Prenote

Assalamualaikum

Mungkin dunia blogger tidak lagi semeriah dulu. Tapi aku tetap setia menulis disini. Dari 2009 hingga kini.

Sunday, August 30, 2009

Saya vs saya

Kemerdekaan.

Kenapa perlu tahu perihal merdeka? 

Agar kemerdekaan itu dihargai. 

Kenapa perlu dihargai? 

Agar sejarah tidak berulang. 

Kenapa perlu tahu sejarah? 

Agar mampu perbaiki diri. 

Kenapa perlu perbaiki diri? 

Agar kita jadi makin kuat. 

Kenapa perlu jadi kuat? 

Agar yang hak itu mampu ditegak dan batil dicegah. 



Erti kemerdekaan bagi setiap individu pastinya berbeza. Namun intipati kemerdekaan itu tetap sama yakni kebebasan. Kebebasan dari penindasan, kekejaman dan ketidakadilan pada diri sendiri, masyarakat, negara, dan agama. Kemerdekaan paling penting perlu dikecapi oleh setiap diri kita ialah kemerdekaan dari nafsu. Hatta, dijajah nafsu sendiri yang bermaharajalela. Menuntut kita memuaskan diri, jauh dari jalan yg diredhaiNya. Medan pertempuran 'saya bertemu saya', ialah pertempuran paling besar yang perlu dihadapi diri kita. Jika mampu memenangi pertempuran ini, insyaAllah pertempuran kemerdekaan yang lain pula akan menjadi mudah. Letak tangan kat dada masing-masing, kita sendiri tahu apa yang nafsu kita dambakan.



Kuatkan kaki melangkah dengan jejak iman dan taqwa agar nafsu itu mampu ditundukkan. Kurunglah nafsumu di dalam penjara kukuh yang dibuat dari iman dan taqwa. Jauh lagi kuat dari adamantium.

InsyaAllah saya ada satu video menarik tentang merdeka. Nanti saya share.


Monday, August 24, 2009

Selamat berpuasa

Pejam celik, pejam celik. dah masuk bulan puasa. Moga tahun ini, 2009 puasa kita ialah yang lebih baik dari sebelumnya. Moga puasa kita pada kali ini diterima olehNya. Aminn.

Firman Allah Ta’ala :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya : 

“ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Pengertian Puasa

Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.



Baiklah, nak siap-siap. Selamat berpuasa bloggers. Assalamualaikum.

Saturday, August 22, 2009

Some hadis to be shared


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.



1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

Baiklah. Itu saja dari saya kali ini. Assalamualaikum. Selamat berpuasa.