Prenote

Assalamualaikum

Mungkin dunia blogger tidak lagi semeriah dulu. Tapi aku tetap setia menulis disini. Dari 2009 hingga kini.

Tuesday, November 17, 2015

Headwithserban

Assalamualaikum bloggers.

Alhamdulillah, buat pertama kalinya saya telah berjaya menerbitkan buku sendiri yang bertajuk 'headwithserban'. Sebuah buku yang berkisarkan liku-liku kehidupan insan yang bergelar daie dalam melalui lautan dugaan dan cabaran di muka bumi ini.

Mula berjinak-jinak dalam bidang penulisan ketika berusia 17 tahun melalui medium penulisan blog. Saya juga telah mengasas dan menjadi penulis di laman sosial yang dikenali ramai yakni headwithserban yang kini sangat aktif dalam menyampaikan dakwah, motivasi dan juga peningkatan sahsiah diri remaja dan belia. Headwithserban yang bergerak melalui laman sosial seperti twitter, instagram, facebook dan blog, kini telah mempunyai ribuan followers.

Saya lebih suka mempamerkan gaya dakwah yang santai sama ada melalui penulisan dan juga penampilan diri, supaya lebih dekat dengan jiwa pemuda masa kini. Harapnya, agar lebih ramai pemuda pemudi yang sedar akan potensi diri yang mereka ada, seterusnya dapat menyumbang kepada ummah tercinta.

Setiap orang pasti memiliki caranya tersendiri dalam penulisan. Ada yang mempunyai gaya penulisan yang tegas, ada juga yang lembut, dan ada juga yang suka menyentap-nyentap. Namun saya ialah seorang penulis yang flexible, dan suka untuk menulis mengikut kesesuaian keadaan dan perkara yang dibincangkan.

Jika Syed Qutb menulis tafsir Fi Zilal ketika dalam tahanan penjara, Salim Fillah mendapat inspirasi menulis di dalam kereta api, penulis Harry Potter yakni JK Rowling menulis sambil minum di café ditemani muzik, maka saya juga mempunyai cara tersendiri dalam memperoleh inspirasi untuk menulis. Saya ialah seorang penulis yang kebiasaannya menulis setelah membaca.

Berpegang kepada kata-kata seorang sasterawan terkemuka,

“Jika ingin menjadi penulis pertama kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.” A. Samad Said.

Buku ini disiapkan dalam tempoh setahun, setelah menghadapi pebagai dugaan dan cabaran. Saya yang pada awalnya menulis buku ini di iPad akhirnya duduk kesedihan apabila iPad saya dicuri. Namun dengan semangat dan azam yang tinggi saya teruskan usaha menulis kembali apa yang hilang, namun kali ini saya lebih berhati-hati dan akan terus save ke email setelah siap satu article yang baru. Alhamdulillah, akhirnya buku ini dapat disiapkan.

Head With Serban

Tidaklah keterlaluan jika saya katakan bahawa buku ini ialah sebenarnya kisah kita bersama. Hakikatnya, kita semua hidup di muka bumi ini dituntut atas kewajiban untuk menjadi seorang daie. Bukan sekadar daie celup, namun kita perlu menjadi daie yang sebenar.

Hari ini kita berhadapan dengan pelbagai isme-isme seperti hedonism, liberalism, skularism dan banyak lagi yang seringkali menggoyahkan jati diri, dan membuat logam-logam yang pada awalnya bersinar menjadi karat.

Menjadi seorang daie perlu faham dengan jelas akan tanggungjawab yang dipikulnya. Dia perlu kenal siapa musuhnya, agar diri selamat dari perangkap lawan. Daie yang sebenar itu tidak terperangkap dengan isu remeh temeh seperti cara nak menulis 'insyaAllah' dan masalah couple. Kerana daie yang sebenar itu mempunyai tanggungjawab yang lebih besar daripada itu.

Saya memilih koleksi tulisan saya yang berkaitan dengan kehidupan seorang daie, dan dimuatkan di dalam buku ini, “Head With Serban!”

Bacalah

Salah satu element penting yang perlu dikuasai oleh seorang daie ialah membaca. Maka, seorang daie itu tidak boleh menjadi seorang yang malas untuk membaca. Banyakkan membaca buku-buku tarbiyah yang dapat membangunkan jati diri seorang individu muslim.

Hari ini, lambakan buku-buku boleh didapati di bookstore berhampiran. Pilihlah yang boleh mendatangkan manfaat kepada pembentukan diri kita. Kita perlu banyak membaca buku-buku yang dapat membantu memantapkan fikrah terlebih dahulu sebelum mula membaca buku-buku lain. Agar nanti tidak goyang dan mudah terikut-ikut dengan pemikiran-pemikiran yang tidak sihat.

Harapan

Pertama sekali, buku ini tidak lain dan tidak bukan khusus buat diri saya sendiri, yang cakap tidak serupa bikin. Seorang pemuda yang kadang-kadang alpa, lalai dan leka dalam hidup.

Kedua, saya harap buku ini mampu menyedarkan singa-singa umat yang tertidur. Mengejutkan mereka yang menyangka selama ini mereka bergerak sebagai daie, namun hakikatnya tidak. Mereka yang mengaku daie, tapi masih tengelam dalam mimpi indah ‘syok sendiri’. Semoga buku ini mampu mengejutkan mereka persis bunyi bising alarm berbunyi dipagi hari mengejutkan mereka yang tidur.

Ketiga, tulisan ini saya dedikasikan khas buat abi dan ummi yang berada di Malaysia yang tidak putus-putus menyokong kerja dakwah saya. Begitu juga buat isteri tercinta, ahli keluarga, sahabat-sahabat seperjuangan, dan semua orang yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam penerbitan buku ini.

Boleh pre-order melalui link ini.


Sunday, July 26, 2015

Puasa enam

Assalamualaikum bloggers. Selamat Hari Raya. InsyaAllah pada post kali ini, saya ingin mengajak pembaca, untuk kita bersama sama berpuasa 6. Ramai orang yang terlepas pandang akan kelebihan puasa 6. Lebih teruk lagi, ada yang terus lupa untuk beramal setiap hari, mungkin kerana dirasakan amal telah terlalu banyak dibuat pada ramadhan yang lepas. Ketahuilah sahabat, hidup kita untuk beramal, bukan pada bulan ramadhan sahaja.

Dibawah ini saya kongsikan tweet saya pada 3 hari lepas untuk sama-sama kita renungi. Kan. Alangkah ruginya jika kita tidak puasa 6.



Dalam usaha menambah pahala dan meningkatkan amalan berterusan selepas Ramadhan, digalakkan bersegera melaksanakan puasa enam hari selepas Aidilfitri, yang dikenali sebagai ‘Puasa Enam’.

Ibadat puasa perlu dilakukan sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh untuk taqarrub kepada Allah SWT, demi menundukkan hawa nafsu dan membersihkan diri.

Sabda Rasulullah SAW.:


“Setiap amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya (dapat diperiksa sendiri dan dinilai baik buruk-nya), melainkan amalan puasa, maka sesungguhnya puasa itu untuk-Ku (Aku sendiri yang dapat memeriksa dan menilainya) dan oleh sebab itu Aku sendiri akan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa.”

(Riwayat Imam Bukhari)


FADILAT PUASA ENAM

Ibadat puasa enam mempunyai pelbagai ganjaran dan kelebihan yang boleh diperolehi umat Islam jika mereka merebut peluang melaksanakannya.

Daripada Abu Ayub al-Ansari, Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah SAW: 

“Sesiapa yang berpuasa semata-mata mencari keredhaan Allah SWT., nescaya akan Allahmenjauhkannya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun.”

(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)


Di antara manfaat lain Puasa Enam Syawal adalah:

Sebagai penampal terhadap segala kekurangan amalan puasa di bulan Ramadhan.

Semua amalan mendekatkan diri kepada Allah SWT. pada Ramadhan, tidak akan terputus dengan berlalunya bulan mulia itu, selama dia masih hidup.

Mudah berpuasa selepas Ramadhan menandakanditerimanya puasa Ramadhan kerana melakukan kebaikan kemudian diteruskan dengan kebaikan lain, maka ianya sebagai tanda terkabulnya amal pertama.

Allah SWT menjauhkan orang yang berpuasa enam daripada api neraka dengan jarak tujuh puluh tahun.

Puasa selepas Aidilfitri adalah antara tanda kesyukuran atas nikmat pertolongan dan keampunan yang dianugerahkan Allah ketika Ramadhan.


PAHALA SETAHUN PUASA

Pahala puasa Ramadhan yang diamalkan menyamai pahala puasa satu tahun penuh. Ini kerana setiap hasanah (kebaikan) diberi ganjaran 10 kali ganda.

Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan daripada Tsauban, Rasulullah SAW. bersabda: 

“Puasa sebulan di bulan Ramadhan sama seperti ia berpuasa selama 10 bulan dan berpuasa selama 6 hari selepasnya (Syawal) menyamai puasa 2 bulan. Maka yang demikian bererti (kamu) telah berpuasa untuk setahun.” 

(Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Manakala di dalam kitab Sabila al-Muhtadin pula, dinyatakan; puasa 30 hari pada bulan Ramadhan ganjarannya sebanyak 300 hari, manakala puasa enam hari pada bulan Syawal pula ganjarannya sama dengan 60 hari.

Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari, bersamaan dengan setahun (kalendar Qamari). Maka seolah-olah kita telah berpuasa sepanjang tahun hingga Ramadhaan tahun depan.

CARA PUASA ENAM

Puasa sunat enam itu boleh dilakukan pada mana-mana hari, di sepanjang bulan Syawal sama ada secara berterusan atau berselang-seli:

1. Paling afdal ialah puasa enam hari berturut-turut mulai Aidilfitri kedua (2 Syawal) hingga 7 Syawal.

2. Berpuasa secara berselang-seli, iaitu puasa sama ada selang sehari, dua atau tiga hari sekali, sebanyak enam hari dalam bulan Syawal, mengikut kemampuan masing-masing.

Ayulah kita, yang sudah berjaya menghabiskan puasa 6 tahniah dan semoga Allah menerima amal kita. Yang belum mula atau baru mula, jangan khuatir, kita masih ada masa. Jom puasa 6!

Allahualam.

Monday, July 13, 2015

Melayu boleh bersatu kerana sebuah telefon

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pergaduhan di Lowyat. Banyak pandangan dan pendapat dikeluarkan oleh pelbagai pihak berkenaan isu ini. Disebalik pelbagai pandangan dan pendapat itu, saya mula menyedari satu hakikat yang baru. Yakni, mudahnya melayu itu bersatu apabila mereka berada di dalam suatu keadaan yang terdesak. Saya ulang, terdesak! Teringat kata guru BM saya Encik Azmi semasa di MCKK. Kata beliau, 

"Orang melayu ini sebenarnya hebat. Sangat hebat. Namun mereka perlukan tekanan yang hebat baru boleh jadi hebat". Begitulah kata-kata dari guru saya yang saya hormati yang saya ingat sehingga hari ini.

Ada benarnya bukan? Hakikatnya orang melayu akan menjadi hebat dan luar biasa apabila mereka berhadapan dengan tekanan. Ini terbukti pada kejadian baru-baru ini di lowyat. Saya bukanlah mahu mengadili siapa yang benar dan siapa yang salah. Bukanlah tujuan saya menulis article ini untuk menunjukkan sokongan kepada mana-mana pihak. Namun apa yang menarik minat saya ialah sikap orang melayu itu sendiri. Macam tak percaya, orang melayu yang selama ini berpecah, mampu mencapai satu suara dalam masa yang singkat. Tak kira dari parti politik mana, organisasi mana, masing-masing mempertahankan antara satu sama lain. Kesepaduan yang dapat dicapai. Hebat bukan? Apabila tekanan hebat dirasa, maka ianya bagaikan sebuah catalyst untuk umat melayu bangkit hebat.




Di atas ini ialah tweet saya pada malam semalam. Betul bukan? Kerana sebuah telefon bimbit, Melayu boleh bersatu. Cuba bayangkan! Alangkah indahnya, jika Melayu itu bersatu atas dasar mahu menegakkan islam di muka bumi ini, khususnya Malaysia. Saya ulang Malaysia! Kerana formula menegakkan islam di sesuatu negara dengan negara yang lain berbeza mengikut siapa pendokongnya.  Maka kita di Malaysia, bangsa Melayulah pendokong islam paling ramai. Ini hakikat, kita majoriti. Lemah bangsa ini, maka mudahlah islam diperkotak katikkan di bumi Malaysia.

Jadi insyaAllah, dalam article ini saya mahu cuba kaitkan penyatuan Bangsa Melayu dengan kekuatan umat islam di Malaysia. Saya akan mengulas bagaimana jika melayu itu sepakat, islam di Malaysia akan terus berdaulat!

Tiada siapa akan menyangkal dan menidakkan perjuangan untuk menegakkan deen Islam ini, kecuali mereka yang fanatik dan taksub sehingga tidak betah melihat orang lain berbuat pekerjaan yang sama. Maka, untuk perjuangan ini memerlukan pula orang untuk bekerja menegakkannya. Mustahil deen ini akan tertegak dengan sendirinya tanpa ada pendiri, kerana Islam ini Allah turunkan dengan hujjah bukannya keajaiban dan mukjizat semata-mata. Bangkitnya islam pasti ada pendokongnya, lihat sahajalah sejarah islam di muka bumi ini. Setiap sejarah yang agung itu, kita lihat siapakah bangsa pendokongnya.

Di Malaysia, secara umumnya deen ini perlu ditegakkan oleh orang Melayu, ini wajib! Kerana sejarah awalnya bangsa Melayu dan perkaitan Melayu dengan Islam sangat rapat. Ada yang mempertikaikan kenapa Melayu, sedangkan Islam itu adalah yang tertinggi dan tiada yang lebih tinggi daripada itu. Tidak kurang ada yang bertanya bagaimana pula dengan mereka yang bukan Melayu tetapi Islam?


Mudah jawabnya, saya tidak pernah menafikan peranan bangsa selain Melayu dalam menegakkan Islam di Malaysia. Namun kita jangan lupa untuk melihat bilangan total Muslim yang Melayu vs Muslim yang bukan Melayu di Malaysia. Secara statistiknya Muslim selain Melayu tidak sampai pun sejuta orang di Malaysia, sedangkan Melayu Muslim ialah seramai 16 juta orang. Saya ulang 16 juta! Sudah pastilah golongan majoriti ini perlu sedar akan tanggungjawab mereka.

Ok, saya bagi contoh yang lain. Mungkin kita lupa, 300 000 orang di Gaza mengikut tarbiyyah HAMAS barulah boleh mempengaruhi baki rakyat Gaza yang membentuk 1.5 juta orang. Secara kira-kira, amat mencabar untuk kuantiti Muslim selain Melayu yang berjumlah 700 000 orang untuk mempengaruhi baki rakyat Malaysia yang membentuk 27 juta orang. Kerana ini kita perlu sedar dan memahami hakikat, tanggungjawab itu akan lebih mudah dan jelas dengan cara Melayu dikuatkan agar mereka dapat menguatkan Islam. Realiti!

Saya pernah menulis article panjang lebar berkenaan islam dan hubungannya secara langsung dengan bangsa melayu di Malaysia pada tahun lepas. Click sini.

Masalah sosial remaja masa kini yang mencurah-curah membanjiri tanahair sudah jelas bahawa kitalah juaranya, Melayu. Semua Melayu. Bohsia, bohjan, pelacur, penagih dadah, perbuatan lucah, sumbang mahram, homoseksual, buang bayi, berpeleseran, atau yang terkini pedofile, sebutlah apapun semuanya ada pada bangsa yang kita sayangi ini. 

Saya secara peribadi, tidak mengatakan bahawa Muslim selain bangsa Melayu tidak terjebak dengan masalah sosial, tetapi kalau kita menghitung nisbah Melayu dan bukan Melayu Muslim yang terlibat dalam masalah sosial, subhanAllah, besar jurangnya. Kalau dahulu bangsa ini dimuliakan dengan Islam, kenapa tidak ianya kembali dimuliakan hari ini? Kalau dahulu bangsa ini kuat dengan Islam, mengapa tidak ianya kembali dikuatkan dengan Islam? 

Melayu mungkin berasa selesa bahawa mereka ada perlembagaan yang melindungi kedudukan mereka. Namun jika satu hari nanti, hak-hak ini diambil dari mereka, kita akan saksikan kemaslahatan umat islam gugur satu persatu di bumi Malaysia ini. Maka kita perlu mengambil langkah untuk memperkasakan semula bangsa Melayu supaya jati diri Islam mereka kembali bertakhta.

Hakikat yang terakhir, berapa kali kedaulatan Islam sejak kebelakangan ini cuba untuk digegarkan dan dicabar oleh orang kuffar? Penghinaan demi penghinaan terhadap islam berlaku. Jika bukan kita orang Melayu hendak pertahankannya, nak harap siapa lagi? Kita sebagai umat Islam yang majoriti di negara Malaysia perlu bangkit mempertahankan islam. Jangan biarkan islam diperlekeh atau dicabar kedudukannya.

Bukan sekali orang-orang kuffar cuba untuk menempelak rang undang-undang dan perlembagaan yang berkaitan dengan Islam. Namun dah banyak kali. Hanya kesepakatan Melayu akan menjanjikan kunci untuk memastikan Islam terus berdaulat. Bukan dari aspek politik semata-mata atau ketuanan Melayu, tetapi ketuanan Islam! Hanya apabila semua Muslim bersatu dan bersepakat barulah kalian boleh berbicara tentang menegakkan undang-undang Islam. Ini hakikat.

Di akhirnya yang kita ingin tegakkan ialah Islam. Namun, tanpa pendirinya, Islam ini tidak mampu ditegakkan. Keadaan orang Melayu yang parah sekarang akan menyumbang kepada kegagalan aspirasi semua pihak yang memperjuangkan Islam.

Ramai orang menjerit sana-sini untuk menegakkan islam di Malaysia. Namun mereka seakan-akan tidak tahu bagaimana caranya. Usah gusar lagi, formulanya sangat mudah, jika majoriti di negara kita yakni (Melayu) boleh bersatu, insyaAllah. Islam akan terus kekal berdaulat.

Sebaliknya? Jika melayu terus leka dengan masalah sosial dan perpecahan antara satu sama lain, sedikit demi sedikit, kemaslahatan umat islam di Malaysia akan tercabar. Musuh islam akan menuntut untuk menggubal undang-undang bagi menjadikan negara kita sebagai sebuah negara yang liberal, bukan lagi negara islam seperti sekarang. Jika ini berlaku, kerugian yang amat besar dihadapi oleh umat islam di Malaysia. Maka jelaslah bahawa kita perlu mengembalikan Melayu kepada kemuliaannya dengan Islam, inilah prasyarat untuk mengembalikan dan seterusnya mengekalkan kedaulatan Islam di Malaysia.

Allahu'alam.

Friday, July 10, 2015

Teguran Sayang

TEGURAN BUAT SEGELINTIR AHLI IKRAM DAN GOLONGAN YANG BERSEPENDAPAT DENGAN MEREKA.

Saya amat terkejut, ada seorang ustaz yang agak terkenal di kalangan ahli-ahli IKRAM, yang terus-terang menyatakan bahawa apa yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia pada perkara 11(4) itu tidak relevan dan bukan dari ajaran islam, serta perlu di pinda.

Mereka berkata:

“Perlembagaan Malaysia, perkara 11(4) yang melarang penyebaran agama selain islam itu patut di pinda kerana ia bukan dari islam. Tak perlu nak sekat kristianisasi, tetapi apa yang perlu ialah berdialog dan berdebat dengan mereka…”

Saya jawab:

“Pemikiran kalian SALAH SAMA SEKALI, dan amat bertentangan dengan islam yang di ajar oleh Ar-Rasul dan juga ulama’ salaf dan khalaf…”

Mengapa saya kata salah?

Saya akan kupas perkara ini pada 6 subtopik besar.


1) Dakwah itu apa?

2) Adakah nabi tak menyekat kristianisasi?

3) Apa itu kristianisasi?

4) Cara-cara puak kristianisasi menyebarkan agama mereka?

5) Adakah US, UK serta kebanyakan Negara barat menerima islam dan tidak menyekatnya?

6) Kesimpulan.


Mari kita lihat satu persatu. Saya akan kupas satu persatu, step by step supaya kalian FAHAM kembali. Saya mulakan dengan “Kefahaman Dakwah”.


SATU: DAKWAH ITU APA?

Wahai kawan, kalau kamu nak tahu, DAKWAH ialah:


1. Mengajak kepada kebaikan.

2. Mencegah kemungkaran.


Hayati hadis ni baik-baik. Rasanya kalian tahu kot hadis ni. Hadis famous.

“Barangsiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah kamu cegah dengan tangan. Kalau tidak mampu, cegahlah dengan lisan. Kalau tak mampu, cegahlah dengan hati, dan itu adalah selemah-lemah iman…”

(HR Muslim)

Dalam islam, bila nampak kemungkaran, kena cegah dengan TANGAN (kuasa, undang-undang, perlembagaan dan lain-lain), kalau TAK MAMPU, cegah dengan LISAN (Dialog, debat, dan lain-lain). Kalau tak mampu, cegah dengan HATI(Benci, jauhi dan berazam untuk ubah jika mampu), dan cegah dengan hati ialah selemah-lemah iman.


Bermakna, kalau mampu cegah mungkar guna TANGAN (kuasa, undang2, perlembagaan, dll), maka gunalah ia, kerana itu yang utama.

Kalau tak mampu, baru guna lisan dan hati.

Faham?

Soalan:


1) Agama kristian adalah satu perkara yang mungkar. Setuju?

Dan perkara mungkar wajib di cegah.


Setuju?

Jika kalian setuju, mari kita lihat soalan seterusnya.




2) Islam melarang penganutnya murtad. Setuju? 

Dan, kaedah syarak menyebut:

"Segala perkara yang membawa kepada dosa, maka ianya juga dosa.."

“Segala perkara yang membawa kepada perkara haram, maka ianya haram..”



So,


Murtad itu haram

Punca yang membawa kepada murtad tu haram.


Punca murtad banyak. Antaranya ialah:


a) Umat islam kurang kefahaman agama. Maka, WAJIB memahamkan mereka agama. Kalau tidak, berdosa. Kerana itu kerajaan wajib mengadakan subjek pendidikan islam, membangunkan sekolah islam, tadika islam, universiti islam, membangunkan masjid-masjid dan pengajian, siaran agama di tv, radio, ruangan agama di akhbar dan banyak lagi.


b) Punca kedua ialah orang bukan islam yang menDAKYAH dan mengajak orang islam untuk mengikuti agama mereka. Maka, WAJIB atas kerajaan untuk menyekat, membanteras, dan yang sama waktu dengannya. Apa-apa usaha ke arah itu juga harus di sekat dengan undang-undang yang ada. Kerana ia adalah salah satu PUNCA murtad. Tidak kisahlah penyebarannya dalam bentuk media massa, surat khabar, penyebaran bible, rancangan tv, radio, ada rancangan khusus slot orang muslim yang telah murtad, orang muslim yang kecewa dengan islam dan pelbagai lagi slot menarik yang telah terjadi di Indonesia. Jika penerbitan pula edaran majalah, komik dan surat khabar secara meluas kepada umat islam, sama ada di rumah, di masjid, ketika sambutan hari keraian Islam dan sebagainya. Atau lebih menarik, rumah ibadah bukan islam ditukar nama kepada masjid dan surah. Perkara ini WAJIB di sekat, membanteras, dan yang sama waktu dengannya.


Maka, jika kalian setuju MURTAD tu satu dosa, maka anta kena tangani segala punca pemurtadan berlaku, samada punca kecil atau besar.


Tapi kalau kalian tak setuju bahawa murtad tu satu dosa, maka jangan sambung baca soalan seterusnya. Kalau setuju, ayuh sambung.


3) Tahukah kalian, dalam fiqh politik islam(bacalah majmuat fatawa ibn taimiyah, atau usul ifta' ahmad arrasyid, atau tulisan imam almawardi dalam mengulas tentang politik islam), antara KEWAJIPAN PEMIMPIN sesebuah NEGARA ISLAM ialah menjaga AQIDAH RAKYAT.


Maka, antara caranya ialah pemimpin islam di sesebuah negara perlu mengambil pelbagai inisiatif untuk menjaga AQIDAH RAKYAT. Setuju?


Jika setuju, mari kita lihat point seterusnya.


4) Bila kita soroti semula point satu hingga tiga, kita akan dapat buat beberapa kesimpulan ringkas sebelum saya buat kesimpulan akhir:


a) Dakwah itu mengajak pada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

b) Murtad itu satu kemungkaran. Perkara yang membawa kepada murtad juga adalah satu kemungkaran. Maka, sebagai umat islam, kita WAJIB mencegah kemungkaran.

c) Dalam mencegah kemungkaran, yang paling UTAMA ialah mencegah kemungkaran dengan TANGAN (kuasa, undang2 dll). Maka, malaysia sebagai sebuah negara islam menggunakan kuasa dan undang-undang untuk mencegah penyebaran agama selain islam. Kerana apa? Kerana agama selain islam itu tidak benar, hanya islam yang benar.


Jadi, hujah kalian yang mengatakan bahawa perlembagaan Malaysia perkara 11(4) yang tidak membenarkan penyebaran agama selain islam itu tidak valid, bermakna kalian SALAH dan SILAP sama sekali. Mungkin kalian tak faham dakwah islam secara menyeluruh. Ia adalah dari islam, bahkan itulah tuntutan islam.


Dan, lagi satu saya nak nyatakan:


“Kalau kalian nak gunakan pendekatan dialog, debat dan sebagainya untuk mencegah kristianisasi, teruskanlah, sebab kalian tak mampu nak ubah dengan kuasa dan undang-undang. Tapi, mengapa kalian nak salahkan pihak yang menggunakan undang-undang dan kuasa untuk mencegah kemungkaran? Juga, dialog nabi adlaah untuk mematahkan hujah, bukan bertoleransi.”


Fikir-fikirkanlah sahabat.


Bukankah tugas pemimpin islam itu, ialah:


“Mengajak umat agar beribadah kepada Allah dan memberantas kesyirikan”.


Inilah satu-satu(nya) tugas yang paling pokok, yang dipikul oleh pemimpin agar mengajak umat beribadah kepada Allah Ta’ala dan memberantas semua bentuk kesyirikan dan sarananya sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan khulafa Ar- Rasyidin sesudahnya sebagaimana disebutkan dalam surat Al-Baiyainah ayat 5.


Dan, bukankah menyekat perkara yang menjadi punca kemurtadan itu adalah WAJIB bagi pemimpin? Saya dah ulas panjang lebar kat atas. Kalau tak faham, boleh ulang baca lagi dan lagi.


***


DUA: ADAKAH NABI TAK MENYEKAT KRISTIANISASI?


Kalian sering mengatakan bahawa nabi tak pernah menyekat kristianisasi. Lalu kalian mendabik dada mengakatakan bahawa:


“Cuba cari mana-mana kisah yang nabi menyekat kristianisasi? Cuba cari! "


Jawapan saya ialah:


“Memanglah takde. Sebab, kristianisasi tu tak berlaku zaman nabi wahai kawan! Lain kali jangan baca sirah nabi je. Baca juga sirah khulafa Arrasyidin, Umayyah, Abbasiah, Uthmaniah, siri perang salib dan sebagainya. Baca….”


Faham? Zaman nabi takde pun kristianisasi!


Tapi, saya nak kemukakan beberapa fakta:


1) Pertama, tahukah kalian, di dalam piagam madinah, nabi TIDAK MEMBENARKAN KAUM PAGAN(penyembah berhala) MENYEBARKAN AGAMA MEREKA DI MADINAH. Nabi hanya membenarkan mereka mengamalkan agama mereka sesama mereka sahaja, dan mereka tidak di paksa masuk islam.


Boleh rujuk perkara ini dalam kitab “Manhaj haraki: Strategi perjuangan Politik dalam Sirah Nabi” tulisan Syeikh Munir Ghadban.


Adakah nabi salah kerena tidak memberi hak kepada penganut berhala untuk sebarkan apa yang mereka anggap betul?


2) Kedua, tahukah kalian, Nabi telah pecahkan berhala di mekah. Adakah nabi salah? Kerana menghancurkan “tuhan-tuhan” orang kafir musyrikin ketika itu?


3) Ketiga, tahukah kalian, tiap kali peperangan dan pembukaan, pimpinan tentera islam akan memberi amaran:


“Masuklah kalian ke dalam islam. Jika kalian tidak mahu, maka bayarlah jizyah, jika tidak mahu, kita berperang…”


Soalan saya, adakah perkara ini salah? Adakah nabi, sahabat dan para salaf terdahulu salah, kerana seoalah-olah “memaksa” orang kafir untuk masuk islam. Adakah salah?!


Ataupun, sebenarnya, ada HIKMAH dan FIQH yang perlu di fahami secara mendalam tentang perkara ini, yang mana ianya tak boleh di tafsir secara LITERAL?


Saya tak mahu nak ulas tentang fiqh jihad di sini. Kajilah sendiri.


Saya cadang, kalian cubalah belek-belek dan baca kitab “Ahkam As-Sultaniyyah” untuk memahami isu politik dalam islam, dan fiqh politik di dalam Negara islam.


***


TIGA: APA ITU KRISTIANISASI?


Sebelum saya nak ulas tentang selok belok kristianisasi, saya nak timbulkan satu perkara.


Kalian kata:


“Bagi penganut kristian, mereka merasakan agama kristian itu benar, dan hak mereka untuk sebarkan kebenaran yang mereka fahami...”


Bagi saya, statement dan pemikiran kalian 100% menyeleweng!


Kenapa saya kata begitu?!


Kerana, hanya agama islam sahaja yang benar di sisi Allah. Jika kamu redha dan rasa agama mereka pun benar da nada hak untuk sebarkan “kebenaran”, bermakna kamu tak yakin dengan agama islam, sekaligus terjebak dengan fahaman pluralisme.


BUKAN ITU SAHAJA! Bahkan, di sisi agama kristian, menyebarkan agam kristian kepada penganut lain adalah satu kesalahan! Puak kristianisasi ini menggunakan hujah untuk membenarkan penyebaran agama mereka melalui ayat di dalam Bible:


“Lalu ia berkata pada mereka; ‘Pergilah ke seluruh dunia, beritakan tentang Injil kepada semua makhluk..”

(Markus:16;15)


Tetapi, satu lembaga di Eropah yang mengkaji dan menyelidiki kebenaran Bible iaitu “Rivised Standard Version”, telah MENGHAPUSKAN AYAT INI.


Kerana ayat tersebut tidak terdapat dalam manuskrip kuno Codex Vaticanus dan Codex Sinataicus, dua manuskrip yang menjadi sumber Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru (Bible). Keputusan yang diambil oleh lembaga RSD sangatlah tepat, karena menurut Injil Matius 10; 5-6 dan 15; 24, Jesus hanya diutus kepada bangsa Israel. Maknanya agama Kristian yang kalau memang benar dibawa oleh Jesus, hanya diperuntukkan kepada bangsa Israel. Bermakna, sepatutnya KRISTIANISASI TIDAK BOLEH DI LAKUKAN terhadap bangsa di luar Israel.


Tapi, puak kristianisasi telah mengingkari ajaran agama mereka sendiri dengan menyebarkan ia!!


Kerana itu, saya amat musykil mengapa kalian berkata kristianisasi itu hak mereka, dan menganggap ianya benar dan tidak boleh di sekat dan di larang, terutama di dalam Negara islam?! Saya dah ulas panjang lebar kat atas dari tadi. Saya tak mahu ulang semula.


Di sebabkan kalian macam BUTA tentang isu kristianisasi, dan memandang enteng dan langsung tak menganggap ianya satu ancaman, dan melekehkan mereka-mereka yang menyedarkan umat islam tentang kristianisasi ni sebagai paranoid, maka, mari saya jelaskan kepada kalian apa itu kristianisasi, dan sejarahnya.(Supaya tiada lagi bagi hujah nabi tak halang kristianisasi. Sebab zaman nabi belum timbul isu kristianisasi. Faham?)


Mari soroti satu persatu:


1) Kristianisasi ni dalam kitab arab, di panggil “Al-tanshir”, gerakan kristianisasi ni muncul akibat kegagalan perang salib. Kita pun tahu, perang salib bertujuan untuk menyebarkan agama kristian dan mencengkam serta menguasai bangsa-bangsa di dunia terumata umat islam. Faham?


2) Kristianisasi mula di gerakkan secara agresif setelah orang kristian mengakami kekalahan selama 2 abad((1099-1254). Maka, mereka menukar strategi untuk menjajah Negara islam, dari menggunakan senjata, kepada agenda kristianisasi, menjajah dengan cara halus.


3) Antara tokoh kristianisasi ialah RAYMOND LULL, orang pertama yang mengumandangkan kristianisasi. Beliau belajar bahasa arab sungguh-sungguh dan mengelilingi Negara arab untuk berdiskusi dengan ulama’. HENRY MARTIN, SAMUEL ZWEMER, KENNETH CRAGG, LOUIS MASSIGNON dan banyak lagi tokoh kristianiasasi yang terlibat dalam menjalankan agenda mereka di Negara-negara islam seperti Mesir, juga di India, Cina, Jepun dan lain-lain.

4) Jika kalian tak nampak dan masih BUTA lagi tentang agenda kristianisasi, kalian boleh rujuk konfrence-konfrence yang berlaku di Cairo(1906), Edinburg Scotland(1910), Lucknow(1911), Beirut(1911), Swiss(1977), Colorodo(1978), Amerika(1942) dan banyak lagi perbincangan-perbincangan yang mereka lakukan untuk menjajah Negara-negara umat islam.

So, saya harap kalian nampak sikit gambaran tentang kristianisasi ni. Janganla buta sejarah sangat, sampai kata zaman nabi tak larang kristianisasi. Dah zaman nabi takde kristianisasi, memangla nabi tak larang. Tapi nabi larang kaum pagan(penyembah berhala) untuk sebarkan agama mereka. Saya dah ulas di atas.


EMPAT: CARA-CARA PUAK KRISTIANISASI MENYEBARKAN AGAMA MEREKA?

Maka, sekarang, saya nak ulas pula tentang CARA-CARA yang di lakukan oleh puak KRISTIANISASI untuk menjajah Negara islam. Supaya korang takdelah BUTA sangat dan percaya dan menganggap apa yang mereka buat tu takde kena mengena dengan agenda kristianisasi.

Jom tengok satu persatu.

1) Kristianisasi ada DUA cara.

Pertama: غزو العسكري(Serangan ketenteraan).

Cara ini di lakukan dengan terang-terangan, jelas tanpa berselindung. Mereka akan lakukan serangan ketenteraan dekat Negara islam yang penganutnya agak kuat imannya, seperti apa yang Amerika Syarikat buat dekat Iraq dan Afghanistan (Korang asyik kata US hormat umat islam bagai, tapi korang BUTA melihat kekejaman US pada umat islam di Iraq dan Afghanistan). Dan sesetengah Negara umat islam minority seperti apa yang terjadi pada umat islam di Mindanao yang di tindas oleh kerajaan kristian di Filipin.

Kedua: غزو الفكري(Serangan Pemikiran)

Cara ini di lakukan kepada negara islam yang mudah di tembus dengan budaya dan ideology yang menyeleweng. Serangan pemikiran ini di cadangkan oleh King Louis XI yang mula di lancarkan pada tahun 1965. Perkara ini jelas boleh di lihat di Negara jiran kita iaitu Indonesia, bagaimana rosaknya ramai bangsa di sana, dan, di Malaysia sedikit demi sedikit.

2) Seterusnya, Samuel Zwemer, tokoh kristianisasi telah menganjurkan beberapa perkara supaya agenda kristianisasi ini berkembang dan berjalan lancar. Antaranya:

a) Orang kristian mesti meyakinkan umat islam bahawa orang-orang kristian bukanlah musuh mereka.

-Perkara ini telahpun terjadi. Ada ramai umat islam yang tak menganggap puak yang menjalankan usaha kristianisasi ini sebagai musuh, bahkan boleh memuliakan mereka dan menghormati mereka.


b) Tumbuhkan dalam diri umat islam, kecenderungan dan kekaguman terhadap ilmu-ilmu barat dan eropah berbanding ilmu-ilmu islam.

-Perkara ini pun dah terjadi. Ramai umat islam yang lebih mengAGUNGkan pemikiran John Locke, Karl Max, dan pemikiran menyeleweng seperti liberal, secular, moderate, progresif dan sebagainya.

c) Meniru budaya masyarakat setempat bagi mendekati mereka. Di Negara arab, mereka terjemahkan Bible ke dalam bahasa arab, kemudian membacanya sambil berlagu dan berqiraat seolah-olah alquran, menterjemahkan bible ke dalam bahasa Indonesia, dan di Malaysia juga mereka menterjemahkan ke dalam bahasa melayu dan mendesak untuk menggunakan Kalimah Allah di dalamnya.

DAN, perkara yang puak kristianisasi mahukan kepada umat islam bukanlah semata-mata mereka murtad, tetapi, seperti apa yang di sebut oleh Samuel Zwemer, cukuplah dengan MENJAUHKAN UMAT ISLAM dari agama mereka.

Saya tak mahu ulas bagaimana pendekatan mereka berdakyah melalui media social, akhbar, pendidikan, aktiviti sosial dan banyak lagi.

Buka MATA, buka HATI, cukuplah menjadi muslim yang pengecut dan terlalu rahmah tak bertempat. Itu bukan rahmah namanya, membiarkan agama lain berleluasa atas nama keadilan. Saya harap kalian fahami semula apa itu keadilan di sisi islam, apa itu rahmah di sisi islam, dan apa itu hikmah di sisi islam.


LIMA: ADAKAH “US”, “UK” SERTA KEBANYAKAN NEGARA BARAT MENERIMA ISLAM DAN TIDAK MENYEKATNYA?

Kalian sering berkata:


“Kat Amerika, mereka tak sekatpun orang islam untuk berdakwah. Mengapa di Malaysia sebagai sebuah Negara islam menyekat agama kristian untuk di sebarkan?”

Saya jawab:


“Mengapa perlu ikut mereka? Tak cukup ke ajaran quran dan sunnah yang nabi bawa sebagai panduan? Mengapa perlu mengikuti telunjuk dan cara orang kafir yang mengamalkan budaya liberalisme dan pluralisme??”

Dan, saya nak kamu tahu beberapa perkara.

1) ISLAM itu syumul. Bukan sekadar ibadah dan dakwah sahaja. Islam itu politik, ekonomi, ilmu, ketenteraan, kebajikan, aqidah, ibadah dan lain-lain. Islam itu syamil, kamil dan mutakamil!

2) Kamu kata Negara barat seperti Amerika semua tu membenarkan agama islam di sebarkan. Yeke?

Bagi saya TIDAK!


Yang mereka benarkan hanyalah ibadah islam sahaja di laksanakan! Mereka tak benarkan penganut islam di sana mengamalkan islam secara menyeluruh. Lihat sahaja macamana Amerika menyekat Ikhwan Muslimin, dan memberi bantuan kepada Israel menentang HAMAS, menyerang Iraq dan Afghanistan, menyeksa tahanan muslim di penjara Guantanamo. Adakah Amerika ini yang kalian sanjung?


Mereka membenarkan islam atas kerangkan ibadah dan dakwah sahaja berkembang di Amerika, kerana mereka tahu, perkara itu langsung tak menggugat kuasa mereka. Tapi bila sebut pasal Negara islam, politik islam, jihad, dan sebagainya, dan apabila umat islam di sana ingin menegakkan islam yang syumul, MEREKA TAKKAN BENARKAN! Bahkan, terus akan di buru, di tangkap, di gelar ekstrimis dan terroris. Adakah Amerika ini yang kalian sanjung?!


Justeru,


Perkara 11(4) di dalam perlembagaan itu sudah cukup selari dengan syarak. Tidak membenarkan penyebaran agama lain di Malaysia, tetapi mereka bebas beragama dan tidak di paksa masuk islam. Selari dengan apa yang nabi lakukan di madinah iaitu nabi TIDAK MEMBENARKAN KAUM PAGAN(penyembah berhala) MENYEBARKAN AGAMA MEREKA DI MADINAH. Nabi hanya membenarkan mereka mengamalkan agama mereka sesama mereka sahaja, dan mereka tidak di paksa masuk islam.


Saya dah kupas panjang lebar dah kat atas tadi.


3) Dan, kenapa kalian agungkan sangat US, UK semua tu? Kenapa nak tiru sangat mereka? Kenapa nak sama dengan mereka? Mungkin kalian lupa akan ayat Allah:


"Adakah sama orang mukmin dengan orang fasiq ?"

(Assajadah: 18)


"Tidak sama ahli neraka dengan ahli syurga, ahli syurga adalah golongan yang menang

(Alhasyr: 20)


"Adakah Kami akan menjadikan orang yang beriman dan beramal soleh sama layanannya seperti orang yang membuat kerosakan di atas muka bumi ini, ataupun Kami akan menjadikan orang yang bertaqwa sama dengan orang yang berdosa ?"

(Sod)

Fahamilah apa yang Allah ingin hambanya faham.


KESIMPULAN


Setelah panjang lebar saya ulas, saya harap kalian faham waqi’ Malaysia. Bacalah sejarah melayu dari zaman awal Melaka, bagaiman puak-puak kristian berusaha untuk mengkristiankan Malaysia, bermula dengan kedatangan Portugal, belanda, british, jepun dan lain-lain. BACA dan fahami, ambil ibrah dari sejarah.

Jangan menjadi orang yang buat sejarah, dan buat fiqh sejarah.

Benarlah kata ulama’:


“Sejarah adalah tentera-tentara Allah yang menguatkan hati…”

(Imam Abu Qasim AlJunaid)


“Tujuan kita mempelajari Sirah Nabi adalah bukan sekadar untuk mengetahui kejadian-kejadian bersejarah yang telah dilalui oleh nabi kita Muhammad sebagaimana kita mempelajari teks-teks sejarah lain. Di sana terdapat tujuan-tujuan yang lebih penting untuk kita mempelajari sirah Rasululullah. Apabila menghayati sirah nabi, seseorang islam itu akan lebih memahami hakikat Islam. Ini kerana hakikat Islam itu sendiri keseluruhannya terkandung dalam keperibadian Rasulullah dan seluruh perjalanan hidupnya…”

(Syeikh Ramadhan Albuti)


Dan, fahami juga kalam Hasan Albanna di dalam Risalah Taalim:


“Manusia itu terbahagi kepada beberapa golongan:

1) Muslim yang berjihad

2) Muslim yang berdiam diri

3) Muslim yang melakukan dosa

4) Ahli Zimmi yang membuat perjanjian

5) Manusia yang berkecuali

6) Manusia yang memusuhi

“Bagi setiap kumpulan ini ada hukum yang tersendiri menurut neraca islam. Pengkelasan ini akan menjadi landasan dalam menilai individu ataupun pertubuhan, sahabat ataupun lawan…”

(Hasan Albanna)


Ia bukan semudah zimmi atau harbi. Jangan terlalu naif.


Fahamilah puak kristianisasi ini di bahagian yang mana, puak evangelist dan liberal di puak yang mana, kemudian berdepanlah dengan mereka mengikut FIQH DAKWAH yang telah di tunjuk oleh ulama’ dakwah. Bacalah tulisan Ahmad Arrasyid, bacalah tulisan Albanna, Syed Qutb, Almaududi, juga bacalah tulisan ulama salaf seperti Ibn Taimiyah, Ibn Athoillah, Almawardi dan pelbagai lagi ulama yang telah berjasa pada dunia islam.


Wallahua’lam.

Kitab rujukan yang saya sarankan kalian baca ialah:


* أحكام السلطانية oleh Imam Almawardi.

*منهج الحركي oleh Syeikh Munir Ghadban

*فقه السيرة oleh Syeikh Ramadhan Albuti

*سيرة النبوية oleh Syeikh Ali Solabi

*Fi Zilalil Quran oleh Syed Qutb

*Ihya’ Fiqhud Dakwah oleh Ahmad Arrasyid.

*Majmuat Arrasail oleh Hasan Albanna

*Fiqh Dakwah Mustafa Mahsyur


Dan banyak lagi kitab rujukan untuk memahami agenda freemason, kristianisasi, zionis dan sekutu-sekutu mereka.


Moga bermanfaat.


Maaf kerana terpaksa tegur terang-terangan. Kerana post beliau juga adalah terang-terangan, dan ramai yang keliru, dan tiada ahli IKRAM yang menegur beliau.


Sayar orang islam, saya sayang IKRAM, saya tegur.


Anggaplah ini teguran dan bukan serangan. Seperti mana Ibn Jauzi menulis sebuah kitab menegur Musnah Ahmad, seperti mana Imam Ghazal menulis kitab menegur Ibn Sina. Moga ianya adalah sebahagian dari pembudayaan ilmu dari berdebat tanpa disiplin syarak dan terawang-awangan dengan akal.


Jazakumullahu khairan.

dari Ustaz Adnin Roslan : Tarbiah Sentap


Tuesday, July 7, 2015

Tarawih je pun

Assalamualaikum bloggers. Alhamdulillah. Kita sudah berada pada 10 terakhir ramadhan. Disebut sebagai itqun minannaar (pembebasan dari neraka). InsyaAllah. Kali ini saya nak menulis tentang solat tarawih dan sindrom-sindrom yang terdapat di dalamnya. Moga sama-sama kita mengambil iktibar dan mendapat manfaat darinya.

1) Tarawih tu sunnah je

Dengan beralasan bahawa tarawih tu sunnah je. Maka kebanyakan dari kita mula menggunakan alasan ini sebagai ruang untuk melepaskan diri dari menunaikan solat sunat tarawih. "Alah kau.. Solat wajib tak nampak pulak kat surau, time tarawih je bersemangat, Dasar hipokrit!" Tomahan-tomahan sebegini yang menjadi masalah, dan sering buat orang yang mula mahu berjinak-jinak untuk berjemaah hilang semangat. Tapi jangan pula sampai, sebab kita dah pergi jemaah yang wajib maka tarawih berjemaah kita tinggalkan. Lebih teruk lagi. Dua-dua kita tak buat. Semua solat solo.

2) Cop tempat sujud

Masing-masing bawa phone, ibu kunci dengan keychain pelbagai. Bila dah saf. Masing-masing susun phone atau kunci kat depan saf. Tak jadi masalah selagi tak mengganggu jemaah lain. Tapi akan jadi masalah bila untuk rapatkan saf. Kita akan jadi malas untuk bergerak merapatkan saf. Nanti gerak takut tak align dengan tempat kita parking kita punya phone atau kunci. Maka kesannya, kita dapat lihat saf tidak lurus dan tidak rapat. Sebab tu, sebelum pergi tarawih tu, bawak benda yang wajib je ke surau atau masjid. Kunci pun setakat kunci kederaan tu cukup. Tak perlu bawak sekali dengan keychain besar-besar. Setidaknya kita boleh simpan je dalam pocket. Phone tak perlu bawa pun sebenarnya. Kita nak mengadap Allah. Tinggalkanlah sekejap phone di rumah.

Dari sahabat Nu'man bin Basyir ra: Dulu Rasulullah meluruskan saf kami sehingga seakan beliau meluruskan anak panah, sampai beliau menganggap kami telah memahaminya. Beliau pernah keluar pada suatu hari, lalu beliau berdiri sampai beliau hampir bertakbir, maka tiba-tiba beliau melihat seseorang yang membusungkan dadanya dari saf. Maka beliau bersabda,

"Wahai para hamba Allah, kalian akan benar-benar akan meluruskan saf kalian atau Allah akan membuat wajah-wajah kalian berselisih." [HR Muslim]

3) Nak space

Ada juga segelintir yang tidak mahu duduk rapat-rapat dengan jemaah lain. Dia akan sengaja menyediakan 'space' atau ruangan solat peribadi miliknya tersendiri. Ingatlah, jika tidak mahu merapatkan saf. Bukan masalah kudis di kaki, namun ianya masalah kudis di hati. Hati yang sakit pasti tidak mahu merapati jemaah lain. Mungkin dia merasakan diri dia lebih mulia dari jemaah sebelahnya. Tambahan jika disebelahnya itu mungkin orang miskin atau makcik-pakcik yang pada hematnya menyusahkan atau menggelikan.

Semua ini gara-gara hati yang busuk. Hati yang berpenyakit takjub dan kagum dengan diri sendiri ini perlu segera diubati sebelum hati menjadi mati.

4) Moreh

Dalam solatnya, sibuk terfikir-fikir untuk moreh lepas tarawih nanti. Teringat olehnya juadah berbuka puasa yang masih tidak berhabisan di rumah. Maka lepas tarawih ini berazam untuk menghabiskannya. Apabila fikiran banyak melayang-layang tentang makanan, maka pastilah sukar mendapat khusyuk di dalam solat. Dia akan menjadi seorang yang tidak sabar untuk balik. Setiap kali habis dua rakaat, akan dilihat jam, begitulah berterusan sehingga tiba rakaat ke 20. Itupun kalau buat 20. Rugilah.

5) Sendawa

Berbuka tadi dengan juadah yang pelbagai, ayam panggang, daging kambing, kari dan bermacam-macam lagi. Apabila tarawih nanti, perut yang terlalu kenyang itu akan mudah sendawa. Lalu keluarlah bau kari ayam mula mencecah hidung-hidung para jemaah yang lain. Hilang khusyuk. Kalau wangi boleh tahan, kalau sendawa jenis bau tak enak, kesian kepada jemaah lain.Sebab itulah, jangan berbuka sehingga terlalu kenyang. Berpada-padalah dan berhenti sebelum kenyang macam sunnah baginda Muhammad SAW.

Lepas berbuka eloklah kita berus gigi dan makan gula-gula yang boleh menghilangkan bau mulut. Barulah kita selesa untuk solat tarawih dan seterusnya tidak mengganggu jemaah lain.

6) Masjid laju

Seringkali masjid yang bacaannya paling pantas akan digemari dan menjadi pilihan ramai. Meskipun masjid itu terletak agak jauh dari rumah. Sanggup berhabis minyak demi solat tarawih yang pantas itu. Masjid depan rumah tidak pergi, tapi memilih untuk pergi ke masjid lain.

Kalau macam ini berlaku, kita kena tanya balik diri kita, kita solat untuk cari keredhaan Allah atau kesenangan diri. Kata ulama, bayangkanlah setiap minit yang kita berdiri untuk tarawih itu akan mengurangkan berdirinya kita di yaumul hisab kelak. InsyaAllah jika kita fikir macam tu, pasti kita tidak gelisah dengan bacaan iman yang panjang dan seronok dengan amal kita. Carilah kemanisan iman dalam ibadah.

7) Delay kejap

"Kau tahu tak? kalau kita sempat time rukuk, rakaat tu masih dikira untuk kita." Maka dia duduk dari awal menunggu imam rukuk. Masa imam baca al-Fatihah dia duduk dulu, urut-urut kaki. Bila imam baca surah, dia lipat-lipas seluar. Bila imam dah nak habis baca surah. Sup! Baru dia bangun angkat takbir.

Jangan anggap tak ada orang seperti ini, percayalah pasti ada golongan yang tidak ambil kisah untuk bersama imam dari awal takbir. Teringat pesan ustaz saya, "Makmum yang paling baik, mengangkat takbir selepas imam mengangkat takbir." Sudah pastilah, solatnya lebih khusyuk dan nampak kesungguhannya. Kita mengharap rahmat dan keampunan dari Allah, tapi jika meminta pun buat sambil lewa. Susahlah.

8) Roadblock

Saya kira situasi ini berlaku apabila ramai jemaah yang solat tarawih 8 rakaat duduk di saf hadapan dan mula keluar beramai-ramai sebelum tarawih bersambung. Apa yang berlaku disini ialah, ruang keluar untuk beredar di tutup oleh jemaah yang tengah bersolat. Maka berlakulah tolak menolak dan lebih teruk lagi, jika hilang sabarnya, mungkin berlaku pergaduhan.

Bukanlah salah buat lapan atau buat dua puluh. Namun salahnya disini ialah tidak bijak mencari tempat untuk solat. Kita sebaiknya tidak menyusahkan orang lain dan berusaha memudahkan urusan orang lain. Berfikiranlah rasional dan pilih tempat solat yang sesuai yang tidak menghalang laluan jemaah lain untuk masuk dan keluar.

Rasulullah saw bersabda: "Barang siapa yang memudahkan urusan saudaranya di dunia, nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat." [HR Muslim]

9) Bising di tepi surau

Anak-anak muda yang selesai solat awal akan duduk di tepi masjid berbual dengan rakan-rakannya. Mungkin diceritakan tentang juadah berbuka atau asyik bercerita tentang baju-baju raya. Namun seringkali gelak tawa anak muda yang terlalu kuat berdekah-dekah mengganggu jemaah lain yang masih bersolat. Kalau yang membawa motor pula, berpada-padalah pusing throttle motor tu. Bising dan mengganggu orang yang masih bersolat. Vroom vroom.

Hormatilah jemaah yang masih bersolat dan beredarlah dengan keadaan yang baik, tidak bising dan tidak mengganggu jemaah lain.

10) Solo

Kononnya tak mengapa tak pergi tarawih. Malam ni aku solat bersendirian di dalam bilik buat 20. Barulah khuyuk dan aman. Namun malangnya, apa yang berlaku tidak begitu, Niat untuk bertarawih hanya tinggal niat, dan seterusnya terus tertidur ditemani bantal yang lebut.

Begitulah yang seringkali berlaku kepada 'solo rider'. Ya, saya tak nafikan, memang ada yang boleh buat bersendirian dan istiqamah. Kamu memang hebat, namun ada segelintir yang tidak mampu dan seterusnya gagal menunaikan tarawih. Meskipun tarawih hanya sunnah, namun ia hanya ada pada bulan ramadhan ini sahaja. Kita pun belum pasti dapat bertemu dengan ramadhan tahun hadapan. Jika esok ajal kita, maka hari ini kita sudah teramat tua. Berubahlah. Ayuh kita dapatkan tarawih yang terbaik. Moga Allah terima amal kita. InsyaAllah. Kita masih ada 10 malam terakhir ramadhan, manfaatkan sebaiknya, dan carilah malam lailatul qadr di dalamnya.

Itu sahaja dari saya kali ini. Selamat bertarawih! Assalamualaikum.



p/s : Gambar di dalam masjid Manipal India.

Sunday, July 5, 2015

Perantauan

Assalamualaikum bloggers.

Salam Ramadhan. Bagaimana dengan ramadhan masing-masing hingga hari ini? Apakah ianya lebih baik dari sebelumnya atau bagaimana? Tak mengapa, kita masih ada beberapa hari terakhir sebelum ramadhan berlalu meninggalkan kita. Terutama 10 malam terakhir ini! Jangan sia-siakan peluang yang ada tahu. Sama-sama kita usaha mendapatkan malam lailatul qadr. Malam yang jauh lebih baik dari seribu bulan. Semoga kita semua berjaya keluar dari madrasah ramadhan pada kali ini dengan jayanya. InsyaAllah.

Masing-masing pasti tidak sabar lagi untuk menunggu kedatangan syawal. Balik kampung! Berjumpa saudara mara yang sudah lama terpisah. Namun pada syawal nanti insyaAllah kita dikumpulkan kembali dan dapat bertemu mesra. Dapat jumpa anak sedara dan sepupu-sepupu yang sudah lama tidak bersua. Pasti banyak yang hendak dikongsikan dan diceritakan. Begitulah seronoknya syawal. Kehangatannya sudah mula dirasai. Baju-baju raya sudah dibeli dan menunggu untuk dipakai. Baju-baju yang ditempah juga akan siap dalam beberapa hari lagi. Seronoknya!

Namun suka untuk saya ingatkan para pembaca sekalian. Dalam kita teruja untuk menyambut syawal. Namun dalam masa yang sama jangan lupa untuk tangisi perginya ramadhan. Ramadhan pasti akan pergi dan kita terpaksa menunggu selama 11 bulan lagi sebelum bertemu dengan ramadhan yang seterusnya. Itupun jika dipanjangkan umur. Bayangkan jika ramadhan kali ini ramadhan kita yang terakhir. Maka alangkah ruginya sekiranya kita tidak dapat memanfaatkannya sehabis baik.

Bagi saya sendiri, suasana ramadhan dan syawal pada tahun ini pasti tidak seindah kalian semua yang berpuasa dan beraya di bumi Malaysia. Seperti tahun lepas, nampaknya tahun ini juga saya tidak berpeluang untuk menyambut ramadhan dan syawal dengan keluarga tercinta di Malaysia. Tak dapat nak bersahur dan berbuka bersama keluarga, dan tidak dapat bermain mercun bersama sanak saudara di malam raya. Itulah pengorbanan yang terpaksa saya lakukan, sepanjang saya belajar di sini, bumi hindustan, bumi Shah Rukh Khan, bumi India.


Nasihat saya buat sahabat-sahabat pembaca yang pada hari ini masih berkesempatan untuk berpuasa dan beraya bersama keluarga tercinta. Hargailah masa yang diluangkan bersama keluarga anda. Jika anda berada di tempat saya, pasti rindu dan sedih tu membanjiri diri. Sayu sangat. Apa-apa pun Alhamdulillah, saya masih dapat berpuasa dan beraya dengan teman-teman seperjuangan. Tarawih dan solat raya bersama-sama nanti InsyaAllah. Walaupun tidaklah seindah dan seseronok raya di Malaysia. Namun pastinya, suasana raya yang sayu dan sedih di perantauan ini akan lebih mengajar kami semua erti dewasa.

Tarawih dekat sini laju sangat. Tak macam Malaysia. 20 rakaat habis macam tu je. Bergantung kita nak pergi masjid mana. Lain masjid lain mazhab. Sedangkan jarak antara dua masjid tu tak jauh mana pun. Inilah india. Macam berbuka puasa. Tak seperti Malaysia ada bazaar ramadhan, tapi kami ada cook (tukang masak), yang akan datang rumah kami dan masakkan lauk-lauk. Oklah. Kalau nak makan masakan Malaysia, seperti kuih-kuih ke, kami buat sendiri. Lepas tu, macam takbir raya pula, seperti pengalaman saya tahun lepas. Tidaklah mendayu dan berlagu macam takbir raya di Malaysia. Tapi mendatar je. Hihi.

Mungkin sebab tadi roomate pasang lagu raya. Tetiba rasa nak tulis pasal raya. Baiklah itu sahaja dari saya pada kali ini, sekadar sedikit perkongsian dan cerita pasal diri saya di perantauan ini, berpuasa dan beraya jauh dari keluarga tercinta. Gambar yang saya kongsikan masa kami dalam 'auto'. Time ni pergi cari baju raya. Ok semua. Doakan moga Allah permudahkan semua urusan saya. Selamat berpuasa. Assalamualaikum.



Jemaah mana satu

"Jemaah yang mana satu paling betul? Paling islam? Paling syumul. Paling segala paling! Aku nak masuk jemaah yang mana satu?"


Saya kira itulah monolog dalaman yang dihadapi oleh anak-anak muda yang masih dahagakan dan mencari tarbiyah.


"Abang A baik, dia dari jemaah I, tapi abang B pun baik. Dia dari jemaah P. Dua-dua abang ni ajak aku join usrah mereka. Tapi aku nak masuk yang mana satu? Ah.. Kenapa begitu banyak jemaah?"



Situasi dilema dalaman pemilihan jemaah ini pasti berlaku apabila adik-adik baru mendaftarkan diri di kolej atau university. Mereka ini bagaikan logam-logam yang baru tiba. Maka abang-abang senior dari jemaah yang berbeza mula mengatur strategi dakwah fardiyah untuk menarik logam-logam baru ini memasuki jemaah mereka. Supaya menjadi penyambung dan pelapis dakwah di bumi kolej atau university.


Suasana persis perang dingin, apabila perubatan logam-logam ini berlaku. Itulah norma kehidupan di zaman university atau kolej apabila adik-adik mula berkenalan dengan tarbiyah. Jemaah vs jemaah. Adik-adik akhirnya keliru dan confused.


Ayuh kita fahami, apa sebenarnya yang berlaku, dan mengapa terdapat begitu banyak jemaah.


Hari ini dekat Malaysia sendiri kita akan dapati begitu banyak jemaah seperti Isma, Pas, Ikram, Abim, dan sebagainya.


Seperti mana kita tak boleh paksa orang lain ikut mazhab kita, seperti itu kita tak boleh paksa orang lain ikut Jemaah kita. Kita tak boleh anggap Jemaah lain tu sebagai Jemaah yang tak layak wujud.


Kenapa mazhab maliki, syafie dan hanbali perlu ada walaupun telah wujud mazhab hanafi? Kenapa kerajaan abasiyah perlu ada sedangkan kerajaan umayah telah ada?(rujuk sirah bagaimana umayah di gantikan dengan abasiyah). Kenapa ikhwan muslimin perlu di wujudkan sedangkan telah ada Jemaah syubbanul muslimin?


Kerana masing-masing mengkaji, masing-masing usaha untuk memahami dakwah dan tarbiah, manhaj dan fikrah, dengan berbekalkan quran dan sunnah, para ulama berijtihad. Ketika Albanna bersama syubbanul muslimin, dan akhirnya beliau memutuskan untuk tubuhkan ikhwah, apabila di Tanya mengapa, beliau menjawab:


“Kerana aku yakin dengan apa yang aku faham, sebab itu aku tubuhkan ikhwan muslimin”.


Kerana itu, kepelbagaian Jemaah itu tidak ada masalah. Masing-masing mempunyai cara yang berbeza, kefahaman yang berbeza, juhud yang berbeza, kerana itulah Allah kurniakan mereka kefahaman agama yang berbeza, dan ijtihad yang berbeza. Faham?


Buat mereka yang sudah lama duduk dalam jemaah. Jangan sibuk menghina dan mengutuk jemaah lain. Namun sibuklah bertanya pada diri sendiri. Apa yang dah kita sumbangkan dalam jemaah? Atau kita selama ini hanya ikut kosong? Sekadar memiliki jemaah tapi tidak beegerak sebagai jemaah? Lebih teruk lagi, jika hanya menjadi beban di dalam jemaah.


Tapi ingat. Jangan pula kita mengambil sikap berkecuali. Kononnya, nak bergerak sendiri-sendiri tanpa jemaah. Ini salah!

Saya pernah menulis tentang mengapa kita perlu berada dalam jemaah pada tahun lepas. Boleh buka di link bawah ini.

Click sini.

Saturday, July 4, 2015

Pertikai Rida'

Tidakkah kita melihat ada segelintir manusia hari ini yang sering mempertikai pemakaian-pemakaian sunnah seperti serban, jubah dan rida'.

Soalan-soalan yang biasa muncul bagi mereka yang jahil ialah seperti,

"Dari mana fashion ini datang? Nak buat apa letak atas bahu. Pengaruh syiah ke apa?"


Tak cukup dengan itu, ada pula golongan syeikh-syeikh google yang mula datang mempersoalkan,


"Serban, jubah, dan rida' adalah amalan BUDAYA orang Arab. Bukan amalan AGAMA Islam. Abu Jahal, Abu Lahab pun memakai jubah serban. Maka serban, jubah dan rida' bukannya ibadat"

*********************

Ingin saya kongsikan disini jawapan yang pernah diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus. Ada yang bertanya mengenai ini, dan cara Ustaz Azhar jawab sangat menarik. Jawapan yang diberi Ustaz Azhar Idrus,

"Jadi Arab musyrikin pun buat ibadat haji semasa belum dakwah Nabi Muhammad SAW. Jadi haji bukan ibadat la kalau macam tu jugak ker..."

Saya kira jawapan UAI sudah cukup untuk menyentap golongan yang begitu anti dengan pemakaian sunnah. Hari ini, kita akan dapati manusia leih sibuk mempersoalkan benda-benda yang sunnah. Sedangkan pemakaian yang tidak menutup aurat atau membalut aurat tidak pula mereka persoalkan. Akhir zaman.

Hadis Anas bin Malik r.a katanya, ; 

"Pada suatu ketika aku berjalan bersama-sama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Saat itu, beliau memakai selendang buatan Najran yang tebal pinggirnya. Tiba-tiba seorang Arab badui mendapatkan beliau, lalu ditariknya selendang Nabi tersebut sekuat-kuatnya, sehingga kulihat selendang tersebut membekas di leher Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam karena kuatnya tarikan. Kemudian orang tersebut berkata, “Wahai Muhammad, perintahkanlah kepada bendahara Tuan agar memberikan harta yang ada dalam pengawasan Tuan kepadaku.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menoleh kepada orang itu sambil tertawa. Kemudian diperintahkanlah oleh beliau agar orang itu diberi sedekah."

Dalam hadits Ikrimah bin Ammar terdapat tambahan; 

“Kemudian laki-laki itu menarik dengan sekali tarikan hingga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tertarik ke arahnya.” Dan dalam hadits Hammam; “Ia menarik selendang itu hingga sobek dan meninggalkan bekas pada leher Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.”


Kedua-dua hadis yang dikongsikan ialah hadis sahih. Maka jelaslah disini pemakaian selendang atau rida' itu memang sunnah baginda. Maka kita sebagai umat baginda Muhammad SAW yang mencintai baginda pastilah mencintai sunnah baginda juga. Inilah kecintaan sebenar.

Jadi bagaimana Pemakaian Secara Sunnah?

Jawapan ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre di dalam Komuniti iluvislam.com.

"Para ulamak biasa menyebutkan pakaian-pakaian Rasulullah sehingga se'detail'nya. Para guru kami menyebutkan, pemakaian rida' disunnahkan dan terdapat pelbagai cara memakainya. Malah para ulamak berbeza pendapat dalam memilih cara yang terbaik tanpa menafikan cara-cara yang lain. Kebanyakan guru kami mengajarkan supaya memakai rida' dengan meletakkan kain di atas bahu kiri (atau kanan mengikut sebahagian guru lain). Ada juga yang meletakkan di atas bahu kiri kemudiannya ditarik di sebelah belakang dan keluar melalui bawah ketiak kanan dan diangkat ke belakang melalui bahu kanan. Ada juga yang menggantungkan sahaja di tengkuk dan membiarkan ke bawah dari kedua-dua bahu. Apapun yang kami dapati, semua cara tersebut boleh dilakukan, dan jika diniatkan kerana mencintai Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan amalan para ulamak, insyaAllah beroleh pahala. "



p/s : Gambar hiasan : saya yang berselendang putih dan sebelah saya saudara Muizuddin yang berselendang hijau. Gambar ini diambil selepas kami mendapat ijazah pemakaian selendang (rida') dari Ustaz Muhadir bin Haji Joll.

Itu sahaja dari saya kali ini. Selamat berpuasa bloggers. Assalamualaikum.

Wednesday, July 1, 2015

Kau murabbi?

"Bersabarlah kamu dalam perjalanan jauh demi menemui gurumu, sesungguhnya lautan ilmu itu diperolehi menerusi perjalanan kamu menemuinya. Sesiapa yang tidak merasa kepahitan menuntut ilmu walau sedetik, ia pasti akan menelan kehinaan kejahilan sepanjang hayatnya."


Daripada kalimat-kalimat mutiara yang disuarakan oleh ulama' tersohor dunia iaitu Imam al-Syafie ini adalah, pertama sekali adab yang perlu dititikberatkan oleh setiap individu yang ingin menuntut ilmu adalah keteguhan hati dan kesabaran yang tidak berbelah bagi. Kerana dalam proses menimba lautan ilmu yang tidak bertepi itu bukan kepalang susahnya. Susah mencari guru itu satu, susah menyesuaikan diri dengan garis peraturan yang ditentukan oleh mua'lim itu juga satu hal yang menduga hati, namun jika kesabaran dan disiplin yang dipertaruhkan itu dipandang enteng, maka sampai bila-bila pun berkat dalam menuntut ilmu itu tidak akan diperolehi.


"Kelebihan orang yang berilmu berbanding abid samalah seperti kelebihan bulan purnama berbanding segala bintang." (Sunan Abu Daud dan at-Tirmizi)


Rasulullah s.a.w sendiri mengangkat darjat seorang mu'alim atau guru ini di satu tahap yang tidak kurang tingginya lantaran jasanya yang bertindak menyebarkan ilmu pengetahuan dan memberi pendidikan supaya kita hidup di atas muka bumi ini sebagai seorang yang berbakti melalui ilmu yang disampaikan.

Bayangkanlah betapa besarnya jasa guru membimbing hidup manusia seluruhnya dengan ilmu yang diajarnya. Hidup tanpa ilmu sama lah seperti hidup dalam kegelapan. Guru ibarat nur ilmu menerangi hidup manusia. Umpama lilin yang membakar diri dan menerangi kegelapan. Sebab itulah guru jatuh sebagai golongan yang paling wajib kita hormati selepas ibu bapa kita.


Murabbi pula ialah gelaran yang diberikan kepada seorang pentarbiyah (orang yang mendidik). Perkataan murabbi ini sendiri sangat besar maknanya, sesuai dengan tangungjawab yang digalasnya.


Ada empat elemen utama dalam tarbiyah:

Murabbi, Mutarabbi (orang yang ditarbiyah), Manhaj (silibus), Biah (persekitaran/suasana)


Kesemua elemen ini saling melengkapkan. Tanpa salah satu daripadanya, tarbiyah tidak mungkin dapat dihidupkan. Namun, antara keempat-empat elemen ini, tidak dapat diragukan lagi bahawa murabbi itulah yang paling penting.


Mengapa?


Tidak mungkin akan ada istilah mutarabbi itu jika tiada murabbi yang mencarinya. Manhaj tidak mungkin dapat dihidupkan tanpa ada tangan-tangan murabbi yang membangunkannya. Dan biah juga tidak dapat dibina andai si murabbi tidak memainkan peranannya.


Untuk kita yang telah dan sedang merasakan betapa manisnya tarbiyah dalam erti katanya yang sebenar, sudah pasti jauh di dalam lubuk hati kita tertanam sebuah impian untuk menjadi seorang murabbi.


Sudah pasti ramai yang telah tersentuh dengan sosok yang bernama murabbi itu. Anda yang melihat sendiri pengorbanan, kesungguhan, keikhlasan dan semangat sang murabbi, pastinya menanam azam dan tekad untuk menjadi seorang murabbi juga; jika tidak sama hebat dengan murabbi anda, lebih hebat lagi!


Ganjaran menjadi seorang murabbi ini juga tiada tolok tandingnya.



"Demi Allah! Sekiranya seseorang itu diberikan hidayah kerana [usaha dakwah] mu, maka itu lebih baik bagimu daripada kamu memiliki unta merah."

[Hadith Riwayat Muslim]

Kalaulah unta merah pada hari ini kita umpamakan seperti sebuah kereta ferarri mewah. Maka ketahuilah, ganjaran untuk sang murabbi ialah jauh dari itu.


Tidakkah kita kagum dengan kehebatan dan kesungguhan mereka yang bergelar murabbi? Seringkali mereka sabar dan terus tabah tanpa mengenal erti lelah dalam usaha mendekati mutarabbi. Dengan pelbagai perangai yang pelik-pelik dipaparkan oleh seorang mutarabbi. Yang ini begini, yang lain pula sedemikian. Semuanya mempunyai cara dan kerenah yang berbeza.


Baik dari yang sering memberi alasan, kadang-kadang apabila dihubungi murabbi bukan tidak sedar, tetapi sengaja buat-buat tak perasan. Tambahan lebih sedih lagi dugaan yang dihadapi para murabbi apabila whatsaap tak berbalas, menunggulah sang murabbi menatap screen smartphonenya menunggu balas dari sang mutarabbi yang dikasihi. Sudah di seen, tetapi tidak dibalas. Sampai tertidur sang murabbi menunggu balasan dari mutarabbi. Itu satu, belum lagi kita lihat kedalam usrah mingguan, sang murabbi dengan penuh bersemangat membeli buah-buahan, menyiapkan minuman untuk makan-minum sambil usrah seketika nanti. Namun pilu hatinya, melihat hanya sekerat yang hadir, bahkan pernah juga tiada langsung yang hadir. Duduklah murabbi bersendirian di dalam bilik memikirkan dimana silapnya.

Begitulah antara hebatnya pengorbanan dan keikhlasan sang murabbi yang tidak pernah kenal erti lelah. Orang yang sudah lama di dalam tarbiyah pasti lebih memahami apa yang disampaikan disini, mungkin mampu tersenyum sendiri mengimbau pengorbanan sosok tubuh ini. Ingatlah pembaca, jika sosok tubuh ini ada dihadapan kita, maka jangan kita lepaskan mereka. Mereka ikhlas mahu mentarbiyah kita kerana Allah tanpa mengharap balasan sedikitpun. Apa yang mereka mahu ialah sedikit masamu untuk kita duduk bersamanya mengulangkaji fikrah dan update tarbiyah amal. Hakikatnya ialah untuk kebaikan kita sendiri juga. Manusia itu sifatnya alpa, leka dan lalai, maka peringatan memang perlu sentiasa diberi.


Subhanallah.

Seorang murabbi itu tidak akan pernah berhenti mendidik, membina dan menyantuni mutarabbinya sehinggalah dia mencapai misi dan obejktifnya; mati syahid atau hidup mulia!

Sunday, June 28, 2015

Gay

Lihatlah bagaimana akhirnya liberalisme membawa kepada pengiktirafan golongan minoriti LGBT di Amerika dan menjadi legal dalam undang-undang. Pada tanggal 27 Jun 2015, Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat telah memutuskan bahawa perlembagaan mengiktiraf kedudukan dan hak LGBT, dan sekaligus membenarkan perkahwinan sejenis di kesemua 50 buah negeri AS. Ini salah satu bukti jelas betapa liberalisme membawa manusia yang dikatakan sudah mencapai kemuncak peradaban mundur ke belakang, ke zaman purba prasejarah.


Mereka (golongan liberal) akan tampil dengan hujah kononnya liberal itu banyak menerapkan nilai baik ke dalam masyarakat. Nilai bebas dari penghambaan contohnya. Namun mereka lupa, nilai-nilai yang mereka laungkan sebenarnya telah lama berada di dalam islam. Namun mungkin kerana mereka ini saya kira memiliki penyakit 'inferiority complex' terhadap agama islam yang mereka anuti. Itu yang buat mereka lebih selesa mengimport isme dari barat ini. Sedangkan islam sudah lama mengangkat dan membebaskan manusia dari penghambaan. Bahkan islamlah satu-satunya membebaskan manusia dari penghambaan sesama manusia secara mutlak (total). Manusia yang ditetapkan hanya untuk menjadi hamba Allahu rabb yang esa.


Paradoks liberal yang terbesar adalah memaksa orang lain untuk menganut liberalisme juga. Memaksa majoriti rakyat mengikitraf kewujudan, menerima ‘fitrah kewujudan’ mereka dan membiarkan mereka lakukan apa yang dihajati atas alasan hak asasi dan kebebasan bersuara.





Orang yang liberal akan mula bermain dengan ayat-ayat yang keliru untuk membuat orang lain keliru dengan hujah mereka. Kata-kata atau penulisan yang lahir dari otak yang keliru ini bukanlah saya terus buang ke dalam tong sampah. Namun saya teliti dengan hati-hati cuba sedaya upaya untuk mencari rasional dalam hujah mereka namun tetap tidak dijumpai. Benarlah! Jika jahiliyah dulu datangnya dari orang bodoh. Namun kini jahiliyah datangnya dari orang pandai mahir dalam putar belit ayat dan berhujah batil demi menegakkan nafsu mereka.


Golongan ini akan mempertahankan benang yang basah. Mereka pantang ditegur, kononnya mereka golongan yang paling 'master' dalam bidang falsafah. Sehinggakan mereka pula mengajar orang kritik mereka dengan cara yang tertentu. Semua ini tidak lain dan tidak bukan satu permainan dari otak keliru (golongan liberal) dalam cubaan menegakkan kebatilan. Beretorik bagai, menejerit sana sini seakan-akan mereka lah yang membawa panji kebenaran. Sudah pasti mereka yang 'islam' liberal ini tidak akan mengakui bahawa mereka pro- perkahwinan sejenis. Namun hakikatnya di dalam jiwa mereka itulah yang tertanam. Hak kebebasan!

Mereka juga akan 'play safe', dengan hujah seperti contoh,

aku tak pro kepada perkahwinan sejenis.
tapi aku taknak lebih - lebih condemn mereka.
Tuhan (jika kau percaya) sendiri boleh hentikan kelahiran mereka,
Tuhan boleh matikan mereka, tak benarkan kelahiran mereka,
sampai tahap kau tak akan jumpa perkataan 'LGBT' dalam mana - mana ensiklopedia, dalam mana - mana kamus di dunia, takkan Tuhan (yang kau percaya) tak mampu ? takkan Tuhan tak boleh buat ?
tapi Tuhan biar juga mereka lahir, beranak dan mempunyai berahi.
aku siapa untuk lebih - lebih dari Tuhan ?
mereka untuk disayangi, bukan untuk dibenci.

Dipetik dari facebook Benz Ali.

Hujah seperti ini lahir dari otak yang keliru dan tidak mempunyai pendirian dan pegangan prinsip yang kukuh. Kononnya bukan pro-perkahwinan sejenis. Namun hakikatnya jiwa mereka memang sudah sebati dan setuju dengan perkahwinan sejenis.

Bukankah Allah telah menyuruh kita mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran? Apakah kita mahu biarkan semua kemungkaran melata di atas bumi? Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketakwaan! Kita yang pilih. Kalau macam tu senanglah, orang bunuh mak ayah kita contohnya. Kita redha dan tengok je. Nak buat macam mana. Allah biarkan dia lahir. Allah yang tetapkan dia jadi pembunuh. Hakikat, hidup ini medan ujian tempat kita berpenat. 

Orang yang mengambil pendirian liberal ialah orang yang penakut. Mereka takut untuk menentang nafsu mereka. Mereka tidak boleh bersabar dan tergesa-gesa dalam mencari kemenangan. Islam itu pasti akan menang cuma ia pasti mengambil masa yang sangat lama. Mungkin tidak dapat kita lihat masa kita hidup. Tapi satu hari nanti, itu kepastian. Tempoh lama inilah yang buat orang liberal tidak senang dan mereka cuba mencipta kemenangan awal lantas mengambil isme dari luar.

Ingatlah sahabat, syahadah kamu bukanlah syahadah yang benar selagi mana kamu tidak meletakkan Allah di tempat yang tertinggi dan manhaj islam sebagai jalan utama.

Allahualam.

Para habaib

Satu fenomena yang berlaku, ialah sejak kebelakangan ini kita dapat lihat terutamanya di laman sosial, pelbagai tomahan dan penghinaan ditujukan kepada para habaib ini. Seolah-olah para habaib ini semuanya membawa ajaran sesat dan khurafat. Ada sahaja, video-video atau article-article di laman sosial yang menyatakan keburukan para habaib ini. Menyembah kubur, dzikir sambil menari, sujud di kaki dan banyak lagi perkara yang memaparkan keburukan para habaib. Semuanya telah membanjiri laman sosial. Sebelum saya mengulas lebih lanjut, ingin saya jelaskan konsep yang perlu kita pegang jika mahu berbicara tentang para habaib ini.

Kita perlu berhati-hati apabila berbicara atau berkongsi sesuatu berkenaan para habaib ini, kerana gelaran habib-habib ini kebiasaannya digunakan kepada keturunan baginda Muhammad S.A.W.. Kita sebagai umat islam perlu hormat dan sayang kepada keluarga baginda. Contohnya kita sayang kepada kawan kita, maka anak kepada kawan kita juga pasti kita sayangi. Inikan pula anak, cucu-cicit baginda, sepatutnya lagilah kita sayangi.

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad

Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad.

Inilah bacaan kita dalam tahiyat pada setiap kali solat. Kita meminta kepada Allah untuk berikan selawat kepada baginda kekasih kita Muhammad S.A.W. dan juga kepada keluarga baginda. Beginilah kecintaan seorang muslim terhadap ahli keluarga baginda. Hal ini perlu difahami oleh kita semua. Tambahan jika ahli keturunannya itu ialah baik dari sudut akhlaknya. Sudahlah akhlaknya baik, keturunan pun baik. Akhlakan wa nasaban. Ilmu ada, akhlak ada dan nasab pun baik. Maka sudah pasti kita menyayangi mereka.

Namun, jangan kita terlalu mengangkat tinggi keturunan sehingga lupa untuk melihat dari sudut keilmuan. Ya kita perlu sayang pada keluarga baginda. Namun sifat taksub berlebihan ini sehingga mengikut membuta tuli tanpa mengikut landasan syara’ sudah jelaslah hukumnya tidak boleh. Yang mana baik, berilmu maka kita hormati dan sayangi. Namun jika ada dikalangan para habib yang tidak baik akhlaknya, mungkin silap apa yang dibawanya, maka kita jauhi mereka. Kenal pasti yang mana kita perlu hormat dan yang mana kita perlu jauhi. Jangan pula kerana seorang habib yang buat salah, kita pukul rata semua habib. Bukan semua habib itu tidak betul namun ramai lagi habib-habib yang mulia dan berilmu yang perlu kita hormati.

Sudah pastilah keburukan ini suka untuk disebarkan oleh orang yang membenci kepada kebangkitan tasawuf. Terutamanya kebangkitan ilmu tasawuf di dalam negara kita. Orang yang tidak suka dakwah para habib ini, akan membesarkan perkara yang kecil, yang kadang-kadang tiada kaitan dengan habib di Malaysia, tapi sengaja diperbesarkan untuk menimbulkan kebencian kepada para habib. Maka masyarakat yang tak pernah pergi ke majlis-majlis ilmu para habib ini mula menghukum itu dan ini. Termakan fitnah kebencian yang dihebahkan di laman sosial. Sedangkan diri mereka tidak pernah pun menghadiri mana-mana majlis ilmu. Cukup sekadar video pendek dilihatnya di laman sosial, dia telah melontarkan kata-kata fitnah dan cacian.


Saya sendiri ialah seorang yang mengikuti Majlis Taalim Darul Murtadza yang dipimpin oleh Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid. InsyaAllah jika saya pulang ke Malaysia, saya akan cari ruang dan kesempatan untuk mengunjungi Masjid Muadz di Setiawangsa untuk mengikuti majlis talaqqi dari beliau. Alhamdulillah. Sehingga hari ini, saya tak nampak lagi ruang-ruang kesesatan yang ditunjukkan oleh guru mulia ini. Maka dari mana datangnya fitnah-fitnah ini? Ketahuilah bahawa semuanya fitnah dek media masa yang allergy dengan kebangkitan tasawuf di Malaysia. Mereka yang berkata buruk kepada para habaib ini kebiasaannya ialah golongan yang tak pernah berjumpa dan dengar sendiri dari para habib. Inilah silap masyarakat kita.

Berhati-hatilah dengan apa yang kita sebarkan, dan apa yang kita kongsikan, baik di dunia nyata mahupun di dunia maya. Semuanya akan dipertanggungjawab ke atas kita di yaumul hisab kelak. Akhir zaman ini dipenuhi dengan fitnah. Terutamanya fitnatul maklumat yang sering sahaja tersebar dengan mudahnya di laman sosial. Berhati-hatilah dan mintalah perlindungan dariNya. Moga para pembaca sekalian dihindari dan celik daripada fitnah yang melata.

Wednesday, June 24, 2015

Pena dakwah

Seringkali usaha penulisan diperlekeh, kononnya, tidak membawa faedah, dan manfaat. Menulis dianggap bukan medium yang sesuai untuk dakwah.

"Setakat menulis semua orang boleh menulis, dakwah yang sebenar kena secara depan-depan, melalui wasilah tarbiyah seperti mukhayyam, daurah dan lain-lain." 


Dengan pandangan sedemikian, seolah-olah meletakkan penulisan di luar wasilah tarbiyah, dan dakwah. Maaf, saya tidak bersetuju dengan pandangan sebegini. Saya juga ialah orang yang mengikuti tarbiyah, namun apabila saya pergi ke kedai buku, kadang-kadang buat saya sedih. Lambakan buku-buku yang cuba merosakkan prinsip dan jati diri umat islam terdapat di mana-mana kedai buku.

Bagaikan, usaha tarbiyah selama ini hancur sekelip mata jika masyarakat masih membaca buku-buku liberal, sekular, islam moderate, yang berlambak di pasaran. Saya melihat bahawa medan penerbitan buku ini bagaikan satu medan perang. Ketahuilah bahawa medan perang ini, masih kekurangan para pejuang islam. Lihat sahajalah banyaknya karya yang mampu mencabar kemaslahatan umat islam, berbanding karya yang mempertahankannya.

Orang yang biasa ke kedai buku, pasti memahami apa yang cuba saya sampaikan. Apakah kita mahu merelakan sahaja buku-buku merosakkan fikrah ini menyerang masyarakat? Kita kata kita daie, kita kata kita pejuang islam, maka ya akhi, ya ukhti, angkatlah pen itu dan mula menulis.

Jangan biarkan medan ini dipenuhi musuh islam, kita perlu bangkit. Jika pen itu laksana pedang, maka dakwatnya umpama darah pejuang. Biarlah darah hitam ini menjadi saksi kita di akhirat kelak, yang memberatkan timbangan amal kita.


Mungkin usaha ini dilihat kecil pada pandangan kita, namun yakinlah, besar ganjarannya di akhirat kelak. InsyaAllah.

Tweet famous

Orang cakap, kalau nak kenal seseorang melalui status, maka bukalah status-status miliknya di twitter. Kerana twitter lebih menyerlahkan watak seseorang itu. Mungkin atas faktor limitasi huruf, maka tweet lebih 'precise' dan 'accurate' untuk menggambarkan pendirian dan pemikiran seseorang.

Tidak seperti facebook atau blog. Kerana penulisan yang panjang lebar boleh menyembunyikan identiti dan pandangan sebenar si penulis. Sebab itu twitter ialah medium lebih sesuai jika kita hendak menilai pandangan seseorang. Apa-apa pun ini hanya teori. Betul ke tak. Allahualam.

Bagi saya sendiri, amat suka menggunakan twitter untuk mengemukakan pandangan, pendapat atau nasihat. kerana ia lebih 'direct to the point'. Mudah faham dan lagi suka dibaca oleh pembaca.

Sehingga hari ini, twitter milik saya memiliki 7ribu followers. Taklah ramai dan tak famous macam abang-abang tweetfamous lain. Tapi bagi saya bukanlah bilangan itu yang utama. Kerana itu saya sentiasa nasihatkan diri saya. Dengan meningkatnya followers maka meningkatnya amanah. Amanah! ini bukan kerja yang boleh diambil mudah.


Setiap apa yang kita sampaikan akan didengari oleh ribuan orang. Apakah kita menyebarkan perkara-perkara yang baik dan bermanfaat. Atau perkara-perkara yang lagha dan boleh membawa kepada maksiat. Lebih buruk lagi apakah kita menjadi agen penyebar fitnah? Maka semuanya bergantung kepada tuan empunya account.

Ingatlah, jadikanlah laman sosial kita, tempat kita menanam benih-benih pahala dengan dakwah dan motivasi. Setidaknya ada manfaatnya laman sosial kita dan boleh memberatkan timbangan amal. InsyaAllah.

Mulai hari ini, ayuh kita tukar laman sosial yang kita miliki sebagai sebuah medan dakwah, medan nasihat dan medan motivasi. Ini bukan isu poyo atau belagak baik. Namun ini soal tanggungjawab. Tajdid dan perbetulkan niat kita. Moga setiap masa yang kita luangkan di laman sosial menjadi masa yang bermanfaat.

Bukan apa, kadang-kadang saya sedih melihat segelintir account milik abang-abang atau akak-akak tweetfamous. Tapi timelinenya dipenuhi dengan perkara-perkara lagha dan maksiat. Laman sosial yang menjadi ladang menuai dosa. Nauzubillah.

Maka sahabat,

Jangan sia-siakan peluang yang ada. Lebih teruk lagi menyalahgunakan peluang yang ada. Followers yang ramai, datang dengan amanah yang besar! Ingat tahu.

Okay. Itu sahaja dari saya pada kali ini. Dah nak berbuka puasa. Dekat sini, India lambat 2 jam 30 minit dari Malaysia. Nak siap-siap dulu. Assalamualaikum.

Sunday, June 21, 2015

Virus Ramadhan

“Nak air apa bang?”
“Aiiiir love you”

****

“Do you prefer teh tarik for iftar?”
“Not really, why?”
“Because I’m tehtarik to you.”

****

“Saya nak berbuka dengan awak boleh tak hari ini.”
“Kenapa?”
“Sebab sunat berbuka dengan benda-benda manis.”

****

“Mari akak, abang, beli kuih kuih”
“Hmm..”
“Awak suka tepung pelita kan?”
“Macam mana awak tahu?”
“Sebab kehadiran awak, menerangi gerai saya.”

****

“Bang, nak ikat tepi ke nak ikat mati?”
“Selepas tengok awak tiba-tiba saya mahukan ikatan yang sah.”

****

Saya kira, ayat –ayat diatas, ialah ayat-ayat manis terlebih gula yang menjadi viral pada Bulan Ramadhan ini. Aduh! Rasa kecewa dengan segelintir remaja kita yang masih alpa dan leka, sibuk bermain-main ayat-ayat pickup line pada bulan ramadhan yang mulia ini. Bagaikan jiwa penghayatan Ramadhan itu tidak wujud dalam diri mereka.

Ramadhan yang suci perlu kita lalui dengan hati yang terpelihara, bukannya dicemari dengan unsur-unsur jiwang karat yang membawa ke lembah maksiat. Ada juga yang pada bulan ramadhan, iftar dengan pasangan couple masing-masing.  Sweet macam uncang teh dan gula, rasa nak jirus dengan air panas je.


Janganlah biarkan virus ini menjangkiti dan seterusnya mencemari ramadhan kita.
Para pembaca yang dikasihi sekalian,

Ramadhan hanya datang sebulan dalam setahun, dan belum tentu juga kita akan bertemu ramadhan pada tahun hadapan, bayangkan jika tahun ini merupakan ramadhan kita yang terakhir. Apakah kita dapat melaluinya dengan sempurna. Apakah dapat kita selusuri bulan ramadhan ini dengan penuh kefahaman dan kesungguhan ataupun sebaliknya. Jangan kata nak tunggu hari tua, kerana jika esok ajalmu, maka ketahuilah hari ini kamu sudah teramat tua.


Ayuh kita ingat kembali antara peristiwa-peristiwa sirah yang pernah berlaku  pada bulan ramadhan agar dapat kita serap  aura ramadhan, sekaligus menghidupkan hati yang kian mati dek virus ramadhan yang datang dalam pelbagai bentuk. InsyaAllah, jika kita fahamai dan hayati betul-betul peristiwa yang berlaku pada bulan ramadhan barulah tahap penghayatan kita menjadi lebih baik.

Berikut merupakan 3 peristiwa yang berlaku pada bulan ramadhan yang saya kira sangat mengajar kita erti Ramadhan. Semoga dengan kisah-kisah ini dapat mengangkat kembali rasa penghayatan bulan Ramadhan dalam diri kita seterusnya menjadikan diri kita immune dari virus-virus ramadhan.

Perang Badar

Perang badar merupakan perang pertama dalam Islam. Perang ini ialah perang yang berjaya memisahkan antara yang benar dan yang batil. Perang ini berlaku pada hari Jumaat, bersamaan 17 Ramadhan, tahun kedua hijrah.

Disebutkan sebagai peristiwa besar kerana Perang Badar merupakan pertembungan hebat antara pembela islam dan musuh islam. Hari perperangan ini turut digelah sebagai ‘Yaum Al Furqan’ (hari pembedaan). Allah mengangkat darjat kebenaran dengan jumlah kekuatan yang terbatas, dan merendahkan kebatilan meskipun jumlah kekuatannya 3 kali ganda. Allah menurunkan pertolongan buat kaum muslimin bagi memenangkan mereka terhadap musuh islam.

Perang badar membuktikan bahawa umat islam itu sendiri hebat, mampu berjuang di medan perang pada bulan ramadhan. Bulan ramadhan bukanlah bulan untuk kita menjadi lemah namun inilah bulan untuk kita menjadi gagah dari kebiasaannya.

Sungguh, sayang sekali, apabila hari ini ramai dari kita lupa akan sejarah atau kononnya tidak suka sejarah. Sedangkan peristiwa sejarah seperti ini tidak patut dilupakan dan perlu tersemat di dada masing-masing. Mengingati kembali perjuangan baginda dan para sahabat bermati-matian mempertahankan islam yang hari ini kamu dapat rasai dengan bahagia dan tenang.

Nabi dan para sahabat berdarah dan berkorban untuk kita, tapi kita membalasnya dengan mencemari ramadhan dengna virus jiwang karat? Malulah semalunya.

Fathu Mekah

Pembukaan kota mekah ialah salah satu peristiwa terbesar dalam sejarah islam. Peristiwa ini merupakan titik pemulaan kekuatan islam dan penyebaran islam mula tersebar seluruh bumi. Malah peristiwa ini merupakan tarikh keramat bahawa islam telah mendapat kejayaan yang sangat bermakna. Fathu Mekah berlaku pada hari selasa 17 ramadhan tahun 8 hijrah.

Dalam peristiwa pembukaan Kota Mekah. Apabila Rasulullah masuk ke dalam Mekah, baginda meletakkan Abu Sufyan di pintu masuk Mekah dan tentera-tentera Islam yang bersama Rasulullah S.A.W. ini disusun mengikut kabilah masing-masing. Setiap kali satu pasukan tentera masuk, mereka lalu di hadapan Abu Sufyan, setiap kali itulah sahabat memberitahu kepada Abu Sufyan bahawa ini tentera daripada kabilah fulan bin fulan. Ini merupakan bukti, bahawa islam tidak pernah memansuhkan bangsa, bahkan islam menggunakan kekuatan bangsa untuk mengangkat islam.

Baginda bersolat di dalam Kaabah dan turut memberi ucapan di khalayak. Sabda baginda,
“Wahai kalian Quraisy, sesungguhnya Allah telah pun melenyapkan kamu dari kesombongan jahiliyah, sikap bermegahan dengan baka keturunan, sebenarnya manusia adalah dari Adam sedang Adam adalah dari tanah. Kemudian baginda membaca ayat al-Quran :

“Wahai manusia sesungguhnya Kami ciptakan kamu sebagai lelaki dan perempuan, dan Kami ciptakan kamu berbangsa-bangsa berqabilah-qabilah untuk kamu berkenalan, sesungguhnya yang termulia dari kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Bijaksana.” (Al-Hujuraat : 13)”

Pada hari itu juga, kunci kaabah dikembalikan semula kepada penjaganya, Bilal r.a. azan di atas kaabah dan seterusnya peristiwa Al-Bai’ah yakni membuat pengakuan taat setia kepada Rasulullah.
Peristiwa pembukaan kota Mekah ini perlu menjadi pembakar obor semangat di dalam diri kita. Ini membuktikan bahawa islam boleh mencapai kemenangan terbesar dalam bulan Ramadhan yakni dengan kejayaan pembukaan kota Mekah. Jangan jadikan ramadhan sebagai alasan untuk kita menjadi lemah gemalai tidak bermaya. Namun jadikanlah ramadhan sebagai bulan kita penuh hamasah semagat dan seterusnya gagah dalam melakukan amal soleh.


Iqra’

Wahyu pertama yang diturunkan kepada baginda Muhammad S.A.W. di gua hira’. Peristiwa ini berlaku pada hari isnin, bersamaan 21 Ramadhan. Malaikat Jibril datang kepada baginda di Gua Hira’.

“Bacalah!”

Rasulullah pun segera menjawab, “Aku tak boleh membaca.”

Lalu Jibril memegang dan memeluk tubuh Muhammad dengan sangat kuat.

“Aku sampai merasakan sesak.” Kata baginda di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a.

Setelah itu Jibril melepaskan pelukannya dan kembali berkata, “Bacalah !”

Muhammad S.A.W. kembali menjawab, “ Aku tak boleh membaca.”
Lagi sekali malaikat Jibril memeluk dan memegang tubuh Nabi S.A.W. dengan sangat kuat.
Hingga akhirnya Jibril melepaskan pelukan dan kemudian berkata,

“ Bacalah dengan menyebut nama tuhanmu yang menciptakan. Dia telah mencipta manusia dari segumpal darah. Bacalah,dan tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Itulah lima ayat al-Quran, Surah al-Alaq yang diwahyukan Allah S.W.T melalui perantaraan Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Dengan keadaan gementar, Nabi Muhammad S.A.W. bergegas pulang ke rumah menemui isterinya Khadijah.

Demikianlah sedikit sedutan peristiwa yang diambil dari peristiwa turunnya wahyu pertama kepada baginda yang berlaku pada bulan Ramadhan yang mulia. Melihat pada peristiwa ini, kita perlu merasakan bahawa bulan ramadhan bukanlah bulan yang biasa-biasa. Namun ianya merupakan sebuah bulan yang penuh pengertian dan sarat dengan aura keinsafan. Hargailah masa yang kita ada, saat dan tika ini, dan seterusnya kita cuba lalui bulan ramadhan kali ini dengan penuh rasa ketaatan.

Kesimpulan

Kita ada tanggungjawab yang besar untuk dilaksanakan pada bulan ramdhan ini. Jangan sia-siakan masa yang ada dengan virus-virus ramadhan yang hanya membuang masa dan membawa kita ke lumpur kemaksiatan. Bulan ini bulan yang istimewa, maka manfaatkanlah sebaiknya. Hargailah pegorbanan baginda dan para sahabat yang berjuang mempertahankan islam melalui perang badar, lahirkan semangat juang yang tinggi mencontohi peristiwa pembukaan kota Mekah. Banyakkanlah membaca al-Quran di bulan yang mulia ini, dan ingatlah bahawa bulan ini jugalah bulan turunnya wahyu pertama dari Allah. Bukan bulan Rejab atau Syaaban, namun inilah bulan Ramadhan!

Jadikan ramadhan kali ini ramadhan penuh erti, bukan ramadhan yang syok sendiri, tengelam dalam dimensi memakan diri. Jadikan ramadhan ini sebagai ‘turning point’ untuk kita berubah jadi lebih baik. Henshin!


-najminawawi