hal ini secara tindak langsung membuatkan hubungan Russia dan China menjadi bertambah keruh. Contohnya perjanjian tenaga antara Russia dan Vietnam di Laut China Selatan, dimana China menuntut hak ke atas perairan itu. Hal ini secara tidak langsung dianggap sebagai ‘stab in the back’ oleh beberapa analisis dari China.

3) Identiti diri


       China dikenali sebagai kuasa besar Asia. Manakala Russia suka untuk dikenali sebagai kuasa besar Eropah. Meskipun sedemikian, sejak kebelakangan ini Russia seakan-akan meluaskan pengaruhnya di rantau asia. Tidak dilupakan, kedua-dua negara ini sudah berhadapan dengan sejarah yang perit dan berdarah. Setelah perang dingin, Russia dan China cuba menggapai kerjasama untuk mempertahankan diri mereka dari U.S.. Pada akhir 1990 China dan Russia bekerjasama dengan menubuhkan hubungan baik diantara mereka dan pada waktu yang sama U.S. pula mengembangkan sistem unipolar mereka. Walaubagaimana sekalipun, kerjasama ini hanya dilihat sebagai satu strategi atau simbolik semata-mata dimana hakikatnya kedua-dua negara ini cuba untuk berbaik dengan U.S. meskipun mereka berazam untuk menjauhi U.S.. Kesimpulannya, perjanjian ini hanya menjadi alat untuk kedua-dua negara ini mendapat perhatian dari U.S. setelah perang dingin berakhir.

China dan Russia kekal sebagai dua negara yang bersaing, bukan sebagai negara-negara yang bekerjasama. Sebagai kuasa yang kian meningkat, China semakin mendapat pengaruh dunia manakala Russia pula kehilangan pengaruh mereka. Hal ini jelas dibuktikan pada APEC dan G20 yang berlangsung baru ini pada tahun 2014. Meskipun kedua-dua negara mempunyai masalah dengan barat buat masa ini, namun pasti ketegangan akan wujud diantara mereka satu hari nanti. Hari ini kita dapat lihat kedua-dua negara ini sudah mula kelihatan tidak senang dengan Shanghai Cooperation Organization (SCO) dimana mereka berhadapan dengan persaingan di Asia Tengah.

Apakah masih ada harapan untuk Russia dan China membentuk kerjasama dan seterusnya mengubah ‘World Order’?

Dengan tekanan berterusan dari barat, boleh dikatakan menjadi ‘catalyst’ yang mempercepatkan hubungan baik antara dua negara ini meskipun terdapat banyak perkara yang menghalang mereka. Kerjasama Russia-China kian bertambah baik dari hari ke hari. Hubungan Russia-China adalah yang terbaik jika hendak dibandingkan dengan hubungan luar yang lain seperti, hubungan China-South Korea, dan Japan-India. Perkembangan kerjasama diantara dua negara ini atas factor tertentu seperti tekanan yang kian hebat dari krisis di Ukraine dan juga pengaruh barat yang diketuai oleh U.S.. Secara tidak langsung kerjasama ini menjadi satu perkara yang digeruni oleh U.S.. Russia dan China menjalinkan kerjasama di dalam perkembangan politik, ketenteraan, tenaga, perlaburan, dan juga bidang technical. Pada saat ini jumlah perdagangan diantara kedua-dua negara telah mencecah $ 100 bilion dan dijangka akan berganda di dalam 5 tahun yang mendatang.

Pada bulan 5 tahun ini dijangkakan Russia akan menghadiri Asian Infrastructure Investment Bank. Perkara ini jelas membuktikan bahawa Vladimir Putin merancang untuk mengukuhkan kerjasama dengan negara-negara di rantau asia. Russia dan China telah mencapai persetujuan di mana, Russia bersetuju untuk membekalkan China dengan Russian SU-35 fighters. Tambahan pula, ketua bagi kedua-dua negara ini telah merancang untuk mengadakan latihan ketenteraan tentera laut (joint naval exercises) di Laut Hitam. Hal ini akan dibincangkan di dalam perjumpaan yang mendatang.

Kesimpulannya, Moscow dan Beijing cuba mengorak langkah dan meletakkan buah catur di tempat yang betul untuk berhadapan dengan U.S. di dalam era perang dingin yang baru. Apakah China-Russia mampu memnggantikan U.S. dan seterusnya menjadi ‘world new order’.



Ranking : Terrorist Paling Ganas

No 1 : Israel

a) Syria

Kita perlu faham, meskipun Israel mengatakan bahawa mereka tidak terlibat dengan dengan perang Syria, namun ketahuilah mereka sebenarnya sangat menyokong ISIS. Atau kita boleh katakan, bahawa merekalah sebenarnya ISIS. Ini diakui oleh menteri pertahanan Israel itu sendiri yakni Moshe Ya’alon. Sejak permulaan perang Syria lagi, Israel sendiri telah banyak membantu ISIS dalam aktiviti pengeboman. Malah Israel berterusan membantu ISIS dari segi persenjataan, data dan juga perubatan. Hal ini terbukti apabila Israel telah merawat lebih 1,000 orang militant ISIS di hospital milik Israel. Hal ini tidak lain dan tidak bukan, Israel mahu memastikan perang di Syria berterusan dan berpanjangan sehingga objektif mereka tercapai.

Israel ialah sebuah negara yang mempunyai perancangan masa hadapan untuk mewujudkan sebuah wilayah Israel Raya yang luas atau lebih dikenali sebagai perancangan untuk mewujudkan ‘The Greater Israel’, sebuah wilayah yang meliputi dari Egypt hingga ke Euphrates yang turut termasuk di dalamnya negara-negara seperti Syria, Iraq, Saudi Arabia dan Lubnan. Dalam sebuah erti kata yang lain, kalau kita teliti perang-perang yang berlaku di dunia sekarang, sejak perang di Iraq, perang di Lubnan, perang Yamen, perang di Syria, dan lain-lain. Maka tidak syak lagi bahawa perang-perang ini mempunyai perkaitan secara langsung dengan perancangan Israel untuk merealisasikan idea ‘The Greater Israel’.

US sebenarnya hanyalah boneka yang digunakan Israel untuk memecahbelah kawasan-kawasan yang meliputi daerah yang dikehendaki Israel. Israel juga menggunakan ISIS sebagai ‘kambing hitam’ untuk membolehkan campurtangan kuasa besar dunia di kawasan yang menjadi sasaran Israel. Dalam erti kata lain, untuk membolehkan Israel menguasai kawasan-kawasan ini, mereka terlebih dahulu perlu memastikan kawasan ini lemah dan tidak dapat bertahan sendiri. Hal ini jelas dengan pemecahan kawasan-kawasan target Israel ini kepada beberapa daerah kecil dan seterusnya dilemahkan. Dalam bahasa kajian geopolitik,kita menyebutnya sebagai  sebuah proses ‘balcanization’.

Cukuplah melihat di Palestine, bagaimana israel bermula dari sebuah kawasan yang kecil sehingga menjadi sebuah kawasan yang cukup luas seperti yang terdapat pada hari ini. Bumi hijau Palestine dirampas oleh Israel dan tindakan ini mendapat sokongan kuasa besar dunia yang lain. Ini menjadi bukti kepada perancangan Israel untuk terus menjayakan ‘The Greater Israel’.

Iraq turut menjadi sasaran utama Israel kerana kawasan ini adalah cabaran terbesar buat mereka. Menguasai Iraq menjadi perkara asas dan keutamaan  dalam menjayakan projek ini. Demikianlah yang berlaku apabila wujudnya puak Kurdish, Syiah dan Sunni yang berpecah belah di Iraq. Ini telah kita saksikan, dan hari ini kita sedang menyaksikan Syria menjadi sasaran seterusnya.

Secara keseluruhannya, kerosakkan di Syria dan Iraq ialah sebahagian dari perancangan Israel. Badan kajian dan perancangan Israel bekerjasama dengan US, Saudi Arabiya dan NATO, secara keseluruhannya untuk menentang ISIS kononnya. Hal ini tidak lain dan tidak bukan hanya untuk memusnahkan Syria dan Iraq dari sebuah negara kepada beberapa kawasan kecil. Sudah pastilah, jika hendak berhujah panjang tentang The greater Israel memerlukan sebuah pembentangan yang lain pula. Apa yang jelas sekarang ialah, kekacauan dan perang yang berlaku di dunia sekarang semuanya berpunca dari Israel dan perancangannya yang terancang untuk memusnahkan dan menghapuskan umat islam secara total. Tidak disangkal lagi, Israel layak untuk mendapat tempat pertama di dalam rangking ‘terrorist paling ganas’.

b) Gaza

Berdasarkan bancian yang dibuat oleh ‘Palestinian Centre of Human Right’ seramai 1,500 orang rakyat Gaza telah dibunuh sejak tahun 2008 dan dari jumlah ini seramai 950 orang ialah orang awam. Pada bulan 10 tahun 2015 ini sahaja bilangan yang terbunuh ialah seramai 68 orang. Pelbagai cara kotor digunakan zionist untuk dijadikan alasan kenapa pembunuhan perlu dilakukan. Kita perlu faham, apa yang berlaku di Gaza tidak sama situasinya dengan apa yang berlaku di negara lain. Perang di tempat lain ialah perang antara senjata dan senjata, namun di Gaza ianya adalah perang diantara senjata dengan mereka tanpa senjata yakni rakyat Gaza itu sendiri. Ini bukan perang, tapi ini ialah sebuah penindasan.  Pembunuhan yang dijalankan tidak bermotif dan hanyalah bertujuan untuk menghapus rakyat Gaza sedikit demi sedikit tanpa disedari dunia.

No 2 : United State of America

a) Iraq

Sekurang-kurangnya seramai 2,000,000 orang telah mati sejak 11 september 2001. Walaubagaimanapun, statistik ini dikatakan tidak tepat, kerana bilangan yang sebenar jauh lebih besar dan dijangkakan mencecah 2,500,000 berdasarkan kajian yang dibuat oleh ‘Iraq Body Count’.  Ketahuilah hampir 60% dari bilangan ini ialah kanak-kanak. Daripada bilangan keseluruhan itu juga, dikatakan seramai 1,700,000 ialah orang awam.

Contohnya bilangan kematian yang dicatatkan di Najaf diumumkan oleh media barat sebanyak 1,345 orang. Kebenarannya ialah 40,000 orang.  Hal ini cuba disembunyikan oleh media barat. Banyak bukti kajian dapat kita dapati dari mana-mana ‘death pool’ yang bebas tidak terikat dengan permainan media barat yang telah membuktikan perkara ini.

Sudah berapa ramai muslim yang dibunuh US sejak 30 tahun yang lalu, dan berapa banyak bilangan rakyat US yang dibunuh muslim? Ironinya, muslim dikatakan sebagai terrorist, sedangkan terrorist yang sebenar ialah US itu sendiri.

Malah, berdasarkan sebuah statistik, hampir sejumlah 10,000 rakyat Iraq dibunuh setiap bulan. Bilangan ini dikeluarkan oleh ‘Censored Project’ sebuah badan kajian milik US sendiri.
US tidak berhenti setakat itu, berdasarkan sebuah kajian yang dibuat oleh seorang professor di University of Manitoba, US telah menggunakan cara yang sangat keji untuk membunuh keseluruhan umat islam di Iraq secara perlahan-lahan melalui kerosakkan dan meracunkan sistem bekalan air ke seluruh Iraq. Sebuah kajian telah dijalankan, dan ianya terbukti benar. Hal ini akan menyebabkan penyebaran penyakit dan seterusnya menyebabkan epidemic ke tahap bahaya ke seluruh bumi Iraq. Dijangka akan menghapuskan sejumlah besar rakyat Iraq itu sendiri.

Secara keseluruhannya US telah membunuh hampir 2,500,000 orang Iraq sejak 1991 hingga 2003. Dari 2003 hingga sekarang pula, bilangan yang tercatat ialah sebanyak 1,000,000 dan ‘still counting’.

b) Afghanistan

Di bumi Afghanistan, seramai 3,000,000 rakyat Afghanistan telah mati sejak 2001. Dari bilangan itu, sebanyak 900,000 ialah kanak-kanak di bawah usia 5 tahun. Perang di Afghanistan telah bermula sebelum perang di Iraq. Pada zaman kita masih belum memiliki fb atau laman sosial seperti hari ini untuk mengetahui perihal yang sebenar. US telah lama berkerjasama dengan Taliban baik dari segi persenjataan, perubatan dan logistic. US sendiri bertanggungjawab terhadap kehancuran bumi Afghanistan. Seramai 2,000,000 orang awam telah terbunuh sejak permulaan awal perang. Malah berdasarkan kajian yang dibuat oleh ‘Global Avoidable Mortality’ milik US, dijangkakan seramai 4,500,000 hingga 5,000,000 rakyat Iraq telah dijangkakan terkorban di bumi Afghanistan. Ini bukan lagi perang, tapi ini ialah sebuah pembunuhan beramai-ramai yang dijalankan oleh US tanpa belas kasihan terhadap rakyat Afghanistan.

c) Jepun

Pristiwa Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki adalah sebuah sejarah kelam peperangan yang terjadi di dunia ini. Serangan bom atom menggegarkan bumi Jepun dan mengakibatkan korban yang begitu ramai dikedua-dua kota tersebut. Bahkan kesan yang ditimbulkan setelah serangan itu adalah penderitaan berpanjangan dari generasi ke generasi akibat radiasi kimia.

Bom Atom yang jatuh di Kota Hiroshima dan Nagasaki terjadi pada 6 Ogos 1945, yang terjadi saat Perang Dunia II dimana dilakukan oleh pihak sekutu Amerika dengan alasan untuk menjatuhkan angkatan perang Jepun. Bom atom itu telah membunuh seramai 140,000 orang di Hiroshima dan 80,000 di Nagasaki pada akhir tahun 1945. Kesan radioaktif mencapai 20 km dari lokasi jatuhnya bom tersebut dan membunuh lebih ramai orang lagi. Dijangkakan telah membunuh seramai 250,00 orang Jepun secara keseluruhannya.

d) 9/11

Bangunan berkembar milik US yang dihentam kapal terbang ialah sebuah penipuan yang besar. US sanggup melakukan keganasan di negara sendiri demi merealisasikan impian dan perancangan untuk menjajah bumi arab. Secara hakikatnya, peristiwa ini tidak boleh berlaku melainkan disebabkan kegagalan sistem pertahanan US itu sendiri. Hampir semua badan penyiasatan bebas, membuat kata putus bahawa insiden ini ialah sebuah penipuan. Ini bukan lagi teori dan ini sudah menjadi fakta. Bahkan selepas kejadian, ramai kakitangan tentera US dinaikkan pangkat, dan president sendiri dipuji, sedangkan negara sedang berada di dalam keadaan paling teruk dalam sejarah pertahanan US. Ketahuilah kejadian ini tidak akan berlaku, melainkan oleh tangan-tangan US sendiri.

Seramai 2,996 orang terkorban, dan 6,000 lebih yang lain dilaporkan cerdera. Tidak dilupakan serangan di Pentagon yang turut didalangi oleh US sendiri dikatakan telah mengorbankan hampir 125 orang. Lihatlah bagaimana kejamnya US sehingga sanggup mengorbankan rakyat sendiri. Maka tidak dinafikan lagi, memang layak untuk kita tempatkan US di kedudukan no 2 di dalam rangking ‘terrorist paling ganas’.

No 3 : Bako Haram

Bako Haram telah dikatakan sebagai sebuah pertubuhan terrorist paling mengancam pada tahun 2014, dan mereka telah membunuh hampir 6,700 orang dan menyebabkan kecerderaan teruk pada hampir 1,742 orang. Sebanyak 453 kejadian telah dilaporkan yang melibatkan pengganas Bako Haram ini. Lokasi kejadian keganasan yang melibatkan Bako Haram kebanyakannya berlaku di Cameroon, Chad dan juga Nigeria. Bako Haram di bawah pimpinan Abu Bakar Shekau menyatakan perang dengan kerajaan Nigeria dan juga US. Bako haram menuntut untuk mebina sebuah negara yang memecahkan utara Nigeria kepada Christian dan selatan Nigeria kepada muslim.

Meskipun Bako Haram berada di tempat ketiga terrorist paling ganas, namun dunia seakan-akan lupa akan apa yang berlaku di Nigeria. Hal ini kerana, Nigeria tidak terlibat secara langsung dengan perancangan Israel raya yang diperkatakan sebelum ini. Dalam erti kata yang lain, Nigeria tidak mempunyai apa-apa kepentingan terhadap terrorist no 1 dunia itu yakni Israel.

Bako Haram turut menjalinkan kerjasama denga al-Qa’ida in the Islamic Maghreb (AQIM) dan juga sedang mula mencari peluang untuk berkerjasama dengan ISIL. Untuk makluman pembaca, pada bulan tiga tahun ini (2015), Bako Haram telah menyuarakan, bahawa mereka berjanji untuk meletakkan sokongan dan mengikut ISIL di bawah pimpinan al-Baghdadi, sebagai kalifah. Dalam erti kata yang lain, Bako Haram sendiri telah menjeratkan diri mereka untuk mengikut jejak telunjuk ISIL dibawah permainan Israel. Terperangkap di bawah perangkap samar perang permikiran yang dipermainkan Israel.

Bako Haram telah membunuh hampir 530 orang di Cameroon dan 6 orang di Chad. Mengejutkan, pada tahun 2015, Bako Haram telah menyerang sebuah hospital di Chad dan telah membunuh seramai 60 orang. Kebanyakan serangan yang dilakukan oleh Bako Haram ialah dengan menggunakan machine gun terutama apabila dilihat pada peristiwa di Baga. Peristiwa ini telah mencatatkan kematian  seramai 2,000 orang.

No 4 : ISIL

ISIL ialah sebuah badan pengganas yang dikenali ramai buat masa ini. Digelar dengan pelbagai nama seperti IS, ISIS, Daesh dan sebagainya. Namun ISIL berada di kedudukan ke 4 senarai ini, kerana jumlah kematian dan kerosakan yang dibuat mereka sebenarnya lebih sedikit dari yang disebabkan oleh Bako Haram. Seperti yang kita sudah maklum, ISIL ialah sebuah organisasi ciptaan Israel.
Sebanyak 1071 kejadian serangan telah direkod sejak awal penubuhannya. Manakala bilangan kematian yang telah dibuat ISIL ialah seramai 6,073 dan melibatkan 5,799 bilangan mereka yang cedera. ISIL banyak melakukan serangan di negara Egypt, Iraq, Lubnan, Turkey dan hari ini kita dapat lihat banyak di bumi Syria. Untuk makluman pembaca, ISIL tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan al-Qa’ida kerana al-Qa’ida berpendapat bahawa ISIL terlalu banyak membunuh orang awam dan tidak selari dengan perjuangan al-Qa’ida. ISIL ingin menubuhkan sebuah wilayah yang luas sekaligus menghidupkan sistem khalifah yang berlandaskan kefahaman mereka. Ironinya, kawasan yang dituntut ISIL ialah kawasan dibawah perancangan yang dituntut oleh Israel untuk menjayakan ‘The Greater Israel’.

Pada tahun 2014, ISIL telah membunuh hampir 5,000 orang. 90% darinya berlaku di Iraq terutama di negeri-negeri seperti Nineveh, Al- Anbar, Baghdad dan lain-lain. Selebihnya ialah di Syria yakni sebanyak 615 kematian. Pelik bukan?  Apa yang berlaku hari ini, bagaikan Syria ialah masalah terbesar, hakikatnya keganasan ISIL di Syria tidaklah sebanyak atau seteruk seperti yang belaku atas perbuatan Bako Haram di Nigeria. Inilah realiti yang perlu kita fahami, agar tidak lagi tertipu, dan tengelam dalam mimpi.

Meskipun setakat ini telah dilaporkan sebanyak 705 pengeboman telah dijalankan ISIL. Namun hampir 40% tidak membawa kepada apa-apa angka kematian. Hal ini terbukti dan tercatat di dalam Global Terrorist Index. Mengikut sebuah kajian yang lain, purata kematian bagi setiap serangan yang melibatkan ISIL ialah sebanyak 13 kematian.

No 5 : Taliban

Taliban telah diasaskan pada tahun 1994, dan menguasai Afghanistan pada tahun 1996 hingga tahun 2001 yang akhirnya menyaksikan mereka dikalahkan oleh pengganas no 2 dunia yakni US. Hari ini mereka telah bergerak dibawah sebuah organisasi baru yang lebih kita kenali sebagai Neo-Taliban yang menentang NATO dan juga pemerintahan Karsai.

Sejak awal penubuhannya, Taliban telah membunuh seramai 3,477 orang dalam sebanyak 891 serangan. Sejumlah 3,310 yang lainnya pula cedera. Taliban menyerang di Afghanistan dan juga Pakistan. Taliban telah membunuh paling ramai orang pada tahun 2014. Taliban menyasarkan kawasan-kawasan pembangunan kerajaan dan juga orang-orang awam yang berpengaruh. Pada 2014 juga, sebuah rombongan British di Kabul diserang, hal ini telah menyebabkan sebanyak 6 kematian.
48% daripada serangan, dilakukan dengan bahan letupan dari jarak jauh. Sebaliknya hanya 12% serangan dibuat dalam bentuk pengebom berani mati, yang meletupkan diri sendiri. Serangan bersenjata pula ialah sebanyak 23%. Selebihnya, lain-lain cara serangan turut diperaktikkan.

Kebanyakan serangan juga menyasarkan balai polis dan juga ‘checkpoint’ pegawal keselamatan.
Taliban turut melebarkan sayapnya di bumi Pakistan, yang dipanggil sebagai, Tehrik-i-Taliban Pakistan (TTP), atau secara mudahnya kita panggil sebagai ‘Taliban Pakistan’. Mereka telah membunuh seramai 543 orang pada tahun 2014. Pada tahun sebelumnya, yakni 2013, bilangan yang terbunuh ialah lebih sedikit iaitu seramai 618 orang. Pada bulan 7, 2015, akhirnya ketua mereka Malik Ishaq telah dibunuh oleh polis Pakistan.

No 6 : Fulani Militants

Sebanyak 154 kejadian telah direkodkan. Sepanjang kejadian yang berlaku, telah terdapat seramai 1,229 angka korban yang tercatat dan seramai 395 orang dilaporkan cedera. Fulani Militant menyerang kawasan-kawasan di Central African Republic (CAR) dan juga Nigeria. Fulani Milillitant menggunakan machine gun dalam kebanyakan siri serangan yang dilakukan mereka. Dari 2010 hinggan 2013 sahaja, Fulani Millitant telah membunuh seramai 80 orang. Namun pada 2014, jumlah korban telah meniningkat hampir 3 kali ganda. Kebanyakan serangan dilaporkan berlaku di dalam 6 negeri daripada 36 negeri yang berada di Nigeria. Ini menunjukkan pola serangan Fulani Militant tidak meluas seperti Bako Haram.

Hampir 92% dari serangan yang berlaku melibatkan orang awam. Dari keseluruan kematian pula, dikatakan sebanyak 82% ialah orang awam dan kebanyakan daripadanya ialah kanak-kanak.  Pada tahun 2014, Fulani Militant pernah berperang dengan sebuah kumpulan yang menggabungkan 3 puak yang berlain yang akhirnya menyebabkan sebanyak 712 kematian. Puak ini ialah, puak Eggon, Jukun dan juga TIV. Gabungan tiga puak ini sebenarnya mewakili agama Christian. Hal ini telah membuatkan conflict agama antara muslim dan christian di kawasan yang terlibat.



Malaysia vs ISIS

Malaysia vs Islamic State

Malaysia melihat kepentingan supaya dunia dan khususnya ASEAN untuk memahami dan mula bertindak menentang bahaya yang dibawa oleh Islamis State (IS). Malaysia juga mengklasifikasi IS sebagai sebuah organisasi pengganas yang amat berbahaya dan dianggap sebagai cabaran paling sukar untuk masyarakat dunia hadapi. IS dilihat sebagai sebuah badan pengganas yang mendapat sokongan yang cukup luas, melebihi apa yang pernah dimiliki Al-Qaeda.

Kebolehan merekrut ahli yang begitu ramai dari lebih 80 buah negara amat membimbangkan Malaysia. Tambahan Malaysia melihat, usaha merekrut ahli ini turut berkembang luas di rantau asia.
Malaysia mengambil langkah menyeru masyarakat dunia khususnya negara-negara ASEAN untuk memperkasakan kerjasama dalam menghadapi bahaya IS. Sebagai pengerusi ASEAN membuatkan Malaysia mengetuai kerjasama negara-negara ini dalam menghadapi ancama IS. Indonesia dan Myanmar menyatakan sokongan pada cadangan ini dan seterusnya bersetuju untuk berkongsi maklumat yang berkaitan bagi mengukuhkan kerjasama di rantau ini.

Pada bulan 10 tahun ini, Malaysia akan menganjurkan ASEAN Special Ministerial Meeting on radicalism and extremism, untuk membincangkan cara dan langkah untuk menghadapi isu ini secara keseluruhan.

A) Kemenangan pertama

Kemenangan yang dimaksudkan ialah apabila Malaysia berjaya menyekat ruang untuk IS merekrut rakyat Malaysia dan negara lain yang cuba melalui Malaysia untuk ke Iraq dan Syria. Negara Malaysia bukan lagi sebuah negara yang selamat untuk militan ini mencari dan membawa ahli untuk direkrut.

Ini dibuktikan apabila seorang ahli ISIS di Syria, menggunakan nama Abu Hud, mengeluarkan amaran di dalam website milik ISIS memberi peringatan kepada rekrut dari Indonesia yang berhajat menggunakan transit Malaysia untuk ke Syria atau Iraq untuk mengubah rancangan mereka.
Petikan dari laman web tersebut ;

“If Indonesians ask where they have to go through, please do not give advice to pass through Turkey or any place where they have to transit to Malaysia… It is tantamount to suicide. It is not safe anymore!”

Mereka juga dinasihati untuk tidak membawa apa-apa seperti video, buku atau sticker yang melibatkan ISIS bagi mengelakkan diri dari ditangkap. Kerana kebanyakan rekrut Malaysia dan Indonesia yang ditangkap di Malaysia ialah mereka yang membawa barangan seperti yang tersebut.
Malah, Counter-Terrorism Division of Malaysia turut menjalankan usaha yang berterusan untuk memburu individu yang dikehendaki dari dalam dan luar negara. Langkah ini bagi memastikan Malaysia tidak menjadi sebuah tempat persembunyian dan transit untuk militan.

Namun, masih terdapat beberapa laluan alternatif  untuk ahli rekrut datang ke Iraq dan Syria seperti melalui Brunei, Hong Kong, China dan beberapa negara eropah yang lain.

Malaysia turut dalam proses bagi mengemaskini “New Anti-Terrorism Act” bagi mengukuhkan undang-undang, seterusnya mencegah IS dengan lebih berkesan. Sejak 2014, lebih 90 individu ditahan termasuk sebilangan kecil rakyat Indonesia.

Kemenangan Malaysia dalam mencegah transit rekrut baru ke Iraq dan Syria mebuktikan kesungguhan negara dalam mencegah IS. Apakah IS akan duduk diam?

B) Serangan balas IS

Pada bulan April tahun lepas, kita pernah dikejutkan apabila hampir 70 orang askar negara kita terlibat dengan IS. Hal ini dilaporkan oleh Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia di dalam dewan parlimen. Perkara ini tidak dapat dinafikan lagi sebagai sebuah ancaman yang hebat buat negara.
Kerajaan Malaysia menyedari usaha IS untuk menyelinap masuk ke dalam negara dan seterusnya membuat kekacauan dan mengganggu ketenteraman awam. Tentera Malaysia yang ditangkap datang dari tentera laut, udara malahan sebahagian yang masih di dalam akademi tentera.

Melihat ancaman ini, Prevention of Terrorist Act (POTA) kembali mendapat perhatian masyarakat Malaysia. Apa yang pasti, Malaysia akan berusaha sedaya upaya bagi mencegah IS dari melebarkan sayapnya di dalam dan luar negara, terutamanya negara-negara ASEAN.

Malaysia perlu berwaspada akan apa-apa bentuk cubaan untuk mengganggu ketenterama awam. Sebarang usaha masuk dan menyelinap oleh IS dari luar dan dalam negara perlu dicegah dari awal.



Serangan di Paris

1) Serangan darat

Sejak serangan yang berlaku di Paris baru-baru ini, US bagaikan mendapat lampu hijau dari rakyatnya, ahli politik dan juga media untuk melakukan serangan ketenteraan habis-habisan melalui laluan darat. Ahli politik Amerika terus menerus mendesak tindakan ketenteraan secara “ground force”.

Meskipun President U.S. yakni Obama seakan-akan menolak kemungkinan untuk melakukan serangan darat. Namun desakan ini sudah cukup untuk memberikan beliau kedudukan yang selesa untuk melakukan serangan pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Beliau menegaskan, agar sebarang pandangan terhadap strategi ketenteraan perlu dibentangkan secara jelas dan terperinci. Beliau tidak menerima sebarang pandangan terhadap strategi ketenteraan yang dikiranya tidak tepat dan tidak berkesan.

Obama juga sedar, dalam masa yang sama beliau perlu memastikan agar sebarang tindakan ketenteraan yang dibuat selepas ini tidak akan menimbulkan kemarahan Rusia yang jelas tidak bersetuju dengan kebanyakan keputusan beliau. Beliau pastinya gerun untuk berhadapan dengan Rusia yang jelas tidak selari dengan permainan politik yang beliau mainkan.

2) Halau perlarian Syria

Seramai 12 gabenor yang mewakili Alabama, Arizona, Arkansas, Florida, Illinois, Indiana, Lousiana, Massachusetts, Michigan, Mississippi, Ohio dan juga Texas mengeluarkan kata sepakat untuk tidak lagi menerima perlarian Syria di kawasan mereka. Bahkan, ada juga dari mereka yang berpendapat untuk mengurung semua perlarian seperti tawanan penjara. Mereka mendesak agar US menutup ruang penerimaan perlarian Syria mulai bulan desember ini. Secara keseluruhannya, mereka mula bangkit menentang “U.S. Refugee Admissions Program”.

Gabenor Texas yang bernama Greg Abbott telah menghantar surat kepada Barrack Obama untuk menolak program perpindahan perlarian Syria. Katanya, ‘Syria sebuah negara yang sangat teruk dan U.S. perlu bertindak menyokong negara eropah yang lain bagi menentang ISIL di Syria.

Malahan Gabenor Massachusetts yakni Charlie Baker juga menyatakan dengan lantang, bahawa dia tidak berminat untuk menerima mana-mana perlarian Syria. Tegasnya, apabila ditanya media. Begitu juga dengan Gabenor Illinois yakni Bruce Rauner yang turut menyatakan sokongan terhadap penolakkan penerimaan perlarian Syria yang kini dianggap sebagai satu ancaman kepada masyarakat.

Tekanan dari gabernor-gabenor ini secara tidak langsung seakan-akan memberi lampu hijau untuk Washington terus menekan umat islam di Syria. Menggunakan ISIS sebagai ‘scapegoat’ untuk terus menerus membantai umat.



Kebangkitan Turki

Kebangkitan Turki : Neo-Uthmaniyah

1) Impian untuk kebangkitan Neo-Uthmaniyah ini bermula pada tahun 1993, apabila president Turkey ketika itu yakni President Turgut Ozal yang mengeluarkan kenyataan dengan penuh yakin, bahawa  21st century ialah milik Turki. Impian besar ini mula menjadi perbualan masyarakat turki pada ketika itu.

2) President Turki yakni Suleyman Demirel pada tahun 1994 turut menyatakan berkenaan idea besar kewujudan ‘Turkish world’ yang bermula dari Laut Adriatik sehingga Tembok Besar China. Hal ini seakan-akan sebuah permulaan awal yang melahirkan semangat yang tinggi untuk membentuk sebuah empayar Neo-Uthmaniyah.

3) Negara Turki mula menukarkan dari ideologi Kebangsaan Turki kepada sebuah pembentukan negara Islam. Hal ini membuka ruang untuk perkembangan wilayah pengaruh Turki di negara-negara islam yang bersempadan dengannya.

4) Sebuah institusi yang bernama ‘Tukic Council’ telah ditubuhkan pada 2009. Instituisi ini merangkumi penglibatan Kazakhstan, Turki, Kyrgyzstan dan Azerbaijan dalam pembentukan sebuah kerjasama ekonomi, budaya, kepentingan politik yang turut termasuk sector pendidikan. Hal ini menunjukkan kesungguhan Turki untuk mula mendapatkan pengaruh di dalam negara muslim post-soviet berkenaan.

5) ‘Arab-Springs’ dan penglibatan kuasa besar dunia di rantau itu secara tidak langsung melemahkan negara-negara islam di rantau itu. Hal ini jelas membuat Turki sedar akan peluang untuk mereka mengisi ruang-ruang kosong bagi menampung kestabilan serantau, seterusnya membawa pengaruh yang lebih besar. Turki sebagai sebuah negara yang masih stabil pasti mampu untuk mempengaruhi negara-negara di rantau itu. Tindakan Turki yang menjaga hubungan baik dengan muslim Syria dan bahagian lain Middle East jelas menunjukkan kesungguhan Turki.

6) Bahkan saat ini, Turki tidak lagi statik dengan kaedah lama yakni sekadar melakukan hubungan diplomasi dengan negara-negara kawasan serantau, namun Turki turut mengembangkan pengaruhnya melalui ketenteraan. Malah, Turki merancang untuk mewujudkan sebuah pangkalan tenteranya di Qatar. Hal ini mendapat perhatian Saudi Arabiya yang mula tidak senang dengan hajat Turki tersebut.

7) US sudah pasti menyedari hal ini, dan mula mengarah Turki untuk menarik kembali tetera Turki di utara Iraq. Bahkan US juga lambat bertindak sebagai salah sebuah negara NATO untuk mempertahankan Turki saat insiden pesawat Rusia yang ditembak jatuh Turki baru-baru ini. Hal ini jelas menunjukkan US tidak lagi selesa dengan kebangkitan Turki.

8) Berdasarkan sebuah kaji selidik yang dibuat di terhadap rakyat Turki, hampir 90% rakyatnya sudah mula menerima idea untuk kebangkitan negara Turki dan mereka boleh berbicara dengan penuh yakin dan bangga akan hal ini. Banyak rakaman video anak muda Turki yang jelas memaparkan sokongan mereka terhadap impian mewujudkan sebuah empayar Neo-Uthmaniyah ini.

9) Apakah Turki Neo-Uthmaniyah ini mampu menghalang The Greater Israel? Satu soalan yang perlu berada di dalam kepala kita semua saat ini. Apakah Turki mampu menggunakan kekuatan musuh sebagai kekuatan sendiri. Sama-sama kita ikuti perkembangannya.


India dilamar US dan China

India dilamar US dan China

Lamaran oleh China kepada India


1) Walaupun kedua-dua negara ini mempunyai persaingan tersendiri dalam politik, namun terdapat beberapa perkembangan yang dapat kita lihat terutama hubungan dua hala antara China dan India. Contohnya, pada bulan Oktober 2013, China dan India telah menandatangani Border Defence Cooperation Agreement (BDCA). Perjanjian ini membicarakan tentang persetujuan untuk mengekalkan keamanan, kestabilan, dan kejujuran antara kedua-dua negara di sepanjang sempadan China dan India. Ia juga merupakan sebuah perjanjian untuk mengukuhkan kerjasama di dalam hal ketenteraan sepanjang garis sempadan kedua-dua negara ini.


2) Pada tahun 2014, China dan India sekali lagi menjalankan kerjasama, apabila mereka menandatangani The Asian Infrastructure Investment Bank (AIIB) bersama 18 negara Asean yang lain. Tujuan kerjasama ini dibuat tidak lain dan tidak bukan ialah untuk menandingi keupayaan World Bank. Bahkan, India telah dilantik untuk mengepalai BRICS Development Bank, yang berpangkalan di Shanghai bersama peruntukan awal sebanyak $50 billion. Pada tahun 2014 juga, Chinese President Xi Jinping telah melawat India pada bulan September, dan lawatan diplomasi ini telah dibalas kembali oleh Indian Prime Minister Naredra Modi selama tiga hari di China.


3) Perbincangan berkenaan new Silk Road Project dan Maritime Silk Road yang akan melalui empat buah negara yakni Bangladesh, China, India dan Myanmar (BCIM) masih di dalam perbincangan dan dalam proses untuk mendapatkan kata sepakat. Buat masa ini, China telah mengumumkan bahawa mereka bersedia menyediakan peruntukan sebanyak $40 billion untuk Silk Road Project. Sudah pasti, India tidak akan memisahkan diri mereka dari kerjasama ini, kerana impak yang sangat besar pasti dapat dirasai oleh India jika project ini diteruskan terutama dari sudut perkembangan ekonomi.


4) Jika kita melihat kepada perkembangan perdagangan di antara kedua-dua negara, pasti kita akan menjumpai sebuah perkembangan yang sangat memberangsangkan. Bermula pada tahun 2000-01 perdagangan India dengan China ialah sebanyak $2 billion. Kemudian pada tahun 2013-14, jumlah itu telah menjadi berlipat kali ganda yakni $65.86 billion. Potensi hebat ini dijangkakan berterusan dan dijangkakan bahawa pada tahun ini jumlah perdagangan India terhadap China akan mencecah $100 billion. Ini melambangkan perkembangan dan satu peluang yang sangat baik  untuk pelabur dan pedagang dari kedua-dua negara untuk terus menjalankan kerjasama. Bahkan jika kita melihat dari sudut Foreign Direct Investment (FDI), jarak antara FDI di China dan India telah mengecil dari $108 billion kepada $82 billion. Jurang kecil ini jelas menunjukkan kerjasama yang baik di antara kedua-dua negara.


5) Terdapat begitu banyak ruang dan peluang untuk kedua-dua negara ini menjalankan kerjasama, baik dari sudut pertanian, makanan, pengurusan asset, pembinaan, teknologi maklumat dan banyak lagi. India menjanjikan sebuah potensi market untuk pertanian manakala China pula menjanjikan peluang market dalam bidang makanan terutamanya yang berasaskan susu. Antara perkembangan yang paling memberangsangkan di antara kedua-dua negara ialah melalui bidang farmasi. Sehingga hari ini, India merupakan pengimport bahan-bahan untuk membuat ubat dari China yang mencecah sehingga $3-4 billion setiap tahun. India ialah sebuah negara yang hebat dalam perkembangan formula khusus dalam penyediaan ubat-ubatan.



6) Maka jelaslah disini, China berupaya untuk melamar India untuk terus menjalinkan kerjasama agar kedua-dua negara mampu mengapai kerjasama politik dan seterusnya meraih keuntungan dari sudut ekonomi (bilateral investment).


Lamaran oleh US kepada India


1) Buat masa ini, boleh dikatakan bahawa pertembungan yang menakutkan di dunia sekarang ialah pertembungan di antara India dan Pakistan. Kedua-dua negara ini ialah negara yang mempunya senjata nuclear (heavily-nuclear-armed). Dalam pertembungan dan krisis berpanjangan antara d kedua-dua negara ini, maka US (White House) seperti biasa mula menyelinap masuk untuk memberi sokongan kepada India. Hal ini tidak lain dan tidak bukan ialah untuk mendapat sokongan dari India untuk berhadapan (counterweight) dengan China. Untuk makluman, buat masa ini, India memiliki 90-110 nuclear warheads sebaliknya Pakistan memiliki lebih 100-120 nuclear warheads. Inilah yang digeruni oleh masyarakat dunia.


2) Pentadbiran Obama mahu menjalankan kerjasama dengan India untuk menyekat dan menahan perkembangan ketenteraan China yang pada saat ini dapat dilihat sebagai sebuah gerakan yang sangat ‘aggressive’. President Obama sendiri telah melawat India sebanyak dua kali untuk menjalinkan hubungan baik dengan Modi. President Obama menyedari ruang ini untuk berkerjasama dengan India kerana dalam masa yang sama, China saat ini membekalkan Pakistan dengan sistem pertahanan. Dalam erti kata yang lain, China membantu Pakistan di laut, udara dan juga darat sepertimana US membantu India.


3) India sendiri pada saat ini berminat dengan ‘Electromagnetic Aircraft Launch System’ (EMALS) milik US. India mengharap untuk mendapatkannya dan mereka pasti boleh mendapatkannya melihat kepada kerjasama yang cuba dijalinkan oleh US dengan mereka. Dalam erti kata lain, India mahu membina ‘Aircraft Carrier’ milik mereka sendiri. Kerjasama dalam teknologi ketenteraan inilah yang mampu membuat India berhasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan US sekaligus menyiapkan mereka untuk berhadapan Pakistan yang mendapat sokongan China. Untuk tenaga nuclear pula, India mencari dan berusaha mendapatkan kerjasama untuk membina ‘nuclear reactor’ untuk kegunaan rakyatnya. Hal ini jelas membuka ruang untuk White House dan Defense Department US untuk mengikat hubungan dua hala dengan India.


Kesimpulan


Meskipun pada saat ini kedua-dua negara yakni China dan US masing-masing cuba menjalinkan hubungan baik dengan India, namun pastilah ianya bukan sesuatu yang mudah. Banyak foktor yang perlu dilihat terutamanya gerak langkah dari Rusia yang pada hari ini sedang berusaha kuat untuk meningkatkan pengaruh mereka di rantau Asia. Belum lagi kita mengambil kira pengaruh dan gesaan dari negara-negara lain seperti Jepun dan juga Korea.

Hakikatnya, semua akan terletak ditangan pemimpin negara-negara besar ini untuk membuat keputusan yang terbaik buat negara mereka. Masing-masing terikat antara satu sama lain dengan kepentingan yang pelbagai. Apakah satu hari nanti kita akan melihat India pula yang menjadi mangsa dek gesakan China dan US terhadap mereka. Melamar kerana cinta atau harta, semuanya akan terjawab satu hari nanti.



6 Kelemahan Falsafah

6 Kelemahan falsafah

1) Hakikat semua falsafah tidak memiliki guideline yang jelas untuk membezakan kebenaran dan kesesatan. Sekiranya berlaku perselisihan antara dua ahli falsafah contohnya, pasti tidak ada panduan yang boleh menjadi asas panduan fikiran.

2) Selagi mana falsafah tidak mempunyai landasan rujukan yang mutlak, selagi itu falsafah hanya akan tinggal 'tekaan' dan sekadar 'andaian'.

3) Perselisihan yang berterusan. Hal ini kita dapat lihat sejak zaman falsafah diasaskan. Perbincangan falsafah akan terus serupa dan berulang meskipun 27 abad telah berlalu. Topik yang sama dibincangkan. On and on.

4) Bukan semua perselisihan falsafah dalam bentuk positif. Namun turut dapat perselisihan negatif yang menghasilkan teori penyelesaian yang negatif.

5) Tidak ada kesepakatan antara ahli falsafah. Dari dulu sampai sekarang. Tiada kesimpulan yang dapat diyakini oleh keseluruhan ahli falsafah.

6) Keraguan yang berterusan. Penerimaan dan penolakkan menggunakan kaedah empirikalisme atau rasionalisme yang berterusan. Hal ini menjadikan falsafah tidak mempunyai sebarang pendapat pun baginya (yang boleh dibuat sandaran).