Prenote

Assalamualaikum Ya Akhi, Ya Ukhti.

Semua yang tertulis di dalam blog ini datang dari benak pemikiran si penulis yang melihat dunia dengan caranya tersendiri. Bukan menulis untuk memarahi apatah lagi memerli atau memaki. Namun semuanya untuk sama-sama kita renungi dan bermuhasabah diri.

ah skemanya.

Saturday, January 1, 2011

Solat

Assalamualaikum bloggers. Ini first post dari saya untuk tahun 2011.

Solat yang original!

Tidakkah kita melihat hari ini, ramai orang yang solat namun dalam masa yang sama turut melakukan maksiat atau meninggalkan kewajiban yang lain. Maka ketahuilah, jika kita sudah solat, namun masih tegar dalam melakukan maksiat, ini ialah kerana solat yang kita tunaikan bukan benar-benar solat.

"Tapi akhi, saya dah solat betul-betul dah, tinggal solat pun tak pernah... Tapi still tak boleh tinggal maksiat." Kata si polan meminta penjelasan.

Maka ayuh kita fahami kembali pengertian solat dalam pandangan tasawwuf. Ingatlah, bahawa yang dipentingkan oleh tasawwuf itu ialah sesuatu yang ada di dalam hati kita ketika kita menunaikan solat:








Apakah dalam hati kita taat kepada Allah atau tidak? Apakah dalam solat itu mampu membersihkan hati dari kepentingan dunia dan suasananya atau tidak? Apakah kita solat besama roh kita atau sekadar jasad yang bergerak? Apakah kita mendirikan solat itu kerana taqwa kepada Allah dan meyakini bahawa Allah mengetahui dan melihat? Sejauh manakah solat itu akan membersihkan jiwa kita?


Soalan-soalan sebeginilah yang perlu kita jawab agar kita dapat memahami erti solat yang sebenar. Maka sejauh itulah pula solat itu sempurna mengikut pandangan tasawwuf. Berapa ramai dari kita yang betul-betul memahami bacaan di dalam solat? Jika dikira, pasti bilangannya amat sedikit sekali. Bahkan masih ramai yang masih tidak mengerti maksud surah al-Fatihah pun, apatah lagi bacaan lain. Maka, mana tidaknya sukar untuk mendapat solat yang sebenar, kerana rahsia solat yang sebenar ialah khusyuk. Memahami pengertian bacaan solat pula akan menjadi kunci utama untuk kita memperoleh khusyuk dalam solat.


Ingin saya kongsikan disini sebuah cerita mengenai Sheikh Abdul Qadir Jilani. Cerita ini perlu difahami dan diambil pengajaran agar kita sedar akan kepentingan khusyuk di dalam solat.


Begini ceritanya, ada seorang wanita datang kepada Sheikh Abdul Qadir Jilani, datang mengadu kepada sheikh.


"Ya sheikh, bersama kecantikan dan keindahan rupa aku ini, suami aku masih mencari yang lain."

Mendengar aduan wanita itu, Sheikh Abdul Qadir Jilani jatuh pengsan. Apabila dia sedar, lalu ditanya orang ramai,

"mengapa kau pengsan wahai sheikh?"

Jawab sheikh, "wanita ini seorang makhluk, tidak dapat bertoleransi untuk diduakan, bagaimana Allah yang Khaliq boleh disyirikkan (diduakan) oleh mana-mana makhluk?".


Begitulah pentingnya kita menjaga hubungan kita dengan Allah. Kita khuatir dengan diri kita yang cinta akan dunia membuatkan kita syirik padaNya tanpa kita sedari. Kata ulama, bahawa sujud dan rukuk kita di dalam solat itu ialah untuk Allah, namun jika ada yang lain di dalam hati kita, maka ketahuilah itu ialah syirik kecil. Apakah solat kita hari ini benar-benar kerana Allah atau ada sesuatu yang lain di dalam hati.


Bermuhasabah dan bertaubatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Menangislah keinsafan. Bagaimana nasib kita di akhirat nanti, bagaimana kita mahu berhadapan dengan baginda Muhammad SAW.

“Ingatlah bahawa setitis air mata yang gugur didunia kerana takut kepada Allah, mampu memadam lautan Jahanam. Sebaliknya, tangisan selepasnya (akhirat) hanya sebuah tangisan sia-sia”.

Moga Allah lembutkan hati kita agar mampu menangis. Bahkan jika tidak mampu menangis sekalipun, maka menangislah kerana tidak mampu menangis. Taubat seorang pendosa itu cukup satu kali, namun taubat kerana ketaatan itu perlu beribu-ribu kali. Lagi banyak beribadat, lagi banyaklah perlu kita bertaubat. Takut ibadah itu dicemari riya', dan sum'ah.

Meskipun ketawa itu sesuatu yang harus, namun banyaknya ketawa itu mampu mematikan hati. Oleh itu latihlah diri kita untuk banyak menangis mengharap keampunanNya. Hakikat menangis kerana akhirat itulah yang utama.


Kita risau banyaknya ketawa kita di dunia, nanti kita akan banyak menangis di akhirat. Ketahuilah menangis di akhirat itu ialah tangisan yang sia-sia tiada makna. Bergembira itu bukanlah menjadi masalah boleh atau tak, namun dilihat kepada motif dan cara gembira itu.

Bergembiralah kerana Allah memberi hidayah kepada kita. Hati itu menjadi tenang. Qalbun salim. Berjalan di muka bumi dengan penuh tawadhu'. Janganlah berjalan dengan penuh sombong. Belajarlah untuk banyak berdiam. Kalaulah bercakap itu boleh dinilai dengan perak, maka berdiam itu boleh bernilai dengan emas. Kita ketawa saat ini, apakah kita yakin dan pasti kita selamat di akhirat nanti. Lihatlah berapa ramai manusia pada zaman ini mentertawakan orang lain.

Bukankah sudah tiba masanya untuk orang beriman itu mengingati Allah?

Ingatlah tidak terlafaz sesuatupun melainkan akan dicatit oleh malaikat. Dengan berdzikir hati itu akan tenang. Ketika berjalan meskipun saat menghadapi mehnah dugaan darinya. Kerana apa yang dilihat itu bukan masalah, namun hikmah dan tarbiyah yg tersembunyi.


Golongan manusia yang tidak dilalaikan dari mengingati Allah, inilah golongan yg mengimarahkan masjid. Jangan sampai jual beli itu membuat kita lupa pada Allah.


Ya Allah jadikanlah kami orang yang berbuat ihsan agar kami mendapat ihsan dariMu

Baiklah. itu sahaja dari saya pada kali ini. Hm. Anyway I am quite worry for my SPM. Risau. Sebab jawab paper agama haritu macam ada banyak salah je. Hm. In fact. Paper agama bagi saya paling susah masa spm hari tu. Harap result nanti ok la. Doakan!

Assalamualaikum.