Prenote

Assalamualaikum Ya Akhi, Ya Ukhti.

Semua yang tertulis di dalam blog ini datang dari benak pemikiran si penulis yang melihat dunia dengan caranya tersendiri. Bukan menulis untuk memarahi apatah lagi memerli atau memaki. Namun semuanya untuk sama-sama kita renungi dan bermuhasabah diri.

ah skemanya.

Sunday, February 16, 2014

Sensitivity

Salah satu lagi element penting yang perlu dimiliki oleh seorang daie ialah untuk memiliki rasa sensitive di dalam diri.


Contohnya, jika hari ini kecoh di kaca televisyen Zionis laknatullah membunuh anak kecil Palestine. Maka esoknya kita pun bangkit memboikot McD dengan penuh bersemangat. Mengenangkan anak kecil itu yang telah dibunuh dengan kejam, maka kita mengambil inisiatif ini. Boikot! Boikot!


selang dua hari…


“Beli satu Double Cheese Burger maka anda akan dapat satu dengan percuma!”


Iklan di kaca televisyen memperomosi McD dengan tawaran-tawaran istimewa. Membuat kita terliur dan mula berhajat untuk membelinya.


Beli satu percuma satu. Pergh.. Beratur panjang kereta di barisan drive thru. Seakan-akan dilupakan sahaja anak kecil palestine yang baru dibunuh 3 hari yang lepas. Inilah yang akan berlaku apabila sensitivity di dalam diri sangat lemah. Akibat dari rasa sensitive yang lemah, maka tindakan yang dibuat sudah pasti bukan sebuah tindakan yang ikhlas, namun hanya sekadar mengikut trend semasa. Orang boikot, aku pun boikot. Orang tak boikot, aku pun tak boikot la juga. Parah.


Ibarat semalam, ada perompak masuk rumah kita, mencuri dan membunuh adik kita. Tapi keesokkannya, perompak itu datang balik, dan dia berkata pada kita..


“Nah ambil burger ni, Double Cheese Burger aku beli kat McD untuk kau. Maafkan aku, curi barang kau dan bunuh adik kau semalam.”


Maka kita pun ambillah burger yang harganya tak sampai RM10 itu. Makan.. sedap hingga menjilat jari. Bagaikan lupa adik kita yang dibunuh semalam. Semurah RM10 sahaja kah nyawa adikmu itu? Cukup sekadar sebiji burger maka kamu sudah melupakan segalanya?


Inilah yang berlaku apabila rasa senitive tidak wujud dalam diri seorang insan. Jiwanya kosong.


Mungkin kita tidak perlu melihat jauh, cukup kita lihat masalah di dalam negara kita seperti kes Alvin Tan yang menghina Azan pada beberapa bulan yang lepas. Tanpa memakai baju, sambil bermain piano, maka dia menyanyikan Azan.


Kemudian kita akan dapat melihat kemunculan beberapa golongan islam di Malaysia.

*****************

a. “Kita perlu hukum Alvin Tan, dia telah mencabar agama islam. Dia telah menghina azan. Tangkap dia! Dia perlu dikenakan tindakan undang-undang.” 



Atau 


b. “Setidaknya dia menyebut nama-nama Allah. Kita nak ingat Allah pun susah. Tindakan dia ni patut membuka mata orang islam. Biar kita malu dengan diri sendiri.” 

Atau 


c. “Kenapa perlu kisah? Ini kebebasan hak asasi manusia. Biarlah dia. Dia jahil. Orang kafir azan kita bising, yang masyarakat kita tak gi solat jemaah tak nak bising pula.” 

*****************

Agak-agak, setelah kita tahu bahawa Alvin Tan ini menghina azan, yang mana akan jadi bicara kita. A atau B atau C? Maka ketahuilah, jiwa daie yang sebenar akan memilih untuk menjawab A!


Pilihan B

“Tapi akhi.. saya nak jawab B. Biarlah dia azan dengan lagu pun, setidaknya dia sebut nama Allah, mungkin hari ini dia macam ni, tapi kita doakanlah dia dapat hidayah.”


Sahabat…Untuk memahami sesebuah isu semasa, kita perlu lihat apa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas kejadian. Kita perlu kenal betul-betul siapakah Alvin Tan ini. Janganlah kerana kita nak tunjuk baik, maka semuanya kita cakap, moga dapat hidayah.. moga dapat hidayah..


Satu hari nanti, masjid-masjid di Malaysia dibakar depan mata kita! dan kita masih nak cakap moga dia dapat hidayah.. moga dia dapat hidayah..?


Ini bukan jiwa daie. Ini jiwa seorang yang pengecut untuk mempertahankan islam.


Menggunakan alasan dakwah bil hikmah. Tapi diri sendiri masih tidak faham, apakah dimaksudkan dengan dakwah berhikmah sebenarnya. Hikmah membawa maksud bijaksana. Maka tindakan yang kita buat juga mestilah sebuah tindakan yang bijaksana. Jangan semuanya lemah dan lembut. Bijaksana tak bermaksud lemah.. dan lembut.. Tapi bijaksana menuntut kita bertindak bijak sesuai mengikut keadaan.


Contohnya, kes Alvin Tan ini, jika kita seorang yang mengikuti isu semasa, pasti kita akan tahu, bahawa sebelum kes menghina azan ini, dia (Alvin Tan) sudah pernah mencabar islam dan mencetuskan kemarahan orang ramai, khususnya umat Islam di Malaysia. Hal ini berlaku pada bulan ramadhan yang lepas dimana dia memuat naik sekeping gambar makanan laman Facebook miliknya. yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini dengan caption,


“Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh … wangi, enak dan menyelerakan” 


Sama ada mencari publisiti murahan atau sengaja mencari pasal, dia dilihat tidak sensitif dengan tindakan ini, sedangkan umum mengetahui ‘bak kut teh’ sinonim dengan babi.


Tidak cukup dengan itu, pada gambar tersebut, dia turut menulis keterangan gambar seakan-akan menyindir iaitu,


“Izinkan kami memperkenalkan cara kami memupuk semangat 1Malaysia dengan bertukar-tukar makanan antara kaum-kaum Malaysia pada musim perayaan yang mulia ini. Hak untuk menikmati juadah enak tempatan seharusnya merentasi batasan bangsa dan juga agama. Kepada saudara-saudari yang beragama Islam, selamat berbuka puasa dan Salam Aidilfitri” 

Tambahan lagi, dia turut meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.Jika jiwa umat islam tiada sensitivity, maka pasti perkara ini akan dianggap remeh dan dibiarkan sahaja.


Malulah kamu!

Saat islam dipijak dan dihina kamu tidak bangkit mempertahankannya. Bahkan kamu berbangga pula dengan sikap pemaaf tidak bertempat. Dengan alasan nak memaafkan orang yang menghina islam bagi tujuan dakwah kononnya. Biar dia rasa indah dengan islam yang sangat memaafkan. Nanti dia dapat hidayah? Ya benar jika Allah nak bagi hidayah, maka memang akan sampailah hidayah itu. Namun masalah itu bukan pada hidayah. Kerana itu rahsia Allah.

Agak-agak lah kan. Alvin ni nak ke masuk islam, sedangkan umat islam sendiri macam tak sayang dengan islam? Nak ke Alvin ni masuk islam, sedangkan umat islam sendiri tak pertahankan agama mereka? Cakap islam agama yang benar.. tapi saat dia menghina islam, seolah-olah macam islam ni tak dipertahankan oleh penganutnya. Tiada pun yang menegakkannya. Kamu ingat dengan sikap apolegetik berlebihan itu Alvin akan insaf? Ketahuilah dia bukan insaf, bahkan makin menjauhi islam lagi disebabkan tindakan kamu sendiri.


Pilihan C

Mungkin ada juga yang nak jawab pilihan ‘C’ yakni, meraikan hak asasi manusia. Maka ketahuilah, “Hak Asasi Manusia” adalah satu agama yang sedang berkembang pesat masa kini. Kepesatannya menyebabkan sebahagian umat Islam, yang sebelum ini memang menghadapi masalah sikap kekerdilan diri, terpengaruh dengannya. Mereka berpandangan Islam juga memberi perhatian kepada “Hak Asasi Manusia”, tetapi tidak tahu apa dan bagaimana.


Akhirnya mereka juga melaungkan slogan:


“Kami Muslim yang turut menjaga hak asasi manusia!”

Bersama slogan ini, mereka meletak beberapa syubhat, iaitu keraguan dan kesamaran, ke dalam syari‘at Islam. Manusia bertuhankan nafsu, menjerit slogan kebebasan, memperjuangkan nafsu tanpa disedari.


Kita perlu faham bahawa hak manusia itu memang perlu diraikan dengan syarat mengikuti panduan syara’. Jika semua hak manusia kita hendak raikan. Maka lahirlah manusia yang hidup tanpa undang-undang. Semuanya bebas. Dasar liberal. Nak jadi lesbian? Nak tukar jantina? semuanya boleh. Hak manusia yang berlandaskan nafsu ini menjauhi fitrah muslim yang sebenar. Jangan jadikan hak asasi manusia sebagai alasan untuk membenarkan tindakan kita. Seringkali kita fikir tentang hak manusia, tapi kita lupa bahawa kita ini hambaNya, dan kita ini hak milik kepunyaan Allah. Bagaimana dengan hak sebagai hamba? Ingatlah hanya kepadaNya kita akan kembali.

Untuk menjadi seorang daie itu, maka jelaslah bahawa sikap sensitivity perlu ditanam dalam jiwa kita. Jangan jadi lemah seperti kapas yang ditiup angin. namun latihlah hati untuk jadi kuat laksana superman.