Prenote

Assalamualaikum

Mungkin dunia blogger tidak lagi semeriah dulu. Tapi aku tetap setia menulis disini. Dari 2009 hingga kini.

Saturday, January 15, 2011

Dota

First blood!
Double kill!
Triple kill!

Saya kira itulah laungan yang kedengaran buat penggemar dota. Jujurnya saya juga ialah seorang yang pernah bemain dota. Mula-mula saya belajar main dota atau berjinak-jinak dengan dota masa saya PMR. Pakai Sand King. Ketagih, sehingga malam sanggup tak tidur sebab mengadap dota. Alhamdulillah. Sampai satu masa, saya mula sedar, bahawa game ini banyak buang masa dan sangat-sangat melalaikan. Pernah juga kawan saya cakap,

"Main dota kalau jadi pro boleh menang banyak tournament, dapat duit kot. Hadiah lumayan."

Ya benar, Tapi saya juga pernah terfikir, bayangkan.. duit kita dapat dari hasil masa yang kita buang sia-sia. Masa solat kita lambatkan semata-mata nak berlatih dota. Itupun kalau solat. Kemudian kita jadi pro. Masuk pertandingan dapat duit banyak. Duit banyak tapi tak berkat, sebab cara tak benar. Kahwin dan dapat anak, bagi anak makan dari duit dota itu tadi. Hasil kita lalai selama ini untuk sara hidup kita. Pergh. Anak hidup dari duit yang tak berkat itu. Hilang barakah dalam kehidupan. Susah rahmat Allah nak turun.

Begitulah, saya menyentap-nyentap diri saya untuk mula mengawal diri dari bermain dota. Ingat senang ke nak berhenti dota? Susah. Lebih-lebih lagi, apabila kau dikelilingi dengan kawan-kawan yang main dota juga.



Jom kita lihat, Apakah kebaikan yang kita boleh dapat jika bermain dota seperti yang di-claim oleh para gamers.

1) Boleh hilangkan tekanan.
2) Boleh rapatkan hubungan sesama insan.
3) Boleh jana pendapatan melalui game contest. Ada juga orang hidup hanya dengan main game.
4) Menambah daya fikir.
5) Belajar sambil bermain.


Bagaimana pula dengan keburukan bermain dota?

1) Melalaikan. Main game tak buang masa tapi melalaikan. Bila dah lalai tu jadi buang masa.

2) Yang lebih penting terabai. Macam solat, kerja rumah, belajar akan terabai.

3) Merosakkan mata. 24 jam mengadap laptop atau pc. Sanggup tak tidur sebab main dota. Satu game akan ambil masa dalam 50 minit.

4) Jadi aggresif.

5) Hidup tak terurus. Sudah pasti kalau dah lalai, hidup tak terurus dan tidak kemas.

6) hubungan dengan Allah (Hablu minallah) terabai.

7) Kalau hubungan dengan Allah pun terabai. Hubungan dengan manusia apa lagi. Lagilah terabai. Terutama dengan ibu bapa.

8) Tidak tahu hal semasa. Hanya duduk dalam 
dunia sendiri. Tidak hirau masalah masyarakat.

9) Cenderung untuk melakukan kemaksiatan yang lain, Disebabkan selalu stay up lewat malam, Membuka ruang untuk syaitan mengajak melakukan maksiat yang lain. Seperti menonton laman lucah.

10) Buang duit. Kalau gi CC satu hal. Kalau beli laptop mahal-mahal sebab nak main game pun satu hal. Laptop nak alien ware. Mahal.

11) Suka bersendiri dan tidak campur orang.

12) Kesihatan dan fizikal yang lemah.

Kalau nak list semua. Banyak kita boleh list kan. Apa-apa pun. Jika kita timbang betul-betul, pasti akan kita dapati bahawa dota lebih banyak membawa keburukan berbanding kebaikan. Jom quit dota. Kita ada banyak lagi urusan yang perlu diutamakan. Umat memerlukan kita!

Itu sahaja dari saya kali ini. Laila saeda. Assalamualaikum.