Prenote

Assalamualaikum Ya Akhi, Ya Ukhti.

Semua yang tertulis di dalam blog ini datang dari benak pemikiran si penulis yang melihat dunia dengan caranya tersendiri. Bukan menulis untuk memarahi apatah lagi memerli atau memaki. Namun semuanya untuk sama-sama kita renungi dan bermuhasabah diri.

ah skemanya.

Saturday, January 9, 2010

Jom dakwah

Nak dakwah?

“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!” (Surah al-Fussilat : 33)



Dakwah ni pembaca, ialah satu jalan yang sangat mulia disisi Allah. Manakan tidak, ianya ialah tugas yang ditaklifkan atau diberi oleh Allah S.W.T ke atas para anbiya’ dan para rasulNya. Mulianya tugasan dakwah ini menjanjikan ganjaran yang sangat besar buat mereka yang melakukannya.



Selalu diperkatakan bahawa dakwah ini dianalogikan sebagai sebuah gerabak kereta api yang bergerak, apakah kita mahu turut menaikinya? atau memilih untuk melihat dari jauh sahaja? Namun sudah pastilah, daripada keimanan yang benar akan membuat seseorang itu mahu menjalankan tanggungjawab dakwah. Mana mungkin orang yang mengaku beriman tapi tidak mahu menjalankan dakwah.



“Aku beriman, dan aku jaga diri aku sahaja cukuplah.”



Benarkah ini dinamakan dengan beriman? Maka ketahuilah jika kita mengakui beriman tapi mahu menjaga iman diri sendiri sahaja. Keimanan itu bukan keimanan yang sempurna.



Sesuatu tugas yang mulia dan sepenting itu, tentulah tidak mampu untuk dilunaskan dengan sempurna tanpa ilmu dan kefahaman yang mendalam. Saya ulang sekali lagi, perlunya kefahaman yang mendalam buat para petugas dakwah.



Ramai yang mengatakan mereka tahu, tapi ketahuilah sekadar mengetahui itu tidak mencukupi, namun kita perlu faham. Kerana faham dan tahu itu perkara berbeza.



Berapa ramai pendakwah hari ini bangga memakai title pendakwah, namun tanpa disedari bukanlah dakwah namun sebenarnya tanpa mereka sedari mereka menjauhkan masyarakat daripada Allah.



Lihat sahaja ulama-ulama lompat yang berguru dengan Ustaz Google, memberi hujah itu dan ini dengan penuh bangga, sedangkan kaki tidak pernah menjejakkan kaki ke majlis talaqi, majlis ilmu, apatah lagi mendapat ijazah dari ulama.



Seringkali apa yang disampaikan ialah salah dan tidak boleh dibuat hujah. Islam ni cantik sahabat, setiap ilmu yang kita pelajari akan ada sanad dia, kita boleh tahu siapa guru kita, dan siapa guru kepada guru kita. Cantik bukan? Ini bukan ilmu buku teks yang cukup sekadar kamu membuat bacaan dan membuat terori sendiri. Namun ia menuntut kamu untuk berguru. Kerja dakwah bukan kerja main-main isi masa lapang. Orang yang mahu berjalan di jalan ini perlu serius.



Anda telahpun melalui fasa perubahan, sekarang ialah fasa bekerja. Berubah itu mungkin senang, namun perubahan yang original itu susah. Berapa ramai orang yang merasakan dirinya sudah berubah, namun hakikatnya tidak. Maka ayuhlah, kita seriuskan diri kita dalam perjuangan dakwah pula. Ini kerja yang dibuat para anbiya bukan kerja syok sendiri.



“Tapi akhi, saya tak pernah berpeluang untuk belajar agama.”



Kebiasaannya, inilah yang berlaku bukan. Seseorang bertanggapan bahawa dia tidak terlibat dalam dunia dakwah kerana mempunyai persepsi bahawa dakwah ini milik golongan tertentu sahaja.



Siapa kata begitu?



Ketahuilah ini ialah satu pandangan yang silap. Dakwah ialah milik kita semua. Tak kira apa latar belakang kita sekali pun, baik berlatarbelakangkan pendidikan ekonomi, perubatan, engineering, bahasa dan lain-lain sekalipun, namun jangan jadikan ini penghalang untuk kita berdakwah.



Ya benar, dakwah itu memerlukan ilmu. Namun kita perlu ingat juga ilmu itu boleh dicari. Jangan sekadar beralasan, kita tak tahu, maka kita mahu menjauhinya. Usahalah sedikit demi sedikit belajar dan cuba dekatkan diri dengan alim ulama’. Tak susah pun, di Malaysia sendiri lambakan majlis ilmu seperti yang Majlis Ta’lim Darul Murtadza, terdapat juga Pondok Baitul Quro di Melaka dan banyak lagi yang konsisten dan istiqamah menyampaikan ilmu pada masyarakat. Apa yang perlu kita lakukan ialah pergi dan belajar.



Carilah masa untuk ke majlis ilmu. Kita kata nak masuk syurga. Tapi taman-taman syurga di dunia kita tak mahu pergi, tidakkah ini satu sifat yang pelik? Kerana ketahuilah majlis ilmu itu umpama satu taman di taman-taman syurga.



“Tapi akhi, saya memang tiada masa, busy sangat.”



Hah.. apa gunanya smartphone yang canggih tu, apakah sekadar untuk bermain game clash of clan? bukak facebook? Ketahuilah gadget yang canggih itu boleh digunakan untuk kita mengikuti majlis talaqi juga.



Banyak rakaman-rakaman ceramah dari para alim ulama yang terdapat di laman web tertentu atau youtube. Kenapa kita tidak boleh meluangkan masa untuk melihatnya. Apakah kita hanya mahu tengok dubsmash, vine, dan video pelik lain-lain. Hakikatnya, semuanya bergantung pada diri kita. Nak atau tak nak je.



“Orang yang betul-betul mahukan sesuatu pasti berusaha mendapatkannya meskipun dia hanya mempunyai satu sebab. Tapi orang yang tidak mahu pasti mencari 1001 alasan untuk tidak melakukan sebab yang satu.”



Tepuk dada tanya iman. Orang yang beriman itu, hati mereka rasa rindu akan majlis ilmu, dan mahu dekat dengan orang-orang soleh. Apakah kita tergolong dalam golongan ini?



Hakikatnya, mengajak orang lain untuk senyum itu pun dakwah. Jika kita tidak mampu buat yang susah, maka bekerjalah di medan yang kita rasa mampu. Bahkan dakwah yang paling baik itu ialah dakwah melalui contoh baik yang ditunjukkan oleh diri kita kepada orang lain.



Sosok tubuh pendakwah ini jika mereka berjalan mampu membuatkan orang insaf mengingatiNya. Langkahnya persis air yang memadam api kemaksiatan.





Inilah yang dikatakan dengan dakwah dengan qudwah yang baik. Namun bukanlah disini mengatakan cukup sekadar itu sahaja, namun orang yang berdakwah itu pasti sentiasa merasakan dirinya dahaga dan cinta akan ilmu. Hari demi hari dia akan usaha memperbaiki dirinya. Dakwahnya semakin baik dari hari ke hari seiring dengan perkembangan ilmu yang diperoleh. Dakwah itu milik semua, bukan golongan tertentu. Semangat, ikhlas dan serius, begitulah jiwa pendakwah.




Itu sahaja dari saya kali ini. Alhamdulillah. Atas doa sahabat bloggers semua saya dapat masuk 5 science 1. Kelas warna pink. haha. Jambu je. Dapat rank 20 keseluruhan pelajar form 5 MCKK. Syukur. Doakan saya terus istiqamah dalam dakwah dan juga pelajaran! Towards SPM!

p/s Gambar hiasan : Main tarik tali dengan Azrin Fakhri dalam dorm 2 eastwing MCKK.