Prenote

Assalamualaikum Ya Akhi, Ya Ukhti.

Semua yang tertulis di dalam blog ini datang dari benak pemikiran si penulis yang melihat dunia dengan caranya tersendiri. Bukan menulis untuk memarahi apatah lagi memerli atau memaki. Namun semuanya untuk sama-sama kita renungi dan bermuhasabah diri.

ah skemanya.

Saturday, September 6, 2014

Mad’u vs ‘Aduw

Salah satu cabang penting dalam dakwah itu ialah sasaran dakwah.


Antara masalah yang besar melanda seorang daie itu ialah kesukaran buat dirinya mengenali siapakah sasaran dakwah mereka. Apakah semua orang itu mad’u? Yakni golongan yang perlu didakwah? Atau terdapat segelintir yang tidak layak digelar mad’u?


Tahukah kita bahawa wujud satu golongan yang mengetahui kebenaran islam, namun memilih untuk memusuhi islam. Golongan inilah yang tidak tergolong dalam golongan mad’u. Namun mereka ini digelar ‘Aduw atau musuh kita. Hal ini amat penting untuk difahami para daie, dikhuatiri apabila salah mengenali sasaran dakwah, akhirnya memakan diri sendiri.


“Jika dengan mad’u ada cara dia, maka apabila berhadapan dengan ‘aduw pun ada cara dia. Jangan samakan dua golongan ini.”


Persepsi dan pemahaman yang jelas terhadap pengertian mad’u dan ‘aduw amat mempengaruhi kesatuan umat islam dalam menghadapi masalah terutama dalam menjaga kemaslahatan dan kepentingan umat islam. Mad’u bermaksud orang yang diseru dengan panggilan dakwah. Golongan seperti ini perlu dipandang dengan kasih sayang, toleransi, serta bijaksana agar tanggungjawab dakwah kepada mereka berjaya.


“Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik” (al-Nahl 125)


Sekarang cuba bezakan dengan ini,


‘Aduw yang membawa maksud musuh. Saya ulang, Musuh! Pendirian islam terhadap musuh adalah jelas. Sesunnguhnya Allah S.W.T telah menerangkan layanan yang sepatutnya diberikan kepada mereka yang digelar ‘aduw.


“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja semampu kamu dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang, (dengan persiapan itu) kamu menggetarkan musuh Allah S.W.T.” 
(al-Anfal : 60)


“Maka barangsiapa menyerang kamu, maka seranglah mereka setimpal dengan tindakan mereka ke atas kamu.” 
(al-Baqarah :194)


Di dalam ayat seperti di atas, Allah S.W.T. memberi penjelasan yang jelas mengenai pendirian kita untuk menghadapi musuh-musuh islam. Menggentar dan melawan mereka dengan segala kemampuan yang ada dengan bentuk serangan yang setimpal. Maka jelaslah disini bahawa terdapat dua golongan yang perlu difahami betul-betul oleh para daie. Kenalilah siapa mad’u dan siapa ‘aduw.

Para pembaca yang diredhai Allah, hal untuk membezakan siapa mad’u dan siapa ‘aduw ini sangat penting. Ianya bukan perkara yang boleh dianggap remeh. Nasib umat itu sendiri bergantung kepada kebijaksanaan para daie membezakan dua golongan ini. Jika salah meletakkan di tempat yang benar, akhirnya daie hanya menjadi tunggangan dan boneka musuh islam.

Faham betul-betul. Moga bermanfaat. Assalamualaikum.