Prenote

Assalamualaikum Ya Akhi, Ya Ukhti.

Semua yang tertulis di dalam blog ini datang dari benak pemikiran si penulis yang melihat dunia dengan caranya tersendiri. Bukan menulis untuk memarahi apatah lagi memerli atau memaki. Namun semuanya untuk sama-sama kita renungi dan bermuhasabah diri.

ah skemanya.

Thursday, January 6, 2011

Couple


"I love you.”

“Sarang hae.”

“Cinta kamu.”

Begitulah antara luahan cinta yang sering kita dengari bukan? Bukan diungkap oleh orang dewasa sahaja, tapi pada hari ini, budak-budak di bangku sekolah pun sudah pandai bercintan-cintun.

“Budak zaman sekarang, darjah 6 dah risau putus dengan awek. Kita dulu risau nak tarik bendera, takut lagu habis dulu, bendera tak sampai atas lagi.”


Tidak dinafikan bahawa cinta itu fitrah, dan manusia itu mahu mencinta dan dicintai. Tapi ketahuilah, fitrah ini perlu dikawal mengikut ajaran islam. Islam tidak pernah melarang kita bercinta, namun islam meletakkan cinta sesuai pada tempatnya. Islam mengangkat makna cinta jauh lebih tinggi. Islam mengajar kita erti cinta yang sebenar, yakni sebuah cinta yang bermatlamat menuju ke syurgaNya. Cinta itu sangat cantik kan? Orang yang bercinta sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang dicintainya. Dia sanggup berkoban apa sahaja demi cintanya.


Namun pada hari ini, apa yang berlaku ialah, martabat dan pengertian cinta itu tidak dapat lagi dirasai. Semuanya gara-gara nafsu yang memakan diri. Manusia kian tewas dek godaan cinta akan dunia yang tidak bermatlamatkan syurga. Martabat cinta yang sebenarnya tinggi, akhirnya direndahkan serendah-rendahnya. Sedih bukan?


“Orang yang couple hari ini tidak risau akan dosa bahkan berbangga melakukannya.”


Kata seorang sahabat saya yang membuatkan saya terdetik untuk menulis article ini.


Jujurnya, saya sendiri sangat tidak suka untuk menulis atau berbicara pasal masalah cinta atau couple ni. Sangat-sangat tidak suka. Saya sering menegur kawan saya yang gemar untuk menulis perihal masalah couple, agar tidak terlalu kerap menulisnya. Pada pandangan saya, ini ialah perkara remeh temeh, dan hangat-hangat tahi ayam. Saya merindukan remaja yang berfikir akan masalah dunia, masalah umat, masalah global, ancaman musuh islam dan sebagainya. Inilah remaja harapan islam yang berani menegakkan islam di muka bumi ini.


Bagaimana mungkin seorang yang tenggelam dengan masalah couple, romeo dan juliet, fewitt- fewitt sana sini mahu berjuang di medan perang. Mereka ini nampak hebat, tapi sebenarnya, jiwa mereka ialah jiwa yang lemah dan kesunyian. Jika hari ini, di dalam benak pemikiran remaja kita masih tengelam, buta dan leka dengan masalah couple, cintan-cintun, couple ala-ala islamic, maka ketahuilah kita masih jauh untuk menjadikan islam ustadziyatul alam.


Namun, kerana melihat banyaknya para daie yang turut tengelam dalam masalah ini, membuatkan saya berasa bertanggungjawab untuk menegur para daie di luar sana. Ingatlah bahawa misi kita ialah misi untuk menjadi daie original, bukan daie cetak rompak.


Mereka yang Islamic, maklumlah daie konononnya turut bercouple, namun dalam erti kata yang berlainan.

“eh.. macam mana tu akhi?”


Mereka ini dengan pasangan mereka saling menasihati bab-bab agama, saling mengingatkan untuk solat, saling bertanya sudah bertahajud atau belum?, mengingatkan untuk membaca al-Quran dan banyak lagi. Semuanya ala-ala islamic. Inilah golongan yang memperaktikkan couple islamic.

Meletakkan perkataan islamic di depan couple itu langsung tidak menghalal apa yang sudah sedia maklum haram yakni couple. Syaitan bijak menipu daya golongan daie ini, untuk bercouple tapi ala-ala islamic.


“Apa salahnya bukan buat maksiat pun, ajak buat baik lagi kot”. Hebat bukan permainan di situ? 


“awak dah solat? jangan lewatkan solat tau.” 


“awak saya nak share sebuah hadis ni, moga bermanfaat untuk kita.” 


Pergh muntah hijau.


Sahabatku yang disayangi sekalian. Ingatlah, sebenarnya yang kes zina, buang anak, terlanjur dan lain-lain hakikatnya semuanya dimulakan dengan perasaan ‘tak mengapa’.


“alah.. tak mengapalah, bukan ada apa-apa pun” 


Hari demi hari berlalu, sehingga tiba satu hari, masalah hidupnya pula dikongsi kepada mereka yang ajnabi. Kononnya dia ialah seorang yang dipercayai. Tak mengapa, dia baik. Maka semua rahsia pun mula diceritakan. Kononnya agar dapat mendengar nasihat dan kata-kata semangat.


Tembok malu yakni perisai seorang muslim akhirnya roboh. Daie yang pada awalnya couple ala-ala islamic kononnya akhirnya tetap terjatuh ke dalam perangkap syaitan. Ikhtilat terabai dan dilupakan. Zina hati pun berlaku, apabila si dia sentiasa mengingati pasangannya. Solat tidak lagi khusyuk. Lama kelamaan, tanpa segan silu lagi mula meluahkan perasaan sayang. Menaburkan janji untuk berkahwin kononnya. Mereka mula berjumpa dan mula berdating. Yang akhirnya janji yang ditaburkan hanyalah penipuan nafsu semata-mata. Maruah dan harga diri tergadai. Nauzubillah..


Sahabatku, para daie yang dikasihi sekalian, perliharalah diri kita dari masalah ini. Angkatlah dirimu lebih tinggi, tanamkan jiwa seorang daie original di dalam diri kita. Jangan jadi seorang daie yang hipokrit, berdakwah kononnya tapi bermatlamat untuk menggoda sang ajnabi. Malulah. Jika tidak malu pada diri sendiri, malulah kepada Allah dan rasulnya.


Tidak mengapa, kita masih belum terlambat untuk berubah. Kita kan manusia biasa yang bisa alpa, leka dan lalai. Bertaubatlah dan kembali kepada jalan yang benar.


Tinggalkan couple islamic. Kita ada banyak lagi agenda besar dan masalah umat yang perlu difikirkan. Jiwa daie original itu, ialah sebuah jiwa yang besar.


“Kita akhiri hubungan couple kita dengan tasbih kifarah dan suratul asr”. 


Inilah ayat putus couple paling lagend. Buat sekarang, tunggu apa lagi, whatsaap ayat atas tu pada dia. Orang beriman itu benci akan maksiat apatah lagi melakukannya.. Moga Allah mengampunkan dosa kita semua.


Jadi apakah cinta yang original?


Suka untuk saya petik lirik lagu dari abang Maher Zain,


If you ask me about love~ 

And what i know about it~ 

My answer would be~ 

It’s everything about Allah~ 

The pure love, to our souls~ 


Kan abang Maher Zain cakap, It’s everything about Allah. Itulah nilai cinta yang sebenar. Cinta yang perlu dimiliki oleh daie original. Semuanya tentang Allah. Apa-apa yang kita cintakan didunia ini semuanya perlu kerana Allah.


Katakanlah kamu jatuh hati kepada ajnabi sekalipun dan berniat untuk mengahwininya. Maka tindakan kamu juga pasti kena pada caranya, kerana cinta kamu kepada si dia ialah kerana Allah. Orang yang meletakkan cinta kepada Allah melebihi cinta kepada makhluknya pasti membenci maksiat. Dia akan memilih jalan yang dianjurkan islam. Jika benar hatinya itu cinta yang murni kerana Allah dia akan menyampaikan hajat itu kepada wali ajnabi terbabit. Dan seterusnya berbincang untuk berkawin jika dipersetujui.


Namun perlu diingatkan juga melamar tanpa memastikan diri kita sudah betul-betul bersedia ialah suatu yang tidak betul dan berdosa. Ianya ialah satu tindakan kejam kepada pasangan.


Bijaklah dalam membuat keputusan dan pastikan dirimu sudah bersedia. Jika belum bersedia, maka bersabar dan berpuasalah. Sesungguhnya puasa itu mampu menguatkan diri kamu.


Cintailah Allah melebihi segalanya, diikuti cinta kepada baginda Muhammad S.A.W., dan seterusnya kepada ibu dan ayah kita. Sesungguhnya, islam itu meraikan fitrah dan meletakkan fitrah cinta itu sesuai pada tempatnya. Cinta seorang daie original ialah sebuah cinta yang benar-benar original. Beruntunglah mereka yang menerima cinta dari sang daie original.

Bila dengar orang jiwang buat ayat,


“Kopi apa paling pahit?” 

“Kopilih dia dari aku.” 


Salah dik. 

“Kopilih dunia dari Allah.” 

Ini pahit...