Prenote

Assalamualaikum Ya Akhi, Ya Ukhti.

Semua yang tertulis di dalam blog ini datang dari benak pemikiran si penulis yang melihat dunia dengan caranya tersendiri. Bukan menulis untuk memarahi apatah lagi memerli atau memaki. Namun semuanya untuk sama-sama kita renungi dan bermuhasabah diri.

ah skemanya.

Saturday, July 10, 2010

Bahaya syiah

Hari ini di bahagian utara Malaysia, ajaran syiah masuk melalui guru-guru sekolah. Guru-guru agama, bukan english, math atau kajian tempatan. Mereka mengajar anak-anak kecil yang isra mi'raj itu sebagai kisah dogeng. Ibubapa pula lupa untuk tanya anak-anak mereka apabila mereka pulang ke rumah. Lupa untuk bertanya kepada anak-anak tentang apa yang diajar oleh guru mereka di sekolah. 

Bahaya bukan? Ini anak-anak kecil. Namun anak-anak muda juga tidak kurang dasyatnya pabila kita hendak berbicara tentang pengaruh syiah dalam kalangan belia. Melihat pula anak-anak muda di university, tarikan utama syiah buat mereka ialah perkawinan mut'ah. Syiah merendahkan martabat orang perempuan islam. Kahwin untuk dua hingga tiga hari kemudian cerai. Senang dan mudah, touch and go sahaja. Maka pemuda kita pun mudah tertarik dan tergoda dengan ajaran sebegini, lantas mengikutinya. Kata Ustaz Don, 
“Apa bezanya perempuan macam ini dengan pelacur. Bahaya tuan.” 

Sebab itu masjid ialah tempat kita kena make sure kasi penuh. Banyakkan menghadiri majlis ilmu dengan para alim ulama. Cari ilmu agar kita tak tergelincir dalam lumpur syiah. Mengantuk tak apa, dengar mana mampu, kalau tak larat sangat sekalipun tidurlah dalam masjid. Setidaknya kita pergi ke masjid untuk belajar. Masalah syiah ni para pembaca sekalian, bukanlah masalah yang kecil. Ini soal akidah atau dalam erti kata lain, soal syurga atau neraka. Para pembaca sekalian, hari ini orang yang hafal al-Quran pun boleh ikut ajaran sesat. Inikan pula kita yang hafal tak berapa nak banyak ni. 


Syiah ini mengatakan Aisyah r.a., Abu Bakar, Umar, Hamzah adalah kafir. Mereka menanam kefahaman sebegini dalam penganut mereka. Mereka membuat kesimpulan bahawa jika mereka ini kafir, maka mereka mengatakan dakwah baginda Muhammad S.A.W. ialah dakwah yang gagal dan baginda tidak layak untuk menjadi rasul. Bagi syiah, yang layak menjadi nabi ialah Ali. Dan mereka menyalahkan malaikat jibril. Mereka kata bahawa jibril salah orang. Jibril sepatutnya menyampaikan wahyu dari Allah itu kepada Ali. Pergh.. sangat sesat dan jauh dari ajaran agama islam yang sebenar. Malah dalam ibadat mereka, jibril dicelakakan. Agama macam ni tidak layak gelar diri mereka sebagai islam, hakikatnya mereka tidak pernah islam sekalipun. 

Lahirkanlah risau dalam diri kita tentang bahayanya syiah. Kadang-kadang susah nak faham apabila ada segelintir dari kita yang sanggup mengakui kebenaran syiah atau mempertahankan syiah. Kononnya atas dasar kebebasan. Kebebasan apakah ini? Ini bukan kebebasan, ini kemungkaran yang jelas. Nauzubillah. Apakah kalian tidak sayang pada baginda Muhammad S.A.W.? Malulah semalunya. 

Ya Allah, Engkau adalah kedamaian/keselamatan dan Dari-Mu lah kedamaian/keselamatan dan Kepada-Mu lah kembalinya Kedamaian/keselamatan maka hidupkanlah kami Ya Allah dengan kedamaian/keselamatan dan masukkanlah kami ke dalam syurga tempat yang damai. Maha Suci Engkau dan Maha Tinggi Wahai Tuhan Kami Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan.



p/s Gambar hiasan : Ambil dua hari lepas. Masa lepas habis solat. Jalan-jalan prep school. Ambil gambar pakai timer kat phone. Nanti dah tak dapat bergambar macam ni dah. Dah nak SPM. Doakan!