Prenote

Assalamualaikum

Mungkin dunia blogger tidak lagi semeriah dulu. Tapi aku tetap setia menulis disini. Dari 2009 hingga kini.

Friday, June 11, 2010

Pedang Islam

Islam ialah agama yang mengutamakan kesejahteraan, bahkan islam itu sendiri bermaksud aman dan sejahtera. Benar, dan tidak dapat dinafikan, itulah kebenarannya. Namun kita jangan lupa, bahawa islam juga mempertahankan kesejahteraan dan keamanan di muka bumi ini. Kita bukan sahaja mencintai keamanan dan kesejahteraan bahkan kita turut mempertahankannya. Jika terdapat di muka bumi ini penindasan, kekejaman atau kekufuran maka islam bangkit memperbaiki keadaan dengan tegas. Islam itu kuat dan digeruni musuh islam. 




Namun hari ini, tidakkah kita melihat seakan-akan umat islam itu sendiri makin hilang rasa gah dengan islam di dalam diri mereka. Kadang-kadang ada yang merelakan sahaja kemaslahatan dan kepentingan umat dicabar dan dipijak, dengan alasan islam itu menuntut umatnya menjadi pemaaf. Sikap apologetik berlebihan. Benarkah begini islam yang sebenar?


Maka ketahuilah sahabat, kamu telah tertipu dan terpedaya dengan bisikan syaitan. Mana mungkin umat islam itu merelakan sahaja islam dipijak dan ditindas. Keimanan yang sebenar menuntut kita untuk memperjuangkan islam. Islam itu mengajar kita menjadi adil, yakni meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ada masa kita lembut dan ada masa kita keras. Bukan lembut sepanjang masa hingga dipijak dan bukan juga keras sepanjang masa hingga menjadi orang yang keji. Namun islam menuntut kita adil bertindak sesuai berdasarkan keadaan.


Saya ada satu soalan yang best untuk para pembaca sekalian, cuba jawab dengan jujur,


“Malukah kalian jika saya katakan islam sebenarnya tersebar dengan mata pedang? Malukah kalian?”


Hah? agak-agak apa jawapan kita. Silap-silap ada yang kata ana sesat pula. Islam tidak tersebar dengan mata pedang? Benarkah ini yang difikirkan kalian?


Maka ketahuilah ini sebuah pemikiran yang tidak tepat. Sebagai seorang islam, kita perlu berdiri dan berbangga, mengatakan bahawa islam turut tersebar dengan mata pedang.


Eh.. macam ganas je bunyi dia. “Islam bukan barbaric akhi.”

Benar sahabat, islam bukan agama yang ganas, namun kita jangan lupa bahawa islam bertindak mengikut keperluan. Islam tidak static macam air di dalam lopak yang merelakan dirinya dipijak, namun islam itu ialah bagaikan air sungai yang mengalir. Air sungai itu sejuk dan menenangkan bukan? Cuba kita halang aliran air sungai dengan batuan, sampai satu masa air sungai tetap akan meningkat tinggi dan seterusnya melepasi batuan. Begitulah analoginya islam, ianya memang aman dan sejahtera, namun jika ada yang menghalang dan menindas, maka islam bangkit melemaskan halangan.

Lihatlah pula kepada sejarah, islam mempunyai ramai jeneral perang yang digeruni musuh islam sepanjang sejarah kebangkitan islam seperti Khalid Bin Walid Khalid ibn al-Walid, Muhammad Al-Fatih, Salahuddin Ayyubi, Abu Ubaidah bin al-Jarrah, Sa'ad bin Abi Waqqas, Tariq Bin Ziyad, Syurahbil bin Hasanah, Abdullah bin Aamir, Amru Bin Ash dan ramai lagi. Ramai bukan? Ini baru sedikit yang saya senaraikan, bahkan islam telah melahirkan ramai singa-singa agama yang gagah mempertahankan islam. Bahkan pembaca sekalian, baginda Muhammad S.A.W. juga ialah seorang jeneral perang yang sangat hebat. Lihatlah sirah, bagaimana baginda telah memenangi banyak siri perperangan menentang musuh islam.


Maka jelaslah disini bahawa islam itu bukanlah lembut setiap masa, namun islam itu sifatnya mempertahankan keamanan dan kesejahteraan. Maka usahlah kau malu untuk mengatakan islam tersebar dengan mata pedang. Sebab memang islam tersebar dengan mata pedang! Berbanggalah.


Tanamkan rasa gah dengan islam. Kita memang cintakan keamanan dan kesejahteraan, namun sebarang unsur mencabar keamanan dan kesejahteraan umat islam khususnya, maka kita bangkit dengan berani mempertahankannya. Inilah jiwa orang islam yang sebenar. Bangunlah singa umat yang tertidur.

p/s : Gambar hiasan : Bukan selalu saya nak pakai serban. Hihi.