Prenote

Assalamualaikum

Mungkin dunia blogger tidak lagi semeriah dulu. Tapi aku tetap setia menulis disini. Dari 2009 hingga kini.

Tuesday, December 22, 2009

Abdul Latip

Sejak kebelakangan ini, asyik beli karya-karya dari pakcik Latip ni. Setakat ni saya dah ada 7 buah buku dia. Tapi yang paling saya suka buku ni, Salahudin Ayubi! Moga semangat dan kehebatan Salahudin Ayubi dapat saya resap ke dalam diri. Seterusnya menjadi insan luar biasa! Qawiy! Nak ber 'hamasah' luar biasa macam beliau. Kagum sangat.


Korang carilah buku-buku penulisan pakcik Latip ni. Worth it. Ok. Assalamualaikum.

Sunday, December 13, 2009

Bowling


Assalamualaikum.

Bowling huh?

Actually I am not good in this game.
not even a strike..spare? kalau bertuah dapat.
I have been at Kuantan Parade last night. It was a reunion of my SMKSP mates.

Nice to meet them all... Even though, I do not recorgonised some of them...
everything has change..through this hard 5 year...lol

anyway..happy friendship day,

Hanya zaman persekolahan sahaja yang


mengajar kita erti sahabat dan remaja


dan bila zaman itu berlalu, nescaya


ia takkan kembali lagi, masa ini jua kita 


mengambil haluan masing2..mungkin 


sukar untuk kita bersatu kembali 


dalam satu tempat sekecil bilik darjah.


belajar, bergurau, kekantin, ketandas bersama..


terbukti zaman remaja adalah zaman yang 

sukar dilupakan...

mungkin satu hari nanti kita


akan menangis kerana rindukan zaman pelajar


yang sangat indah...jadi hargailah zaman remaja


dan zaman persekolahan anda,,,fikir-fikirkanlah...


p/s Bukan saya buat karya tu, copy paste dari kawan. Best kan. 

Baiklah, itu sahaja dari saya kali ini. Assalamualaikum.

Thursday, November 19, 2009

Lupakah kau



Saat kau masih kecil, kau mula berkenalan dengan aku, belajar mencium aku, belajar mengenali setiap alif ba ta. 


Kau mula membaca dengan suara comel itu, terangkak rangkak, sabar membacaku. 


Saat kau mula ke sekolah, kau mula menghafalku sedikit demi sedikit, diajar dan kau sudah mampu menghafal al Fatihah. 


Kau baca aku selepas maghrib didepan ummi dan abi, bergilir adik beradik, suasana yang bahagia. 


Kau juga pergi ke kelas pengajian, belajar membaca pada waktu petang bersama sahabatmu, aku juga dibawa bersamamu. 


Kini kau sudah besar, merantau ke tempat orang, membawa aku sebagai bekalan. 


Kau baca aku, meskipun tidak selalu, tapi aku ada di sudut meja kau, saat kau rebah, kau ambil aku dan baca aku. 


Hari ini, dari sudut meja kau, aku dipindahkan ke almari bukumu, disimpan rapi bersama buku ilmiah mu, kau sibuk dengan pelajaran, melupakan aku. 


Hari berganti hari, bulan berganti bulan, kau bagaikan sudah lupa kehadiranku, dibiarkan aku berhabuk sendirian. 


Aku masih ingat saat kau kecil dekat padaku memegang lidi yang comel itu belajar membacaku. Ketahuilah. Aku rindu. 


Lupakah kau.

Surat cinta

Dalam hidup ini kita sentiasa mengeluh kepenatan, tak laratlah, sampai bila nak sabar, dah tak boleh sabar dah, stress bahkan ada yang sampai putus asa dengan kehidupan. Disaat kita berhadapan dengan dugaan dan cabaran ini kita lupa, bahawa rupa-rupanya, setiap keluhan kita ini ada jawapan yang sangat indah dari Allah S.W.T. di dalam al-Quran. Inilah surat cinta dariNya.



Ketika kita mengeluh: Ya Allah susahnya hidup ini. 


"Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." 

(Asy-Syarh : 5) 





Ketika kita mengeluh: Sudah tidak mampu untuk bersabar. Letih dan pasrah. 


"…dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar." 

(Al-Anfal : 46) 





Ketika kita mengeluh: Aduh penatnya, letihnya, tak larat dah. 


"Dan Kami telah menjadikan tidurmu untuk istirahat,” 

(An-Naba' : 9) 





Ketika kita mengeluh: Ya Allah serabutnya, streesnya, tension. 


"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." 

(Ar-Ra’d : 28) 





Ketika kita mengeluh: Ya Allah beratnya dugaan ini, dah tak boleh tanggung dah


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 

(Al-Baqarah : 286) 






Ketika kita mengeluh: Aku susah tiada siapa yang tolong, bersedirian, namun masa senang senang ramai pulak. 


"Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Aku perkenankan bagimu." 

(Ghafir : 60) 




Ketika kita mengeluh: Sedihnya, kecewa, dan dukacita. 


"Jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita." 

(At-Taubah : 193) 


Itulah dia surat cinta dari Allah untuk hambanya, namun kita sering lupa untuk membaca al-Quran. Kita lupa, kita alpa untuk mengingati bahawa Allah amat menyayangi kita, bahkan kasihnya Allah kepada kita jauh lebih hebat berbanding kasih seorang ibu kepada anaknya yang baru dilahirkan.


Allah mengetahui apa yang ada di dalam lubuk hati kita.

“Bahkan berdoa dari suara hati yang paling kecil sekalipun pasti didengariNya. Begitulah hebatnya cinta Allah kepada hambanya.” 

Berdoalah dan kembali padaNya. Jadikan Allah sebagai tempat pergantungan kita yang utama. Mungkin kadang-kadang kita tak dapat apa kita minta. Dah doa banyak dah, tapi tak makbul-makbul juga. Maka yakin dan ketahuilah Allah simpan doa kita untuk Akhirat kelak. Teruskan berdoa, dan kembali kepada Dia yang sangat mencintai kita. Cinta original untuk sang daie original.


Tuesday, November 17, 2009

I'tiraf

Ingin saya kongsikan di dalam blog ini sebuah lirik lagu yang seringkali membuat saya termenung mengenang dosa-dosa yang banyak saya lakukan. Lagu ini, kalau saya tengah bersendirian, ada masalah, sedih ke, saya pasang dan dengar.

Ingat lagi tak cerita syukur 21 pelakon dia kumpulan Raihan? Lagu tema cerita ni I'tiraf. Cuba hayati lirik dia. Kita pejam mata kejap, dan hayati dengan ikhlas mengharap maghfirah keampunan dariNya. Kalau boleh menangis, menangislah. Moga bermanfaat.

Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu 

Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu 

Ampunkan dosaku, terimalah taubatku 

Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar 



Ilahi lastu lil firdausi ahlaa 

Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi 

Fahabli taubataw waghfir dzunuubi 

Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi 



Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai 

Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku 



Wahai Tuhan selamatkan kami ini 

Dari segala kejahatan dan kecelakaan 

Kami takut, kami harap kepadaMu 

Suburkanlah cinta kami kepadaMu 



Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu

Monday, September 21, 2009

Lagu jawa

Assalamualaikum bloggers. Dah baca al-Quran hari ni? Baiklah, kali ini saya nak share sat lagu jawa. Ilir-ilir. kalau tengok maksud dia. Deep sangat, menusuk jiwa macam tu.




Dodotiro, dodotiro (Pakaianmu, pakaianmu)
Kumitir bedah ing pinggir (terkoyak-koyak dibagian samping)
Dondomono, Jlumatono (Jahitlah, Benahilah!!)
Kanggo sebo mengko sore (untuk menghadap nanti sore)

Makna: Pakaian taqwa kita sebagai manusia biasa pasti terkoyak dan berlubang di sana sini, untuk itu kita diminta untuk selalu memperbaiki dan menjahitnya kembali agar kelak kita sudah siap ketika dipanggil menghadap Allah SWT.

p/s Teringat baju raya yang koyak dek mercun. Hihi.

Baiklah itu sahaja dari saya kali ini. Assalamualaikum. Jangan lupa jaga amal fardh kita.

Ilmu

Islam diturunkan sebagai rahmatan lil ‘alamin. Untuk itu, maka diutuslah Rasulullah SAW untuk memperbaiki manusia melalui pendidikan. Pendidikanlah yang mengantarkan manusia pada darjat yang tinggi, yaitu orang-orang yang berilmu. Ilmu yang dipandu dengan keimanan inilah yang mampu melanjutkan warisan berharga berupa ketaqwaan kepada Allah SWT.

Islam mewajibkan umatnya untuk mencari ilmu, hal ini menunjukkan betapa pentingnya menuntut ilmu. Dengan ilmu, manusia dapat menjadi hamba Allah yang beriman dan beramal shaleh, dengan ilmu pula manusia mampu mengolah kekayaan alam yang Allah berikan kepadanya. Dengan demikian , manusia juga mampu menjadi hambaNya yang bersyukur, dan hal itu memudahkan menuju surga.

Di sisi lain, manusia yang berilmu memiliki kedudukan yang mulia tidak hanya disisi manusia, tetapi juga disisi Allah. Sebagaimana dijelaskan bahwa dalam firman Allah dalam Q.S. Al-Mujadilah : 11, yang artinya “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat”. Oleh karena itu, Islam memandang bahwa menuntut ilmu itu sangat penting bagi kehidupan dunia maupun akhirat.


p/s: Maaf gambar menggelikan. Hihi. Alhamdulillah. Hari ini saya belajar disect katak. Respiration. Actually, kumpulan saya disect dua ekor. Terlebih semangat. Belajar!

Itu sahaja dari saya kali ini. Moga bermanfaat,

Sunday, August 30, 2009

Saya vs saya

Kemerdekaan.

Kenapa perlu tahu perihal merdeka? 

Agar kemerdekaan itu dihargai. 

Kenapa perlu dihargai? 

Agar sejarah tidak berulang. 

Kenapa perlu tahu sejarah? 

Agar mampu perbaiki diri. 

Kenapa perlu perbaiki diri? 

Agar kita jadi makin kuat. 

Kenapa perlu jadi kuat? 

Agar yang hak itu mampu ditegak dan batil dicegah. 



Erti kemerdekaan bagi setiap individu pastinya berbeza. Namun intipati kemerdekaan itu tetap sama yakni kebebasan. Kebebasan dari penindasan, kekejaman dan ketidakadilan pada diri sendiri, masyarakat, negara, dan agama. Kemerdekaan paling penting perlu dikecapi oleh setiap diri kita ialah kemerdekaan dari nafsu. Hatta, dijajah nafsu sendiri yang bermaharajalela. Menuntut kita memuaskan diri, jauh dari jalan yg diredhaiNya. Medan pertempuran 'saya bertemu saya', ialah pertempuran paling besar yang perlu dihadapi diri kita. Jika mampu memenangi pertempuran ini, insyaAllah pertempuran kemerdekaan yang lain pula akan menjadi mudah. Letak tangan kat dada masing-masing, kita sendiri tahu apa yang nafsu kita dambakan.



Kuatkan kaki melangkah dengan jejak iman dan taqwa agar nafsu itu mampu ditundukkan. Kurunglah nafsumu di dalam penjara kukuh yang dibuat dari iman dan taqwa. Jauh lagi kuat dari adamantium.

InsyaAllah saya ada satu video menarik tentang merdeka. Nanti saya share.


Monday, August 24, 2009

Selamat berpuasa

Pejam celik, pejam celik. dah masuk bulan puasa. Moga tahun ini, 2009 puasa kita ialah yang lebih baik dari sebelumnya. Moga puasa kita pada kali ini diterima olehNya. Aminn.

Firman Allah Ta’ala :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya : 

“ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Pengertian Puasa

Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.



Baiklah, nak siap-siap. Selamat berpuasa bloggers. Assalamualaikum.

Saturday, August 22, 2009

Some hadis to be shared


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.



1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

Baiklah. Itu saja dari saya kali ini. Assalamualaikum. Selamat berpuasa.

Thursday, July 30, 2009

Rubik's cube


I also play rubik' cube,
Berlumba dengan kawan-kawan, to see who will solve it first.

I am not so good in spinning and rotating it with my fingers,

However I enjoy myself playing it,

So far my best record,
is 55 seconds. Terima kasih Naim my sifu ajarkan.

Ok. Till then. Assalamualaikum.

Nak jadi Daie Original

Nak jadi Daie Original adalah memperbaiki diri,

Agar tahu mana hak, kenal yang mana batil,

Agar jelas mana putih, tahu mana hitam.



Nak jadi Daie Original adalah memperbaiki diri,

Agar tak jadi pemberontak, tapi penyabar,

Agar tak jadi penghina, tapi penyabar.



Nak jadi Daie Original adalah memperbaiki diri,

Agar jiwa dalam tarbiyah, kuat dalam payah,

Agar menjadi qudwah, penguat tonggak dakwah,



Nak jadi Daie Original adalah memperbaiki diri,

Agar tak menjadi pembodek, tapi pendamping,

Agar tak lemah, tapi membawa cahaya.



Nak jadi Daie Original adalah memperbaiki diri,

Agar kenal diri sendiri, tujuan hidup di muka bumi,

Agar faham akan tuntutan, menjalankan tugasan.



Nak jadi Daie Original adalah memperbaiki diri,

Agar tak buruk sangka dan berprasangka,

Agar tidak hilang akhlak baik dan hati murni.



Nak jadi Daie Original adalah memperbaiki diri,

Agar amal tidak hipokrit, tapi ikhlas tanpa sakit,

Agar bersih dari ria’ tanpa sedikitpun rasa takbur.



Nak jadi Daie Original adalah memperbaiki diri,

Agar sentiasa teguh pada prinsip,

Agar punyai ilmu namun tidak merasa paling berilmu.



Nak jadi Daie Original adalah memperbaiki diri,

Agar tak taksub pada diri sendiri, tahu erti rendah diri,

Agar hormat menghormati tanpa minta diri dihormati.



Nak jadi Daie Original adalah memperbaiki diri,

Agar mudah memberi nasihat tanpa benci kepada nasihat,

Agar hebat perjuangan, tapi tidak benci rakan seperjuangan. 




First post to this blog. Bismillah!