Prenote

Assalamualaikum Ya Akhi, Ya Ukhti.

Semua yang tertulis di dalam blog ini datang dari benak pemikiran si penulis yang melihat dunia dengan caranya tersendiri. Bukan menulis untuk memarahi apatah lagi memerli atau memaki. Namun semuanya untuk sama-sama kita renungi dan bermuhasabah diri.

ah skemanya.

Thursday, November 19, 2009

Lupakah kau



Saat kau masih kecil, kau mula berkenalan dengan aku, belajar mencium aku, belajar mengenali setiap alif ba ta. 


Kau mula membaca dengan suara comel itu, terangkak rangkak, sabar membacaku. 


Saat kau mula ke sekolah, kau mula menghafalku sedikit demi sedikit, diajar dan kau sudah mampu menghafal al Fatihah. 


Kau baca aku selepas maghrib didepan ummi dan abi, bergilir adik beradik, suasana yang bahagia. 


Kau juga pergi ke kelas pengajian, belajar membaca pada waktu petang bersama sahabatmu, aku juga dibawa bersamamu. 


Kini kau sudah besar, merantau ke tempat orang, membawa aku sebagai bekalan. 


Kau baca aku, meskipun tidak selalu, tapi aku ada di sudut meja kau, saat kau rebah, kau ambil aku dan baca aku. 


Hari ini, dari sudut meja kau, aku dipindahkan ke almari bukumu, disimpan rapi bersama buku ilmiah mu, kau sibuk dengan pelajaran, melupakan aku. 


Hari berganti hari, bulan berganti bulan, kau bagaikan sudah lupa kehadiranku, dibiarkan aku berhabuk sendirian. 


Aku masih ingat saat kau kecil dekat padaku memegang lidi yang comel itu belajar membacaku. Ketahuilah. Aku rindu. 


Lupakah kau.