Prenote

Assalamualaikum Ya Akhi, Ya Ukhti.

Semua yang tertulis di dalam blog ini datang dari benak pemikiran si penulis yang melihat dunia dengan caranya tersendiri. Bukan menulis untuk memarahi apatah lagi memerli atau memaki. Namun semuanya untuk sama-sama kita renungi dan bermuhasabah diri.

ah skemanya.

Friday, February 14, 2014

Apakah dia liberal?


Sebagaimana Liberalisme di Barat yang terbina di atas kebebasan individu (dari cengkaman agama) dan perasaan syak atau ragu terhadap agama, maka begitu juga dengan fahaman Islam liberal. Fahaman Islam liberal bertunjangkan kebebasan akal tanpa batasan, ditambah pula dengan perasaan syak dan ragu terhadap Islam itu sendiri.


Berikut adalah beberapa contoh pemikiran liberal. Jom kita baca dan perhatikan, apakah kita dikelilingi oleh orang yang berpemikiran sebegini?


1. Tidak ada di dalam agama suatu yang dianggap kudus dan suci yang tidak boleh dikritik atau dipertikai.



2. Mereka lebih suka bertanya atau merujuk hal islam dari orang bukan islam. Tidakkan ini jelas mengelirukan?



3. Tidak melihat islam itu secara syumul (semua aspek secara seimbang). Bagi mereka islam hanyalah agama dan tidak perlu dikaitkan dengan politik, ekonomi dan lain-lain.



4. Mereka bersembunyi di sebalik hak kemanusiaan,



5. Melihat kelompok atau jemaah islam yang ada, sebagai golongan yang tidak berfikiran jauh dan cetek. Hanya tahu merujuk kepada kitab ulama lama yang mereka anggap tidak lagi relevan.



6. Golongan Islam liberal meletakkan akal lebih tinggi dari wahyu.



7. Mereka akan hanya menyokong segelintir hujah ulama yang menyokong pendirian mereka dan menolak hujah ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah yang terkemuka.



8. Bagi mereka, penerimaan terhadap wahyu hendaklah berasaskan kepada penilaian akal dan rasional.



9. Hujah mereka sebenarnya tidak bersetuju dengan hukum syariah seperti hukum talak. Namun mereka tidak mahu merujuk kepada golongan yang lebih arif. Lantas mentafsir dengan sendiri.



10. Mereka akan mengeluarkan hujah yang akan membuatkan umat islam itu sendiri keliru dan mempersoalkan kebenaran islam itu sendiri.



11. Mereka memandang bahawa golongan islamist adalah pemikiran yang lapuk dan tidak sesuai dengan arus kini.



12. Kemunculan golongan islamist yang menentang mereka dilihat sebagai kebangkitan yang sesat dan ketinggalan zaman dan berfikiran sempit.



13. Golongan Islam liberal tidak menzahirkan diri mereka sebagai orang yang menolak agama, tetapi berselindung disebalik gagasan mengkaji semula agama, mentafsir semula al-Quran, menilai semula as-Sunnah dan menapis semula hukum-hakam Syari’at dan Fiqh.



14. Mereka menolak segala tafsiran yang dianggap lama dan kolot mengenai agama termasuklah dalam hal-hal yang telah pun menjadi Ijmak ulama.



15. Mereka akan dilihat sentiasa memberi pendapat berbeza akan isu semasa. Hujah mereka kebiasaanya ialah hujah kritikan bukannya hujah membina.



16. Bagi mereka, agama hendaklah ditundukkan kepada waqi’ (realiti) semasa sekalipun terpaksa menafikan hukum-hakam dan peraturan agama yang telah sabit dengan nas-nas Syarak secara qat’ie (putus).



17. Ulama tiada hak mentafsir sesuatu isu berlandaskan al-Quran. Boleh lihat bagaimana golongan ini mengatakan dan menghina ulama dengan diberi ejekkan sebagai "jurucakap tuhan". Ulama dipermainkan dan tidak dihormati.



18. Jika terdapat hukum yang difikirkan tidak menepati zaman dan kemodenan maka hukum itu hendaklah ditakwilkan atau sebolehnya digugurkan. (Boleh lihat bagaimana mereka membenarkan isu-isu yang dilarang oleh ulama - contoh : isu pegang anjing)



19. Mereka akan melihat mazhab dari konteks yang berlainan. Mereka akan cuba menunjukkan mereka mengeluarkan hujah dengan dalil yang disokong ulama mu'tabar terutama dari luar negara. (Mentafsir dan melihat dari konteks yang berlainan.)



20. Mereka akan kelihatan seperti orang yang banyak membaca, dan mengakui diri mereka lebih banyak membaca dari orang lain.



21. Menciptakan keraguan terhadap ajaran-ajaran agama Islam yang sudah dapat diyakini kebenarannya tanpa ragu (musallamat), dan berusaha mengubah perkara-perkara yang diyakini kebenarannya dan pasti (yaqiniyat) menjadi perkara-perkara yang tidak pasti dan mengandung pelbagai kemungkinan (muhtamalat), yang dapat diambil atau ditolak, ditarik atau dilepas dan dapat mengikuti pendapat kanan atau kiri.



22. Kebergantungan semata-mata kepada akal manusia bagi memandu kehidupan di dunia.



23. Dualisme dalam memahami pelbagai realiti dan kebenaran. Contohnya; dualisme antara akal dan jasad, dan pemisahan antara kaedah rasionalisme dan empirisme.



24. Bagi mereka iman itu tidak wajar diterjemah secara zahir. Perlu disembunyi agar menghormati agama lain. Meskipun di dalam sesuatu kedukan sehingga merendahkan martabat islam itu sendiri. Malah, ada yang sanggup mempertahankan hak mereka (non-muslim) untuk menghina islam.



25. Golongan ini tidak sensitive apabila islam diperkotak-katikkan, atas asbab mereka ini kononnya berfikiran terlalu terbuka. Semua boleh. Kebebasan.



26. Islamist pada pandangan mereka dilihat sebagai golongan yang terlalu 'reactive' dan berfikiran cetek.



27. Penekanan kepada unsur-unsur perubahan dalam kewujudan yang menayangkan pandangan alam (worldview) yang sekular.



28. Hujah mereka dilihat kadang-kadang islamic dan kadang-kadang lagha dan tidak melambangkan individu islam yang sebenar. Putar belit. Mereka cuba menunjukkan diri mereka sebagai golongan yang pertengahan (tidak extremist dalam definisi mereka)



29. Doktrin Humanisme iaitu jelmaan ideologi sekularisme yang memusatkan penilaian segala-galanya kepada fikiran manusia.



30. Golongan ini memandang sistem khalifah itu tidak sesuai digunakan lagi dalam era ini.



31. Memandang remeh karya ulama yang terdahulu dan lebih suka merujuk falsafah barat. Melihat karya ulama tidak lagi relevan pada masa ini.



32. Sama ada mereka mengakui atau tidak, golongan Islam liberal di mana-mana negara umat Islam hari ini mereka sememangnya telah dipengaruhi oleh cara berfikir Orientalis.



33. Melalui politik, mereka akan sentiasa sokong kesamarataan tanpa mengira hak atau perjanjian yang telah dibuat.



34. Mereka memahami prinsip keadilan sebagai sama rata, bukannya (meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya).



35. Sasaran serangan mereka ialah terhadap tiga perkara yang mereka dapati menjadi faktor kekuatan umat Islam sejak zaman berzaman, iaitu



a) Al-Quran

b) As-Sunnah

c) Syari’at Islam dan Fiqh



36. Mereka akan menggunakan perkataan yang hebat dan jarang digunakan, bagi menyokong hujah mereka yang salah. (pembaca dipengaruhi dengan gaya bahasa lantas setuju dengan hujah yang sebenarnya salah)



37. “Semua agama sama. Semuanya menuju jalan kebenaran”. Berpegang pada prinsip semua agama ialah sama. Mereka tidak mengangkat tinggi diri dengan islam. Mereka akan dilihat 'bersederhana' dalam agama pada pandangan mereka.



38. Golongan ini berpendapat bahawa kebebasan bersuara ialah dianggap sebagai kritikan dan wajar diterima meskipun ianya adalah penghinaan terhadap islam.