Prenote

Assalamualaikum

Mungkin dunia blogger tidak lagi semeriah dulu. Tapi aku tetap setia menulis disini. Dari 2009 hingga kini.

Wednesday, November 17, 2010

Bukan urusan saya

Pada suatu hari, Khalifah Turki yang bernama Sultan Ahmad I mengirim sepucuk surat rasmi kepada Syeikh Sa'dudin untuk bertanya.

“Apa kekurangan yang terdapat di Negara ini (sehingga kita mengalami kemunduran dan kekalahan dari musuh). Padahal Allah menjanjikan kemenangan bagi Umat Islam?”

Syeikh bijak ini segera menulis jawapannya,

“Bukan Urusan Saya.”

Sultan Ahmad spontan marah besar membaca jawapan tersebut. Ia menyangka bahawa Syeikh Sa'dudin mengabaikan pertanyaan penting ini.

Baginda segera memerintahkan syeikh Sa'dudin menghadap segera lalu memarahinya dengan sangat keras. Dia berkata,

"Mengapa tuan mengabaikan pertanyaanku? Beraninya tuan berkata 'bukan urusan saya' untuk suatu masalah yang sangat penting ini?"

Dengan tenang,sang mufti menjelaskan,

Saya tidak mengabaikan pertanyaan tuanku. Sebaliknya, saya menjawab pertanyaan tersebut dengan teliti.

Kalimat 'bukan urusan saya' inilah penyebab utama kemunduran umat Islam. Jika setiap individu baik dari pemerintah ataupun rakyat biasa bersikap mementingkan diri sendiri, dan berkata 'bukan urusan saya' setiap kali berhadapan masalah umat, maka kemunduran demi kemunduran, dan kekalahan demi kekalahan akan menimpa umat islam secara berterusan.

Memahami penjelasan Syeikh yang penuh bermakna, Sultan Ahmad menjadi malu. Beliau segera meminta maaf kepada Syeikh Sa'dudin dan memberinya banyak hadiah.


Baginda bersabda:

"Perumpamaan kaum mukminin dalam persaudaraan mereka ibarat satu tubuh.Jika salah satu anggota sakit seluruh tubuh akan merasa demam dan tidak dapat tidur.”

(Riwayat al-Bukhari dan muslim)


Oleh yang sedemikian, jelaslah bahawa, menjadi kewajiban untuk para daie itu mengambil tahu akan hal semasa. Tidak cukup sekadar bekerja atau bergerak sendirian menjaga iman masing-masing, kerana masalah umat ialah masalah kita semua, meskipun kita duduk jauh nun di hujung sana.




p/s gambar petang tadi. Bersama cikgu Chemistry saya. SPM nak dekat dah. Doakan.

Sunday, November 14, 2010

Kantoi

Student: Sir.. kalau student kantoi meniru time exam kan. Apa tindakan paling power kiteorang akan kena? Apa nasib yang paling buruk? 

Sir: the worst ialah awak tak kantoi. 

Student: Aik. kenapa macam tu? kalau tak kantoi la best. kalau kantoi.. habisla.. failed exam, kena denda bagai. 

Sir: Itulah kamu tak faham. Tak kantoi la paling hardcore. Hang punya result akan dapat flying colours. Result haram. Dengan result haram tu mohon kerja pula, kerja haram. Dapat gaji, gaji haram. Bagi makan anak dan isteri pakai duit haram. Anak-anak awak membesar makan duit haram. Tak ada barakah. 

Student: Wuu. Tapi Sir.. kalau tak tiru..failed lagi teruk.. 

Sir: Sebab itu kamu kena usaha. Kemudian bertawakallah kepadaNya. Jangan sampai meniru, kerana kesannya ialah terhadap hidup kamu. Mungkin kita tak rasa apa-apa. Tapi ingatlah.. Allah itu Maha Adil. 

Student: Gulp..