Prenote

Assalamualaikum

Mungkin dunia blogger tidak lagi semeriah dulu. Tapi aku tetap setia menulis disini. Dari 2009 hingga kini.

Tuesday, December 28, 2010

Al-Haya'


Seorang muslim mestilah bersifat pemalu dalam setiap keadaan. Namun demikian sifat tersebut tidak seharusnya menghalang kita dari memperkatakan kebenaran. Di antara sifat pemalu itu dimana seseorang tidak masuk campur urusan orang lain, memelihara pandangan, merendah diri, dan tidak meninggikan suara ketika bercakap. Bahkan baginda Muhammad S.A.W sendiri adalah seorang yg sangat pemalu, lebih pemalu dari anak gadis yang berada di balik tabir. Rasulullah S.A.W. bersabda, yang bermaksud,


"Iman itu mempunyai lebih daripada 60 cabang, dan haya' (malu) itu satu cabang dari iman." (HR Muslim).

Hakikat malu itu ialah sifat yang mengerakkan seorang untuk meninggalkan kejahatan dan menghalangnya dari mencuaikan akhlak orang lain. Sifat malu ini umpama perisai orang beriman. Malu dengan Allah, dan rasulNya, malu kepada manusia dan malu kepada diri sendiri. Orang yang tidak mempunyai rasa malu kepada Allah sudah pasti tidak mempunyai rasa malu pada diri sendiri. Sebab itu, hari ini maksiat tidak lagi dilakukan secara sembunyi-sembunyi, namun dilakukan secara terang-terangan. Bahkan ada yang berbangga dengan maksiat yang dilakukan bagaikan maksiat itu perkara biasa. Inilah yang berlaku apabila perisai malu itu luntur.

“Malu itu umpama tembok besi adamantium yang mampu menjaga diri dan hati kita. Namun sekukuh adamantium sekalipun mampu menjadi selembut kapas jika tewas dek godaan hawa nafsu dan bisikan syaitan.”

Maka, letakkankah malu pada pandangan, percakapan, dan perbuatan. Barulah bila dikatakan malu sebahagian daripada iman.


Bagi orang yang mempunyai maruah dan harga diri, setiap perbuatan yang memalukan, samaada dari sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besar perkara pasti dia sedaya upaya mengelak dari melakukannya. Inilah yang dikatakan malu menjadi perisai diri daripada melakukan perkara yang ditegah agama, undang-undang dan juga tatasusila kemanusiaan.

“Janganlah sekadar mengaku malu, tapi sebenarnya tidak malu, seperti meletakkan gula tanpa bungkusan di tengah jalan. Apabila dikerumuni semut-semut, maka semut pula yang dipersalahkan. Padahal, diri sendiri lupa untuk sarung dengan bungkusan”.

Usaha mengelak melakukan perkara dan perbuatan yang memalukan bukan sahaja daripada pengetahuan manusia namun yang utama itu ialah daripada Allah. Namun, sudah pastilah Allah Maha mengetahui apa yang dilakukan oleh manusia meskipun cuba disembunyikan.

Sesiapa yang tidak mempunyai rasa malu merefleksikan iman yang lemah. Kalau kita hari ini, tak solat, tak puasa, tak tunaikan kewajiban sebagai individu muslim, maka ketahuilah puncanya ialah daripada benteng malu kita yang telah roboh.

Ayuhlah sahabat, kita kembali mengutip dan menyusun batu-bata iman dan disemen dengan air mata taubat agar benteng malu itu kembali berdiri kukuh. Kita belum terlambat, bahkan kita tak pernah terlambat untuk berubah, selagi kita masih mampu bernafas maka azamkan perubahan dalam diri kita. Allah Maha pengampun dan Maha penerima taubat.

Till then. Assalamualaikum.

Monday, December 27, 2010

Awaken

Gushh..I knew that u all can simply get this lyric from web... who care, I love it, and I want it to be here embeded. haha

Lyrics to Awaken(Maher Zain) :


We were given so many prizes 

We changed the desert into oasis 

We built buildings of different lengths and sizes 

And we felt so very satisfied 

We bought and bought 

We couldn't stop buying 

We gave charity to the poor 'cause 

We couldn't stand their crying 

We thought we paid our dues 

But in fact 

To ourselves we're just lying 


Oh...I'm walking with my head lowered in shame from my place 
I'm walking with my head lowered from my race 

Yes it's easy to blame everything on the west 

When in fact all focus should be on ourselves 


We were told what to buy and we'd bought 

We went to London, Paris and Costa Del Sol 

We made show we were seen in the most exlusive shops 

Yes we felt so very satisfied 

We felt our money gave us infinite power 

We forgot to teach our children about history and honor 

We didn't have any time to lose 

When we were.. (were) 

So busy feeling so satisfied 


I'm walking with my head lowered in shame from my place 

I'm walking with my head lowered from my race 

Yes it's easy to blame everything on the west 

When in fact all focus should be on ourselves 


We became the visuals without a soul 

despite the heat 

Our homes felt so empty and cold 

To fill the emptiness 

We bought and bought 

Maybe all the fancy cars 

And bling will make us feel satisfied 


My dear brother and sister 

It's time to change inside 

Open your eyes 

Don't throw away what's right aside 

Before the day comes 

When there's nowhere to run and hide 

Now ask yourself 'cause Allah's watching you 


Is He satisfied? 

Is Allah satisfied? 

Is Allah satisfied? 

Is Allah satisfied? 


Oh..I'm walking with my head lowered in shame from my place 

I'm walking with my head lowered from my race 

Yes it's easy to blame everything on the west 

When in fact all focus should be on ourselves

Thursday, December 16, 2010

Daie sweet

Daie sweet lama-lama fewitt 


Tidakkah kita perasan, kalau dekat dalam laman sosial kebiasaannya ayat-ayat sweet terlebih gula ni sering menjadi viral. Contoh ayat macam : "cinta yang sebenar, ialah merindui di dalam doa." Pergh meleleh. Ada juga tu, macam, "Allah uji cinta kita, bersabarlah sayang." Pergh, ayat sweet meleleh. 


Kebiasaanya kita boleh jumpa ayat-ayat macam ni di twitter. Kononnya ditweet oleh mereka yang memegang title daie, tapi tanpa mereka sedari mereka mengajak anak muda bercouple ala-ala islamic. Tweet yang melekit manis dengan kuantiti gula berlebihan, memang disukai ramai, memang akan dapat banyak retweet dan fav. Tapi kena tanya balik diri kita, hang ni daie ke romeo? Asyik dengan tweet sweet, lama-lama jadi fewwit. 

Nama dekat tweet handle bukan main islamic, pendakwah la, bakal jenazah la, daie lah, tapi sayang sekali apa yang ditweetkan seakan-akan langsung tidak islamic, jauh dari tuntutan daie yang sebenar, hanya jiwang karat, tulang rusuk yang terlebih bergegar. Memalukan. Ini belum lagi yang berjiwang karat terlebih karat antara golongan daie sweet ni. 

Ada siap ada pasangan masing-masing lagi, yang lelaki dengan jubahnya, yang perempuan pula dengan purdahnya. Bersweet-sweet dua orang di twitter, konon-konon ayat islamic, saling ber unmention sehingga buat saya muntah hijau membacanya. 

“Macam uncang teh boh dan gula, 

Meminta untuk dijirus air panas.” 


Sorry, saya tak jealous sikitpun, tapi saya sedih, sebab mereka ini ramai followers, satu peluang dakwah yang sangat besar. Kiranya kalau mereka tweet dakwah tu, insyaAllah akan sampai kepada ramai orang. Tapi sayang, kelebihan yang ada di salah guna. Sibuk dengan couple ala-ala islamic. 





Maafkan saya, ini bukan daie, tapi ini mat romeo yang guna islam untuk dapat ramai followers. Kamu sudah salah jalan. Kamu ingat kamu ramai followers sebab dakwah. Tapi hakikatnya, kamu ramai followers sebab kamu terlebih sweet gula.


Biasalah orang Malaysia memang suka gula. Diabetis ramai kot. Ok takde kaitan. Tapi point dia di sini, kamu telah mengotori islam itu dengan fitnah. Kamu tak layak memegang title daie. Maaf sayang, tapi ini bukan cara daie. Kamu sebenarnya hanya budak hingusan yang mahukan perhatian. Itu sahaja. Maafkan saya agak terus terang, tapi saya cukup anti dengan daie jiwang karat. Insaflah, tajdid niat kita kembali. Moga Allah megampunkan kita semua.


Taubatlah sebelum terlambat.

Sebelum penutup, saya nak kongsi cerita yang berlaku semalam. Masa baru balik dinner batch. Banyak makan best-best bersama batchmate tercinta. Tapi sebelum makan kiteorang buat tahlil untuk arwah dulu. Al- Fatihah. Moga arwah tenang di sana.

Okay, macam ni cerita dia,

Azrin (kawan saya) and I took KTM which headed to Mid Valley. As we entered the coach, we found that, there were no boys in that coach. We were totally bewildered that moment. That 'makcik' beside me just keep smiling, while others looking at us with queerer look. Something was wrong and I knew it intuitively. Then, a fat guard come, standing in front of us and scolded us.


"Korang pompuan ke laki!! X pham ke"

Then we knew, we have entered the girl coach. We were totally bashful. We move out of the coach and move to other coach silently with our's head lowered in shame.

Makcik tu xnak bgitau awal-awal, geram betul. Haha.


Baiklah. Itu sahaja dari saya pada kali ini. Cerita tu selingan. Tapi yang penting, apa yang saya tulis atas tu pasal daie sweet perlu kita sama-sama ambil iktibar. Moga kita semua dihindari dari wabak daie terlebih gula ini.

Friday, December 10, 2010

Recharge


Kerja seorang daie ini memang memerlukan semangat, kerana jalan yang bakal ditempuhi itu bukanlah jalan yang mudah dan selesa. Ujian dan mehnah datang dari pelbagai arah, kadang-kadang ia datang dari belakang dan kadang-kadang ia datang dari bawah. Sampai satu tahap, semangat itu akan hilang dan perlu dicari semula.

The battery is getting low. 15% remaining 

Macam smartphones, iPhone ke, Samsung ke, HTC ke, semuanya perlu dicharge semula jika battery sudah nak habis. Jika tidak phone itu akan mati. Maka terputuslah semua hubungan kita dengan laman sosial.

Begitulah juga dengan semangat para daie. Semangat ini datangnya dari kehendak iman di hati. Mahu atau tidak mahu, iman itu peru sentiasa di-charge agar semangat daie untuk berdakwah terus membara. Macam smartphones, kita boleh charge dengan pelbagai jenis charger, namun charger yang terbaik dan the most compatible ialah charger yang original. Begitu jugalah dengan iman, charger yang terbaik dan original untuk iman kita ialah tahajud di sepertiga malam.

Apa.. ingat senang ke nak bangun tahajud? Susah.. Tapi jika dilatih dan berusaha untuk istiqamah, menjadikan tahajud sebagai rutin, maka insyaAllah satu hari nanti ia akan menjadi satu perkara yang biasa buat kita. Seorang daie itu memerlukan tahajud untuk mengumpul kembali kekuatan iman, tanpa tahajud dia akan bergerak seperti mayat hidup, yang tidak tahu ke mana arah tujuan. Medan sepertiga malam inilah senjata rahsia para daie. Yang mampu membuat para daie terus bangun dari rebahnya, cekal hadapi musuhnya dan ikhlas dalam perjuangannya. Rahsianya tidak lain dan tidak bukan ialah tahajud di sepertiga malam.

Setelah penat berurusan dengan manusia, maka seorang daie itu memerlukan sedikit masanya untuk berurusan dengan pencipta manusia. Dia perlu menjaga hablu minallah (hubungan dengan Allah) bagi menjamin mudahnya kelangsungan hablu minannas (hubungan dengan manusia).

Suasana di sepertiga malam pastinya berlainan. Mana tidaknya, kita bangun seorang diri tanpa diketahui manusia, ikhlas hanya keranaNya. Tidak tercemar dek riya’ dan penyakit hati yang membuatkan kau ujub dengan diri sendiri.

“Ikhlas itu perlu dicari, kerana ianya terlalu tersembunyi, macam semut hitam, di atas batu hitam, di malam yang gelap gelita.”

Maka sudah pastilah ianya menjadi lebih mudah untuk mencari keikhlasan itu di sepertiga malam. Diri bersembunyi dari pandangan manusia, dan hanya mengharap keredhaan dariNya. Seorang daie yang sudah biasa bangun tahajud di malam hari pasti akan merasai kekurangan dalam hari yang dilaluinya sekiranya dia tertinggal tahajud. Inilah hati yang hidup, hati yang perlu dimiliki oleh daie original. Rasa risau jika sudah begitu lama meninggalkan tahajud. Rasa rindu dan cinta kepada tahajud. Inilah kecintaan yang perlu ditanam dalam jiwa daie. Firman Allah,

"Dan pada sebagian malam hari bersalat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ketempat yang terpuji" (Al- Isra’ : 79).

Oleh itu, jadilah tahajud sebagai satu rutin penting dan anggaplah dakwahmu tidak sempurna tanpa kamu bertahajud di sepertiga malam. Jika si pendosa itu cukup dengan satu taubat maka dosanya akan diampunkan, maka ketahuilah, si beramal soleh ini pula berlu bertaubat beribu kali bukan satu kali. Di khuatiri dalam amalnya dipenuhi dengan riya’, ujub, sum’ah dan takabbur. Kadang-kadang istighfar yang dilafazkan juga perlu diistighfarkan. Kita khuatir, istighfar kita yang pertama itu hanya sebuah istighfar yang membawa entiti yang kosong, dan kita kembali berbuat maksiat. Maka istighfar itu perlu diistighfari. Kita perlu bertaubat atas istighfar kita yang tidak benar sebelum ini.


Para daie original yang dirahmati Allah sekalian, ketahuilah, dakwah kita bukan dakwah yang berdiri atas landasan mencari populariti atau landasan wang ringgit. Namun dakwah kita berdiri di atas landasan iman yang terbina kukuh dengan tahajud kita di sepertiga malam.

Assalamualaikum.

Thursday, December 9, 2010

Acah gempak


Satu perkara penting yang perlu kita hadam betul-betul ialah mengenali perbezaan antara ‘acah gempak’ dan ‘ambil berat’.

Acah gempak

Orang yang macam ini kebiasaannya nak tunjuk diri dia hebat semuanya. Apa sahaja isu baru pasti dia akan jadi orang yang mahu mengeluarkan pendapat. Contohnya isu habib-habib yang dikaitkan dengan tarekat-tarekat tertentu yang diharamkan di Malaysia. Maka terus dia jadi orang yang pakar dalam bidang agama.


“Pada pendapat ana.. habib-habib ini.. dia begitu.. dan ana rasa pendapat ana paling wajar diterima dan pendapat yang lain semua salah.”


Lepas tu mungkin ada isu-isu bola sepak, maka dia berubah pula menjadi seorang yang pakar perundangan dalam bidang bola sepak.


“Mengikut undang-undang bola sepak FIFA yang terkini.. sepatutnya offside.. mana ada gol.. reff tak tahu undang-undang bola.. aku dulu wakil kampung!”


Ada sahaja isu semasa dia pasti mengeluarkan pendapat. Sehinggakan isu-isu akidah dan isu-isu yang melibatkan nyawa orang lain pun dia hendak berikan pendapat.


“Kemalangan ini sebenarnya ialah salah pemandu ini, dia sepatutnya… salah diri dia sendiri.. keluarga dia terkorban.”


Sifat acah gempak ini perlu dijauhi. Jangan terlalu ghairah untuk memberi komen atau pandangan terhadap sesuatu isu. Untuk sesetengah isu ianya adalah lebih baik sekiranya kita berdiam diri, dari sibuk menjual diri, menagih puji. Tambahan isu-isu yang melibatkan nyawa orang, ini bukan isu yang boleh kita buat main. Kita khuatir dalam syok sendiri itu, kita mula menyebarkan fitnah. Memburukkan keadaan yang sedia ada.


“Cukuplah nak tunjuk ‘pada pendapat..’, ‘pada pendapat..’, sebab bukan kita seorang yang ada pendapat. Belajarlah erti hormat, agar diri selamat, daripada menjadi agen pemfitnah maklumat.”


Ambil berat

Namun, kita sebagai umat islam, perlu memiliki sifat ambil berat dan ianya sudah pasti sebuah sifat yang berlainan dengan ‘acah gempak’. Orang yang ambil berat akan sesuatu hal, tidak akan mudah untuk mengeluarkan pendapat. Kerana dia sedar, ini bukan perkara yang boleh dihujahkan sewenang-wenangnya. Dia akan menjalankan kajian, membaca kitab-kitab tertentu atau bertanya kepada ahlinya untuk mendapat maklumat yang sebenar.

Sesudah mendapat maklumat yang sahih dari sumber-sumber yang benar, maka dia akan membuat sebuah konklusi. Dia akan lebih mengambil sikap berdiam diri dan memerhati. Segala-gala isu akan disiasat olehnya terlebih dahulu tanpa perlu ghairah untuk mengeluarkan pendapat. Meskipun dia turut keluar dengan sebuah pendapat akhirnya. Namun dia tidak memilih untuk mengutarakan pendapatnya di media sosial namun dia lebih suka untuk berdiscusi dan berbincang face to face bersama sahabat-sahabat seperjuangannya.


Inilah sifat orang yang ambil berat. Jarinya tidak menggelupar untuk update status-status baru tentang isu-isu semasa. Dia lebih banyak berdiam diri dari mengemukakan pandangan. Dia lebih suka menjauhi perdebatan kosong di laman sosial. Dia sedar, segala isu perlu diadili dengan sempurna, dan dia bukanlah orang yang gopoh dan terburu-buru.


Seringkali kita melihat perkara ini terjadi bukan? pasti ada dalam kalangan sahabat kita yang terlalu semangat dengan isu-isu semasa. Ini yang salah. Semangat itu bagus, namun jika semangat berlebihan yang tidak terkawal, ini yang jadi tidak bagus. Golongan sebegini hanya mahukan perhatian, dan seringkali hujahnya bukan hujah yang benar dan hanya berunsur kritikan. Kritikan yang diberikan seringkali sebuah kritikan yang menjatuhkan bukannya sebuah kritikan yang membina.


Jauhi sifat ini, dan jadilah seorang daie yang ambil berat, bukannya seorang yang acah gempak.

p/s Gambar hiasan. Baru lepas habis inspection. Dekat sini, inspection setiap weekend. Ala-ala army macam tu. Hihi.

Till then. Assalamualaikum.