Prenote

Assalamualaikum Ya Akhi, Ya Ukhti.

Semua yang tertulis di dalam blog ini datang dari benak pemikiran si penulis yang melihat dunia dengan caranya tersendiri. Bukan menulis untuk memarahi apatah lagi memerli atau memaki. Namun semuanya untuk sama-sama kita renungi dan bermuhasabah diri.

ah skemanya.

Tuesday, November 17, 2009

I'tiraf

Ingin saya kongsikan di dalam blog ini sebuah lirik lagu yang seringkali membuat saya termenung mengenang dosa-dosa yang banyak saya lakukan. Lagu ini, kalau saya tengah bersendirian, ada masalah, sedih ke, saya pasang dan dengar.

Ingat lagi tak cerita syukur 21 pelakon dia kumpulan Raihan? Lagu tema cerita ni I'tiraf. Cuba hayati lirik dia. Kita pejam mata kejap, dan hayati dengan ikhlas mengharap maghfirah keampunan dariNya. Kalau boleh menangis, menangislah. Moga bermanfaat.

Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu 

Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu 

Ampunkan dosaku, terimalah taubatku 

Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar 



Ilahi lastu lil firdausi ahlaa 

Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi 

Fahabli taubataw waghfir dzunuubi 

Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi 



Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai 

Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku 



Wahai Tuhan selamatkan kami ini 

Dari segala kejahatan dan kecelakaan 

Kami takut, kami harap kepadaMu 

Suburkanlah cinta kami kepadaMu 



Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu