Prenote

Assalamualaikum Ya Akhi, Ya Ukhti.

Semua yang tertulis di dalam blog ini datang dari benak pemikiran si penulis yang melihat dunia dengan caranya tersendiri. Bukan menulis untuk memarahi apatah lagi memerli atau memaki. Namun semuanya untuk sama-sama kita renungi dan bermuhasabah diri.

ah skemanya.

Friday, December 10, 2010

Recharge


Kerja seorang daie ini memang memerlukan semangat, kerana jalan yang bakal ditempuhi itu bukanlah jalan yang mudah dan selesa. Ujian dan mehnah datang dari pelbagai arah, kadang-kadang ia datang dari belakang dan kadang-kadang ia datang dari bawah. Sampai satu tahap, semangat itu akan hilang dan perlu dicari semula.

The battery is getting low. 15% remaining 

Macam smartphones, iPhone ke, Samsung ke, HTC ke, semuanya perlu dicharge semula jika battery sudah nak habis. Jika tidak phone itu akan mati. Maka terputuslah semua hubungan kita dengan laman sosial.

Begitulah juga dengan semangat para daie. Semangat ini datangnya dari kehendak iman di hati. Mahu atau tidak mahu, iman itu peru sentiasa di-charge agar semangat daie untuk berdakwah terus membara. Macam smartphones, kita boleh charge dengan pelbagai jenis charger, namun charger yang terbaik dan the most compatible ialah charger yang original. Begitu jugalah dengan iman, charger yang terbaik dan original untuk iman kita ialah tahajud di sepertiga malam.

Apa.. ingat senang ke nak bangun tahajud? Susah.. Tapi jika dilatih dan berusaha untuk istiqamah, menjadikan tahajud sebagai rutin, maka insyaAllah satu hari nanti ia akan menjadi satu perkara yang biasa buat kita. Seorang daie itu memerlukan tahajud untuk mengumpul kembali kekuatan iman, tanpa tahajud dia akan bergerak seperti mayat hidup, yang tidak tahu ke mana arah tujuan. Medan sepertiga malam inilah senjata rahsia para daie. Yang mampu membuat para daie terus bangun dari rebahnya, cekal hadapi musuhnya dan ikhlas dalam perjuangannya. Rahsianya tidak lain dan tidak bukan ialah tahajud di sepertiga malam.

Setelah penat berurusan dengan manusia, maka seorang daie itu memerlukan sedikit masanya untuk berurusan dengan pencipta manusia. Dia perlu menjaga hablu minallah (hubungan dengan Allah) bagi menjamin mudahnya kelangsungan hablu minannas (hubungan dengan manusia).

Suasana di sepertiga malam pastinya berlainan. Mana tidaknya, kita bangun seorang diri tanpa diketahui manusia, ikhlas hanya keranaNya. Tidak tercemar dek riya’ dan penyakit hati yang membuatkan kau ujub dengan diri sendiri.

“Ikhlas itu perlu dicari, kerana ianya terlalu tersembunyi, macam semut hitam, di atas batu hitam, di malam yang gelap gelita.”

Maka sudah pastilah ianya menjadi lebih mudah untuk mencari keikhlasan itu di sepertiga malam. Diri bersembunyi dari pandangan manusia, dan hanya mengharap keredhaan dariNya. Seorang daie yang sudah biasa bangun tahajud di malam hari pasti akan merasai kekurangan dalam hari yang dilaluinya sekiranya dia tertinggal tahajud. Inilah hati yang hidup, hati yang perlu dimiliki oleh daie original. Rasa risau jika sudah begitu lama meninggalkan tahajud. Rasa rindu dan cinta kepada tahajud. Inilah kecintaan yang perlu ditanam dalam jiwa daie. Firman Allah,

"Dan pada sebagian malam hari bersalat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ketempat yang terpuji" (Al- Isra’ : 79).

Oleh itu, jadilah tahajud sebagai satu rutin penting dan anggaplah dakwahmu tidak sempurna tanpa kamu bertahajud di sepertiga malam. Jika si pendosa itu cukup dengan satu taubat maka dosanya akan diampunkan, maka ketahuilah, si beramal soleh ini pula berlu bertaubat beribu kali bukan satu kali. Di khuatiri dalam amalnya dipenuhi dengan riya’, ujub, sum’ah dan takabbur. Kadang-kadang istighfar yang dilafazkan juga perlu diistighfarkan. Kita khuatir, istighfar kita yang pertama itu hanya sebuah istighfar yang membawa entiti yang kosong, dan kita kembali berbuat maksiat. Maka istighfar itu perlu diistighfari. Kita perlu bertaubat atas istighfar kita yang tidak benar sebelum ini.


Para daie original yang dirahmati Allah sekalian, ketahuilah, dakwah kita bukan dakwah yang berdiri atas landasan mencari populariti atau landasan wang ringgit. Namun dakwah kita berdiri di atas landasan iman yang terbina kukuh dengan tahajud kita di sepertiga malam.

Assalamualaikum.