Prenote

Assalamualaikum Ya Akhi, Ya Ukhti.

Semua yang tertulis di dalam blog ini datang dari benak pemikiran si penulis yang melihat dunia dengan caranya tersendiri. Bukan menulis untuk memarahi apatah lagi memerli atau memaki. Namun semuanya untuk sama-sama kita renungi dan bermuhasabah diri.

ah skemanya.

Saturday, December 29, 2012

Riya' zaman moden

1. Ambil gambar dalam kereta. Kena nampak steering. Sebab sebenarnya nak tunjuk logo kereta tu. Kereta mahal la kononnya. Padahal honda, toyata je pun. Letak caption. “Hari ini nak jalan-jalan bersama family + smiley”.





2. Keluar shopping. Pergi banyak-banyak kedai. Beli barang murah-murah je. Tapi saja nak kumpul beg barang dari setiap kedai. Pergh. Tangan kiri dan kanan penuh beg. Semua kedai dia masuk beli. Then dia ambil gambar beg-beg banyak. Post dekat instagram.


3. Hari ini mak ayah tak ada di rumah. Alahai.. bosannya. Then ambik gambar dalam rumah. Nak tunjuk suasana sunyi. Takde orang. Hantar gambar dalam whatsapp. Tapi sebenarnya nak tunjuk rumah dia besar, perabut mahal-mahal.


4. Maklumlah.. Baru berkahwin. Kahwin muda pula tu. Kawan-kawan dia lain belum kahwin lagi. 24 jam post gambar berkepit dengan zaujah atau zauj. Kononnya nak beri motivasi kawan-kawan lain untuk kahwin juga. Tapi sebenarnya nak tunjuk dekat kawan-kawan, hidup dia bahagia, happy, dan penuh nikmat.


5. Selfie muka sendiri. Buat photo grid, dengan muka-muka yang pelbagai action. Post dekat facebook. Caption, “Mata macam panda.. baru bangun tido.” Lepas post nak tunggu orang comment, “Eh, cantik juga la walau baru bangun tido.” Bangga kejap, senyum sorang-sorang.


6. Bukak twitter, update status apa-apa tapi yang penting kena on tag location. Sebenarnya dia nak tunjuk dia banyak jalan-jalan. Pergi sana-sini. Duit banyak. Orang lain tak dapat seronok-seronok macam dia.


7. Pergi kedai buku. Pesta buku ke. Beli banyak-banyak. Balik rumah susun atas katil. Ambil gambar. Caption, “Akhirnya buku-buku ini dapat dibeli”. Tak pun, dia belek-belek muka surat, ambik gambar page yang dia rasa menarik. Post instagram. Sedangkan tak baca habis pun semua buku tu. Saja nak tunjuk dia rajin membaca.


8. Suka ambil gambar dengan kawan-kawan. Tapi dia akan pastikan dialah yang nampak paling cantik atau paling kacak. Sebab tu dia suka bergambar dengan kawan-kawan dia yang kurang cantik atau kurang kacak.


Berwaspadalah.

p/s : Itu saja dari saya buat kali ini. Post terakhir untuk 2012. Moga bermanfaat, Anyway dah nak IB exam. Mungkin lepas ni saya deactivate laman sosial kejap. Doakan!

Assalamualaikum.